Rabu, 29 Disember 2010

You Raise Me Up

Salam alaik..

Sekadar luahan rasa...

Adakalanya kita ketawa apabila hatinya senang, kadangkala kita menangis menandakan betapa sedihnya  hati...Hal ini terjadi kerana kita sentiasa mengikut haluan yang ibarat putaran roda..maka terjadilah suatu ketika kita berada di atas..disanjung, disayangi, dihormati, mendapat kekayaan dan banyak lagi nikmat Allah yang tidak termampu untuk dihitung oleh akal manusia....Namun, apabila tiba ketikanya roda tersebut berputar dan kita berada di bawah...dihina, dikeji,disakiti,kemiskinan, kesakitan (anggota badan) dan sebagainya....tatkala itu, ada diantara kita yang mengeluh...

Pada ketika ini..sedarlah bahawa Allah sentiasa berada di samping hambanya...

Khamis, 23 Disember 2010

ASET??

Salam alaik..

Insan berfikiran TINGGI gemar berkata tentang ilmu

Insan berfikiran SEDERHANA gemar berkata tentang peristiwa

Insan berfikiran RENDAH gemar berkata tentang insan lain

Insan berfikiran CETEK gemar memuji diri sendiri
(mutiara kata)

Hmm..perkara ini membuatkan saya berfikir sejenak...seringkali kita berhadapan dengan pelbagai macam ragam manusia..terutama apabila kita merantau jauh di negeri orang, maka pelbagai jenis perwatakan yang dapat dilihat...bukannya apa...
Kadangkala melalui cara percakapannya, kita mampu mengenali siapa individu itu..bukanlah saya melabelkan mereka berdasarkan mutiara kata di atas, tetapi ia sedikit sebanyak memberi panduan atau mungkin membantu saya memikirkan topik untuk memulakan bicara....
Setiap insan tidak kiralah di mana pun tahap pemikiran mereka, mereka merupakan aset kepada kita...
mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksudnya..
Dato' dr. Fadilah Kamsah pernah memberitahu mengenai doa Nabi Isa yang dibacanya melalui kitab Bible..nak tahu ?  Kata NABI ISA: " Ya Allah, tidak kiralah siapapun yang kau ciptakan di sekililing aku, mereka merupakan aset bagiku"
lebih kurang begitulah doa Nabi Isa. Justeru, kita perlu menghargai setiap insan di sekeliling kita..
walaupun orang tersebut akan menyaman kita di mahkamah sekalipun, mereka merupakan aset kepada kita..
begitu juga orang yang sering mengutuk dan mengata kita...mereka juga merupakan aset kepada kita...
hahhaha...mungkin kedengaran pelik..tapi menurut Dato' tadi, jikalau mereka suka mengata kita, itu bermakna mereka ambil berat akan diri kita...kerana itu mereka meluahkannya kepada pihak yang lagi satu...selain itu, kalau sudah banyak sangat hal yang dikatanya tentang kita, kita boleh dapat pahala percuma milik dia....jika sudah habis pahalanya kita ambil, dosa kita pula yang di transfer ke dia...
bukankah untung pada kita?...
huhu..jadi, kita perlu beri hadiah kepada mereka yang suka mengata kita...sebagai galakan ke?..
bukan..kerana dialah kita mampu menempah tiket ke syurga.. x ke gitu?...
Jadi, tidak perlulah kita berkecil hati atau sakit hati atau marah akan perkara tersebut...
buang karan aje...ala biarkan..ala biarkan...hatipun senang...tak perlu kena darah tinggi..
betul tak??
hmm.. bercakap mengenai insan yang berfikiran tinggi pula, saya merasakan bahawa bertuahlah individu itu jika mereka mampu mencari teman sedemikian sifatnya...jarang dapat berjumpa dengan insan sebegini..
jika ingin memperoleh insan sebegini, kita harus terlebih dahulu berfikiran tinggi..maka secara automatik, gelombang itu akan sampai kepada insan di sekeliling kita..insyaAllah perkara ini akan membangkitkan mereka untuk bercakap mengenai ilmu....
kerana hanya dengan ilmu, manusia matang pemikirannya,
hanya dengan ilmu, pembangunan dapat dicipta..
hanya dengan ilmu, manusia akan berguna..
hanya dengan ilmu, orang biasa jadi berkuasa..
hanya dengan ilmu, si papa beroleh harta...
hanya dengan ilmu, dunia diubah sekelip mata..
Namun, jangan dipinggir insan yang tidak dalam kalangan 'berfikiran tinggi'..
mereka juga merupakan penyokong kepada golongan ini...
mungkin mereka mempunyai kelebihan lain yang tidak dimiliki golongan ini..
hargailah mereka kerana mereka juga adalah aset untuk satu sama lain.. 
MAHA SUCI ALLAH yang BERKUASA menciptakan makhluk yang pelbagai...
setiap mereka adalah pelengkap bagi lain...
sebagai khalifah di muka bumi,supaya kita berfikir akan KEBESARANNYA...

