Rabu, 30 Jun 2010

Zainab binti Muhammad

Salam alaik....
Mari kita berkenalan dengan puteri sulung Rasulullah yang dikatakan mencintai Islam lebih daripada mencintai suaminya...
Zainab dinikahkan oleh Rasulullah s.a.w sebelum baginda dilantik menjadi utusan Allah s.w.t. dengan Abul 'Ash bin Rabi'. Hasil pernikahan beliau dengan Abul Ash, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Ali dan Umamah. Ali meninggal ketika masih kecil sedangkan Umamah tumbuh dewasa dan kemudiannya menikah dengan Ali bin Abi Talib r.a setelah kewafatan Fatimah r.a.
Setelah berumah tangga, Zainab tinggal bersama suaminya. Hingga suatu ketika, beliau mendapat tahu bahawa ayahandanya, Muhammad mendapat kurnia dengan diangkat menjadi Nabi akhir zaman. Zainab mendengarkan keterangan tentang Islam dari ibunya, Khadijah binti Khuwailid. Keterangan ini melembutkan hatinya sekaligus membuatkannya menerima hidayah Islam. Namun begitu, beliau belum lagi memberitahukan hal itu kepada si suami.
Abul ' Ash adalah termasuk golongan musyrik yang menyembah berhala. Pekerjaannya sebagai pedagang menyebabkan zainab sering ditinggalkan di rumah. Sungguhpun beliau mendengar mengenai pengakuan Muhammad sebagai nabi, tetapi beliau tidak mengetahui bahawa isterinya, Zainab telah memeluk Islam pada tahun keenam setelah hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
Abul 'Ash pun pergi ke Suriah beserta kafilah2 quraisy untuk berdagang. Ketika nabi mengetahui bahawa ada kafilah dari Quraisy sedang kembali dari Suriah, maka baginda memerintahkan Zaid bin Harithah bersama 313 pasukan muslimin menyerang kafilah ini. Maka dengan izin Allah, Abul Ash termasuk antara pihak yang tertawan oleh tentera muslimin.
Hal ini sampai ke pegetahuan Zainab. Beliau bertindak mengirimkan kalungnya yang diperbuat daripada batu Zafar hadiah daripada ibunya, Khadijah binti Khuwailid. Zafar adalah sebuah gunung yang terdapat di Yaman. Kalung tersebut dihadiahkan kepadanya ketika beliau berkahwin dengan Abul 'Ash. Beliau berhasrat menebus suaminya dengan kalung tersebut. Kalung itu pun sampai ke tangan Rasulullah s.a.w dan baginda segera mengenalinya. Ia mengingatkan baginda pada isterinya yang sangat disayangi, Khadijah.
Baginda berkata ," Seorang mukmin adalah penolong bagi orang mukmin lainnya. Setidaknya mereka memberikan perlindungan. Kita lindungi orang yang dilindungi oleh Zanab. Jika kalian bisa mencari jalan untuk membebaskan Abul 'Ash kepada Zainab dan mengembalikan kalungnya itu kepadanya, maka lakukanlah." Mereka menjawab, "Baik, ya Rasulullah." Maka mereka segera membebaskan Abul 'Ash dan mengembalikan kalung itu kepada Zainab.
Kemudian, Rasulullah s.a.w menyuruh Abul 'Ash agar berjanji membiarkan Zainab bergabung bersama Rasulullah dan permintaan itu dipenuhi. Harta beliau juga dipulangkan semula atas permintaan Zainab. Rasulullah juga melarang Zainab agar tidak mendatangi Abul 'Ash, kerana dia tidak halal bagi Zainab selama dia masih kafir.
Hidayah itu milik Allah. Tidak lama setelah itu, pada bulan Muharam, 7 Hijriah, Abul 'Ash memeluk Islam dan Zainab dikembalikan semula kepadanya, berdasarkan pernikahannya yang pertama.
Begitulah kisah seorang mukminin yang sanggup meninggalkan suami yang kafir (belum memeluk Islam) demi menegakkan syariat Islam. Zainab akhirnya wafat pada 8 Hijriah.

Rabu, 16 Jun 2010

TADBIR mengatasi TAKDIR??


Saya berminat dengan tajuk yang disiarkan dalam majalah solusi ....TAKDIR mengatasi TADBIR....TAKDIR dari Allah manakala TADBIR dari kita hambaNYA...Apabila TAKDIR dan TADBIR selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan...jika sebaliknya, maka terjadilah apa yang tidak kita inginkan...Kadangkala hati bertanya, mengapa hal ini terjadi? dimana silapnya? sedangkan kita telah berusaha....dalam hal ini, carilah HIKMAHNYA.....ia terkandung dalam TAKDIR yang telah Allah tentukan untuk kita..

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman yang cukup besar hikmahNya...syukur kerana saya akhirnya berjaya menempuh cabaran tersebut dengan hati yang terbuka dan lapang dada...Kisahnya bermula begini (ceh...once upon the time)...saya telah memohon untuk menyertai aktiviti kokurikulum X di sebuah IPTA tempat saya menuntut (kini masih menuntut)...ketika itu, saya masih dalam semester 1...pada waktu ini, maklum sajalah..pengalaman belum ada...saya menjalani hampir kesemua aktiviti ko tersebut dengan baik memandangkan ia memang minat saya sejak sekolah rendah lagi...segala tugasan turut disempurnakan seperti yang diinginkan...justeru, saya merasakan minat saya terhadap aktiviti ini semakin mendalam...saya berazam untuk menjadi ahli kepada aktiviti ini walau setelah saya tamat kursus nanti..

Namun, segala impian saya musnah apabila saya mendapat 'D' dalam kursus tersebut...inilah yang dikatakan TAKDIR menyalahi TADBIR...bukan hanya saya seorang..malah 8 orang rakan 'sekelas' saya yang lain turut mendapat keputusan yang sama...akibat dari itu, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah kursus tersebut pada semester berikutnya..barulah kami tahu...hanya kerana tidak dapat menghadiri peperiksaan akhir kursus tersebut, kami secara automatik gagal sepenuhnya....hati memberontak.....bukannya kami sengaja tidak mahu hadir ke peperiksaan akhir kursus itu...tapi pada hari yang sama kami juga terpaksa menjalani kajian lapangan yang meliputi 20/30% markah subjek major kami yang berjumlah 3 jam kredit.. manakala kursus tersebut hanya berjumlah 1 jam kredit...jika anda terpaksa membuat pilihan, mana yang akan anda pilih?

Walaubagaimanapun, aura kegagalan ini telah dapat saya rasakan ketika pertama kali saya berjumpa dengan Pengarah pusat ko...beliau tidak dapat bertolak ansur dan hanya menyerahkan bulat2 keputusan kepada pensyarah kami...malah beliau menyuruh agar kami menangguhkan kerja lapangan tersebut..bayangkan jika kami yang hanya berjumlah 9 orang daripada 151 orang pelajar kelas kami mahu menangguhkan projek yang telah lama dirancang oleh pihak jabatan semata-mata untuk menduduki ujian yang dibuat secara tergesa-gesa / last minute...adakah tindakan itu wajar?...lebih malang lagi pihak jabatan dan pensyarah kerja lapangan kami juga tidak dapat membantu...pada mulanya, saya tidak menyangka hal ini akan terjadi memandangkan pensyarah ko kami menyatakan bahawa kami boleh menduduki ujian tersebut pada hari lain iaitu lebih