Sabtu, 18 Disember 2010

Tanda-tanda HARI KIAMAT..

Salam alaik...
Sayid Sabiq menyatakan terdapat dua alamat yang menunjukkan bahawa saat kejadian itu telah dekat..

Alamat2 KECIL antaranya ialah:
  1. Diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah. Setelah baginda, maka tiada lagi nabi atau rasul yang akan diutus membawa risalah Allah S.W.T.
  2. Lahirnya raja, menteri,amir yang bukan daripada anak-anak keturunan yang mulia, baik pendidikannya, luhur akhlaknya serta sempurna keperwiraanya. Lahirnya golongan hartawan daripada kalangan pengembala kambing, kekayaannya berlimpah ruah sehingga berjaya menjadi pemimpin umat manusia.
      Sesungguhnya alamat yang pertama telah berlaku dan berlalu lebih 1400 tahun yang lalu. Alamat yang kedua pula sedang berlaku. Lihat sahaja..apakah syarat untuk menjadi calon pemimpin masyarakat hari ini? Bukankan mereka perlu membayar sejumlah wang sebelum layak menjadi sebagai calon...dari mana wang tersebut jika bukan dari hasil kekayaan mereka..lihatlah juga..siapa pemimpin kita hari ini? Dari manakah asal usul mereka? Jadi, kedua-duanya telah dan sedang berlaku...

Alamat2 BESAR antaranya ialah:

  1. Terbitnya matahari dari arah barat
  2. Keluarnya suatu macam binatang. Disamping itu, keluar juga semacam binatang dari bumi yang dapat bercakap-cakap dengan manusia. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah An-Naml ayat 23-25 yang menerangkan bahawa ada seekor burung hudhud yang memberitahukan Nabi Sulaiman a.s perihal negeri Saba'. Keadaan yang hampir sama akan berlaku apabila dekatnya hari kiamat.
  3. Turunnya Imam al-Mahdi. Diperihalkan bahawa beliau
  • namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah (menurut riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
  • termasuk dalam kalangan ahli bait (keturunan) Rasulullah s.a.w iaitu anak cucu dari Fatimah puteri baginda s.a.w.
  • menyerupai akhlak Rasulullah s.a.w tetapi tidak menyerupai dari segi wajah dan lain-lain (menurut riwayat Abu Daud)
  • lebar dahinya dan mancung sekali hidungnya. Adapun hidungnya itu panjang, lengkung tengahnya dan kecil hujungnya.
  • akan meratakan keseluruhan permukaan bumi dengan sifat keadilan dan kejujuran dalam memerintah yang sebelumnya dipenuhi dengan pemerintahan yang zalim dan berlaku penganiayaan (oleh pihak lain).
  • akan menegakkan syariat Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w dihidupkan kembali
  • Agama Islam berjaya diperkukuhkan kedudukannya di muka bumi (menurut riwayat Muslim)
  • kedudukannya sebagai pemimpin sangat mantap, dan kukuh. Disebabkan keadilannya dalam pemerintahan, keharmonian melimpahi kehidupan masyarakat pada waktu itu. Beliau juga tidak berkira-kira dalam menyebarkan harta ke seluruh rakyatnya (menurut riwayat Muslim)
  • menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun (menurut riwayat Abu Daud)
  • setelah itu, datanglah dajal, kemudian turunlah Nabi Isa a.s dan bersama-sama dengan Imam Mahdi membunuh dajal tersebut. Kemudian, Imam Mahdi wafat dan disembahyangkan oleh kaum Muslimin.
    4.   Munculnya DAJAL. Ia mendapat gelaran 'Masih'.Ia mengaku dirinya Tuhan. Ia berusaha  menyebarkan fitnah dalam kalangan manusia agar meninggalkan agama yang benar.

      5.   Turunnya Nabi Isa a.s. Baginda akan memerintah dengan adil dan menegakkan syariat Islam, menghidupkan kembali hukum-hukum Islam yang telah lama ditinggalkan, membunuh DAJAL. Rasulullah bersabda dalam hadisnya:

        Maka kedudukan Isa dalam umatku (umat Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah:
  • sebagai pemegang pemerintahan yang adil
  • pemimpin yang jujur
  • menghancurkan palang salib (sebagai tanda punahnya agama Kristian  sepertimana hancur leburnya agama Yahudi)
  • Menyembelih babi (membunuh)
  • Menghapuskan percukaian (Ini bermakna bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh umat manusia pada ketika itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa pemerintahan Islam itu tidak akan mengambil cukai daripada pemeluk agama Islam sendiri).
  • Sedekah ditinggalkan (tidak ada yang suka menerima kerana kekayaan umat manusia sudah berlebih-lebihan yakni dalam keadaan yang cukup dan lapang rezekinya)
  • Tidak lagi diurus kekayaan yang berupa kambing dan unta.
  • Dendam dan kebencian lenyap sama sekali (antara sesama manusia. Jadi semua hidup rukun dan bersatu)
  • Dihilangkan racun segala sesuatu yang mengandungi racun (bisa), sehingga seorang anak bayi lelaki memasukkan tangannya dalam mulut ular, tetapi tidak menyebabkan bahaya manakala seorang anak bayi perempuan menghalau harimau, tetapi juga tidak bahaya.
  • Serigala ada dalam kalangan kelompok kambing, tetapi hanyalah sebagai anjingnya (iaitu melindungi keselamatan kambing tersebut)
  • Seluruh permukaan bumi penuh kesejahteraan sebagaimana penuhnya suatu bejana dengan air.
  • Kalimat menjadi satu (seluruh manusia seia sekata dengan tulus ikhlas, bukan kerana tekanan atau sebab takut)
  • Yang disembah hanyalah Allah
  • Peperangan sudah meletakkan bebannya (tidak ada peperangan sama sekali kerana semua sudah damai dan seia sekata)
  • Golongan Quraisy telah dapat memperoleh kerajaannya (kekuatannya kembali)
  • Bumi adalah sebagai bejana perak dan menumbuhkan tanamannya seperti dizaman Adam (iaitu amat elok, bagus dan penuh barakah)
Setelah beberapa lamanya sesuai dengan kehendak Allah, baginda pun wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin serta dimakamkan.  Setelah itu, akan terjadilah suatu angin yang kencang hembusannya dan bertugas untuk mencabut seluruh nyawa kaum mukminin.

Maka yang tinggal hanyalah orang-orang yang buruk-buruk kelakuannya. Lenyaplah kesempurnaan itu dan tidak ada lain yang terjadi melainkan kehancuran dan kerosakan semata-mata.

Terdapat sebuah hadis yang diceriterakan oleh Urwah bin Mas'ud katanya :
Saya mendengar Abdullah Bin Amr berkata :

Rasulullah s.a.w bersabda

Dajal itu akan keluar dikalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh

Yang meriwayatkan hadis ini berkata: " Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun".

Selanjutnya baginda bersabda:

"Selanjutnya Allah mengutus Isa bin Maryam. Ia berwajah seperti Urwah bin Mas'ud. Isa lalu mencari dajal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh tahun. Tidak ada suatu pertengkaran antara dua orang (yakni seluruh umat manusia hidup dalam kerukunan). Sehabis itu Allah mengutus angin yang amat dingin dari arah Syam (Palestin). Maka tidak tertinggallah di permukaan bumi ini seorang juapun yang di dalam hatinya ada kebaikan atau keimanan yang seberat timbangan debupun, melainkan angin itu tentu akan menyambar nyawanya, sehingga sekalipun seseorang dari kamu semua masuk dalam gua, pasti angin tersebut akan memasukinya lalu mengambil nyawa itu.

Selanjutnya yang tertinggal hanyalah orang-orang yang berkelakuan buruk-buruk saja yang gemar melakukan kejahatan seringan terbang burung dan secepat angan-angan binatang buas (maksudnya bahawa mereka itu amat senang berbuat kejahatan dan penganiayaan dan melakukannya dengan cepat sekali seperti cepatnya burung terbang, sedang dalam menganiaya itu secepat perbuatan binatang buas yang hendak menerkam mangsanya).

Yang tertinggal itu adalah orang-orang yang tidak mengenal kebaikan apapun dan tidak pernah mengingkari akan kemungkaran sama sekali. Syaitan lalu menjelma di antara mereka itu dan berkata: " Sukakah kamu menuruti perintahku?". Mereka bertanya: " Apakah yang engkau perintahkan pada kami semua?" Syaitan itu lalu menyuruh mereka supaya menyembah berhala. Tetapi sekalipun demikian keadaan perilaku itu, namun rezeki mereka berlimpah-ruah, kehidupan mereka serba cukup.

Dikala itu, lalu ditiuplah sangkakala yang pertama lalu matilah seluruh makhluk yang ada. Kemudian Allah menurunkan hujan rintik-rintik yang kecil, lalu tumbuhlah dengannya itu tubuh-tubuh manusia yang telah mati semuanya. Seterusnya ditiup pulalah sangkakala untuk kali keduanya, tiba-tiba seluruh makhluk itu sama berdiri memandang sambil menanti-nantikan. Setelah itu, kepada mereka itu dikatakan: " Hai seluruh manusia, marilah semua pergi bertemu Tuhanmu". Kepada malaikat yang mengiring mereka itu dikatakan: " suruhlah mereka berhenti, sebab mereka itu akan disoal dahulu"

Sehabis itu lalu dikatakanlah:" Keluarkanlah untuk dikirimkan ke neraka". Ditanya: "Dari berapa?" Dijawab:" Dari setiap ribu ada sebanyak sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang"

Rasulullah s.a.w melanjutkan sabdanya: " Itulah hari yang dapat membuat anak-anak menjadi tua beruban dan terjadilah bencana yang amat dahsyat"

Jumaat, 17 Disember 2010

Penyakit jiwa..

Salam alaik..
Hari ini saya nak kongsi hasil tulisan Sayid Sabiq dalam bukunya Akidah Islam dan diterjemahkan oleh Mohd Abdal Rathomy...

Syaitan merupakan makhluk yang bijak menyeludup masuk ke dalam jiwa dan hati manusia. Memang tiada jalan untuk menyelamatkan diri dari serangan syaitan itu melainkan dengan jalan membersihkan serta menyucikan jiwa agar tidak terkena penyakit-penyakitnya. Jika terkena penyakit-penyakit ini, maka amatlah mudah untuk DIA menancapkan godaan dan rayuan kotornya pada jiwa manusia. Nak tahu apa  penyakit2 tu?

Jeng..jeng..jeng..


  1. Lemah jiwa
  2. Putus asa
  3. Putus harapan
  4. Angkuh
  5. Gembira tidak terbatas
  6. 'Ujub
  7. Megah
  8. Aniaya
  9. Curang
  10. Ingkar pada kebenaran
  11. Tidak tahu terima kasih
  12. Tergesa-gesa
  13. Sempit dada
  14. Kurang cerdik
  15. Kikir dari berbuat baik
  16. Bakhil pada harta
  17. Haloba
  18. Pembantah
  19. Menunjuk-nunjuk
  20. Bimbang pada kebenaran
  21. Ragu-ragu pada petunjuk baik                                       
  22. Bodoh
  23. Lalai pada kekurangan diri
  24. Berlebih-lebihan ketika bertengkar
  25. Tertipu perasaan diri sendiri
  26. Berpura-pura
  27. Gelisah
  28. Keluh-kesah
  29. Enggan membantu
  30. Lari dari kebenaran
  31. Menentang kekuasaan Allah
  32. Derhaka
  33. Melampaui batas
  34. Cinta harta
  35. Terpesona oleh keduniaan
Hakikatnya, semua ciri-ciri di atas adalah sifat cela dan kekurangan manusia tetapi penyakit-penyakit ini akan membina lubang-lubang sehingga syaitan mampu memasukkan jarum berbisanya ke alam batin manusia. Kesan:
1. hancurlah kehidupan
2. segala usaha digoyahkan
3. sesat dari jalan kebenaran.


ANDA MAHU?? MAKA AWAS ....USIR dan NYAHKAN penyakit ini serta RAWATLAH jiwa kita daripada cela-cela ini. Semoga berjaya..

Maafkan aku..

Salam alaik...
inginku nukilkan...
                                                                   
Maafkan aku
andai aku menyakitimu
bukan bererti
aku bahagia selalu
terhiris pilu
terhimpit rindu

Tapi..
Janji Allah ku ingat selalu

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)    
                                                                                                                 Surah An-Nur ayat 26
demi mengharap janji
ku korbankan nafsu diri
dari memungkiri
agar tak tersisih dari
kasih Ilahi

maafkan aku
andai aku menolak cintamu
bukan bererti
meninggi diri
lalu ku lontar kau ke tepi

Hakikatnya
aku sepi sendiri
menangisi diri
biarkan diri terluka
terseksa

tapi..
aku perlu hindarkan diri
dari jadi
wanita fitnah lelaki
agar kau nanti
terpelihara dari ranjau duniawi
yang akan menggoncang
akal warasmu
agar kau bangkit menentang
musuh umat agama mu
menjadi kebanggaan
ibu bapamu
menggalas harapan
anak bangsamu
istimewa di sisi Rabbmu

Aku jua begitu
perlu memikul amanah
ibu dan ayah..
sebagai insan muslimah..

doaku agar kau
tidak lemah
dan goyah

maafkan aku..
jika aku membuatmu menanti
menunggu jawapan yang tak pasti
kerna telah tertulis sejak azali
jodoh..pertemuan..ajal..dan mati..

Tapi..
aku tak ingin
menyalahi fitrah insani
aku ingin dicintai
aku ingin disayangi
tapi bukan mudah untuk dimiliki
diusung ke sana ke mari

Islam
penyelesaian yang dicari
syariat jangan diingkari
adat boleh diimbangi

Agar penyatuan kekal abadi
dirahmati
duniawi dan ukhrawi..

Selasa, 14 Disember 2010

Penyakit....

salam alaik....

betapa Allah itu maha Pengasih lagi maha Pemurah mengurniakan nikmat kesihatan yang tidak terhingga kepada manusia..Namun, kadang kala kita lupa akan nikmat tersebut sehinggalah kita ditimpa penyakit....Ketika ini, ada diantara kita yang mengeluh kerana tidak dapat bergerak seperti selalu..tidak berselera seperti biasa...malah ada yang menyalahkan takdir, mengapa musibah tersebut ditimpakan kepadanya...

MasyaAllah...wahai insan sedarlah..bukankah kita hidup di dunia hanya sementara dan perlu mengumpul bekalan yang secukupnya untuk di bawa ke kehidupan yang satu lagi..Setiap musibah yang ditimpakan kepada kita adalah mengikut kemampuan kita..Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambanya...

Bukankah penyakit itu adalah sebagai penebus dosa manusia....Mungkin musibah ini sebagai peringatan kepada kita agar kembali mengingatiNya....Anggaplah ia sebagai ujian tanda Allah masih menyayangi hambanya...Jadi, janganlah kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku...terimalah segalanya dengan lapang dada agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya..

Isnin, 13 Disember 2010

Diari hatiku ....ukhuwah..

Salam alaik...

Dear diari...

Semalam merupakan antara pengalaman terindah dalam hidupku menyaksikan abang saudaraku (sebelah ayah) bertunang...Hmm..dan paling menyeronokkan apabia aku terpaksa menjadi juru gambarnya...hehehhe...walaupun aku ada penyakit darah gemuruh, terpaksa ku gagahkan jua demi abang saudaraku yang sorang ni...

Isy2...bayangkan...sudah berapa lama dalam hidupku kami tidak pernah bertegur sapa...tetapi disebabkan majlis ini, akhirnya terbuka jua mulutku untuk memulakan bicara....mungkin aku terkenang kisah lama..teruk di buli oleh manusia yang sorang ni...hehhe...

Namun semalam, terkeluar kata-kata keramat daripada mulutku ini..wah..dah besar da hafiz....dah nak jadi tunang orang....bila nak kahwin?...hehehe..sejak bila aku jadi berani pun aku x pasti...

Di sebalik kejadian tersebut, terselit kesyukuran di dalam hatiku...lama sudah aku terfikir..bila lah agaknya kami akan bertegur sapa..mungkin disebabkan masing-masing sibuk ...maka kami sangat jarang bertemu.. bayangkan adik-beradiknya yang sembilan orang (akan masuk ke sepuluh x lama lagi) pun aku x ingat namanya....dasyat sungguh....aku pun x tahu macam mana boleh ramai sangat sedara aku dalam masa lima tahun kebelakangan ni...x lama lagi aku bakal dapat lagi 2 orang adik saudara...ya Allah..semua sekali lebih daripada 30 orang..moga aku boleh ingat setiap daripada mereka....

Pengalaman semalam memperlihatkan banyak perubahan pada abang aku tu...mungkin aku tidak pernah melihat beliau seperamah itu sebelum ini...dia semakin matang dan pandai mengambil hati...mungkin sudah terbiasa bergaul dengan bermacam orang...sikap pembulinya itu mungkin sudah hilang sedikit demi sedikit...ya ..masa telah mengubah segala-galanya...dan apabila dia menyebut namaku..ohh...rasa riang hatiku...melihat banyak perubahan positif dalam dirinya...

Teringat suatu masa dahulu..ketika kami sama-sama bermain ank patung, tidak sampai lima minit...beliau dah berjaya memasukkan tanga dan kepala patung ke dalam bajuku...isy..geramnya hanya Allah yang tahu..mjur ibunya ada di situ..jika tidak mahu sahaja aku ***** kepalanya.....Astaghfirullah al-'azim....istighfar banyak-banyak....macam2 lagi cerita kami berdua yang tidak dapat ku lupakan...tapi itu hal sewaktu kami masih kecil..belum matang..dan masih belum tahu mana satu baik dan mana satu yang buruk...

Walau apapun...abang..semoga ukhuwah kita kekal selamanya...semoga abang berbahagia dan berjaya melangsungkan hari bahagia bersama Kak Ani (i like her-so sporting) ...dan kekal hingga ke anak cucu..moga yang ini lah yang terakhir ye bang..hehehe..jangan tukar2 lagi ye....hihi..ukhuwah fillah abadan abada..




Ahad, 12 Disember 2010

Dunia Akhir Zaman



The Arrivals Part 1



Berikut merupakan dokumentari yang berkaitan dengan dajal, anti Christ dan kemunculan Nabi Isa pada akhir zaman. Video ini mengandungi banyak bahagian. Untuk mendapatkan bahagian yang selanjutnya, cari di U-TUBE, THE ARRIVALS (MALAY SUB/ ENG SUB)....Lihatlah bagaimana dokumentari ini berjaya membongkar banyak perkara tentang tanda-tanda yang telah berlaku, sedang berlaku mahupun akan berlaku..Moga beroleh manfaat..

Sabtu, 11 Disember 2010

Hamzah Asadullah..

Dr. Abdul al-Halim Mahmud- Ulama Tasawuf Zaman Moden

Salam alaik..
Jom kita berkenalan dengan seorang Tokoh Islam Timur Tengah yang pakar dalam ilmu Tasawuf.

Biodata:

Nama- Abdul al-Halim Mahmud.
Tempat Lahir- Desa Abu Hamad, selatan Kaherah
Tahun Lahir- 1910
Pendidikan-Al Azhar, sehingga mendapat gelaran Doktor Falsafah (akidah dan falsafah, pengkhususan    dalam bidang Tasawuf)
Kerjaya- Pensyarah Al-Azhar
            -Syeikh Al- Azhar 1973
Sumbangan- tambah jumlah fakulti dan Ma'ahad Azhar (fakulti Tib, Insaniah, Dakwah dan Dirasah Islamiah)

Hasil Karya:

Banyak dipengaruhi oleh Imam al- Ghazali- ilmu Tasawuf mempunyai hubungan yang erta dengan falsafah.
Menyetujui pembahagian ahli falsafah yang diutarakan Imam Al-Ghazali iaitu:

  • Al Mutakallimun-mereka menyatakan pendapat bahawa mereka adalah ahli fikir dan mereka juga pemberi pendapat.
  • Al Bathiniah- Mereka mengatakanbahawa mereka menerima pengajaran dan mengikut jejak imam yang maksum.
  • Al Falsafah- Mereka adalah ahli mantik dan ahli hujah.
  • Al Sufiah- Mereka menganggap bahawa mereka daripada golongan al- Musyahadah dan al- Mukasyafah (Abdul al-Halim Mahmud, 1985)
Antara karya yang dihasilkan:

  1. Al- Muhasibi
  2. Wazan al-Arwah
  3. Al- Failasof al- Muslim
  4. At- Tasawuf 'inda Ibn Sina
  5. Ar- Ri'ayah Li Huquqillah.
  6. Al- Falsafah al- Hindiah
  7. Uruba Wal Islam
  8. Al- Falsafah Yunaniah
  9. At-Ta'rif L Mazhab Ahl at-Tasawuf
  10. Al- Luma' Li Tu Si
  11. At-Tariq Ila Allah Au Kitab as-Sidqi
  12. Falsafah ibn Tufayl Wa Risalatuha
  13. Al- Akhlaq Fi al- Falsafati al- Hadithah
  14. Ar- Rasul s.a.w
  15. Muhammad Rasul Allah
  16. Ar-Risalah al- Qusyairiyah
  17. Al- Munqidz Min al-Dalal
  18. Al- Islam Wal Aql
  19. Al- Muqanni Lil Qadi' Abd Jabbar
  20. As-Sunnah Fi Tariqiha Wa Fi Makaniha
  21. Al-Imam
  22. Asrar al-Ibadat Fi- al-Islam
  23. At-Tasawuf al-Islami, Syahsiah Wa Nusus
  24. At-Takrif al-Falsafi Fi al-Islam
  25. Al- Jihad Wa an-Nasr
Sikap Terhadap Orientalis:

1. Ognoiz Goldzihar-menulis dalam buku Aqidah al-Islam Wa Syariatuha Faslan Li- Tasawuf al-Islami memberikan pendapat tentang TAWAKAL. Menurutnya, TAWAKAL dimisalkan sebagai pendirian yang teguh dengan keyakinan kepada Allah S.W.T tanpa amal kerana amal akan membawa kepada dosa.

Pendapat Dr. Abdul al-Halim- pendapat ini salah kerana ia telah membuang satu hubungan umum dalam Tasawuf Islam.

Berikut merupakan serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama anda. Info ini saya ambil dari buku Cendiakawan Islam: Perintis Peradaban Manusia oleh Samsu Adabi Mamat dan Wan Ramli Wan Muhammad. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, K.L, 2002. Moga mendapat manfaat....

Khamis, 9 Disember 2010

'Materialist'



Salam alaik...


Kali ini saya ingin berkongsi hasil tulisan Dr.Mohammad Al-Bani dalam karyanya 'Ciri-ciri Manusia Tamak dalam Al-Quran' , penterjemahnya Ismail Yusof .Penerbit Pustaka al -Mizan, 1989.


Mari kita lihat apa itu ciri-ciri manusia MATERIALIST...


1. Egois,bangga dengan keakuan diri(individulistik/ cinta diri)

-keadaan ini boleh dilihat berdasarkan contoh dalam peperangan uhud. Terdapat segelintir mereka yang terlalu cintakan diri sehingga ada diantaranya yang merasakan dengan jauhnya dari medan pertempuran, maka mereka akan terselamat daripada mati. Namun, Allah membantah andaian ini dengan ayat


Katakanlah jika sekiranya kamu berada di rumah-rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu akan keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh

(surah ali-Imran:154)

2. Bermegah dengan darah bangsawan/keturunan.


3. Rasa bangga dengan harta dan kekuatan.


4. Memandang rendah orang awam.

-lihatlah bagaimana nabi Musa dihina firaun..

Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata. Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku maka apakah kamu tidak melihatnya. Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini yang hampir tidak dapat menjelaskannya (perkataannya).


Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas(maksudnya kenapa Allah tidak memakaikan gelang emas kepada Musa, sebab menurut adat kebiasaan mereka apabila seseorang diangkat menjadi pemimpin, mereka mengenakan gelang dan kalung emas kepadanya sebagai tanda (kebesaran)) atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya.

(surah az-Zakhruf:51-53)


5. Takbur (sombong)

-sifat sombong akan membawa kepada timbulnya rasa memuji diri berlebih-lebihan. Dengan kesombongan, takbur boleh memalingkan dan memesongkan pandangan agama kepada rasa bongkak. Takbur pangkat, jabatan, keturunan, harta ataupun anak.


6. Kedekut dan haloba.


7. Suka membantah dan mengada-adakan.

-Golongan ini suka membantah dengan memberikan alasan yang salah (batil) apabila berbincang dengan orang-orang yang benar. Mereka menggunakan jawapan kebatilan itu bertujuan atas kepentingan tertentu dan tujuan tertentu termasuk menghapuskan yang hak.


8. Ingkar akan hari kiamat.

-mereka tidak melihat akan akhir (kiamat) dunia yang fana. Mereka tidak melihat dosa dan pahala dalam kehidupan yang terhad ini. Apa yang dikejar ialah harta dunia.


9. Nilai kebendaan jadi rujukan.

-hal ini terjadi pada kebanyakan rasul yang diutus Allah. Para penentang meminta bukti yang mampu dilihat oleh pancaindera mereka dan tidak mempercayai sesuatu uang tidak dapat diterima melalui pancaindera. Akibatnya, ramailah yang ingkar dengan risalah yang dibawa oleh utusanNya.


10.Lena dengan perbuatan syirik.

-Syirik adalah penyembahan terhadap benda apabila penyembahnya menggambarkan benda itu serupa dengan bentuk gambaran tuhan animisme atau penyembahan yang berbilang-bilang. Perkara ini telah menjadi lumrah bagi keyakinan orang-orang Musyrikin.


11. Suka mengolok-olok

-Golongan ini suka mengolok-olok orang-orang yang beriman.


Justeru, marilah kita bersama-sama muhasabah diri..adakah kita tergolong dalam golongan di atas??

Selasa, 7 Disember 2010

Anak



Anak


Adalah cahaya mata


curahkan kasih dan sayang padanya


sececah cahaya di malam yang gelap


bagai setitis embun di gurun sahara




Anak


anugerah tuhan yang Esa


berilah pengajaran dalam hidupnya


kami di sini hanya dapat berkata


ibu dan ayah


orang utama




kasih sayang membina maruah diri


pelajaran dan pengajaran


pengkaya hidupnya




bagi dia belajar


meneroka


mencuba


dan berusaha




bila dewasa menjadi manusia


jika anak lakukan kesalahan


dia mendapat


secebis pengalaman


tegur dan tegas


jadi satu pengertian


jika itu jadi amalan





nukilan cikgu jun...kenangan sewaktu aku tadika..tahniah pada azahari sebab dapat menyampaikannya dengan baik sekali...

Isnin, 6 Disember 2010

corat-coret...

salam alaik..

Hari ini aku berada di kampung halaman..
riang hatiku....akhirnya dapat bertemu ayah dan ibu...
semalam...aku berkenalan dengan seorang mat salleh...warga Australia..ketika dalam perjalanan pulang ke kampung..
Perkenalan yang singkat..hanya tidak sampai tiga jam di Selangor..membuatkan aku terfikir..

betapa selama ini ilmuku masih tidak cukup mengenai Islam..Malaysia...
'Alam' nama yang cukup indah...walaupun aku tidak fasih berbahasa Inggeris, tapi dia tidak jemu berbual dengan ku..kadang kala bahasa isyarat yang menjadi ganti interaksi kami...bimbang jika bercakap ibarat itik dan ayam...namun, aku kagum dengannya yang mempunyai pengetahuan luas tentang Islam..

mungkin beliau belum mengerti keadaan di Malaysia. Namun, sifat ingin tahunya amat kukagumi..hanya sahaja aku tidak mampu menjawab semua persoalan yang ditanyakan tentang tanah tumpah darahku ini...

kadangkala malu rasanya apabila aku teragak-agak untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakan..bukanlah susah sangat..cuma mungkin aku kurang membaca..

Mulai dari saat ini aku berazam untuk menambah ilmu tentang Islam dan tentang tanah airku yang tercinta...satu lagi..i should polish my english...sememangnya perkenalan singkat ini amat memberi makna dalam hidupku agar aku terus menimba ilmu dan lebih mengenal Penciptaku..
untuk saudara 'Alam'..terima kasih kerana menyedarkan saya tentang banyak perkara..may Allah bless u...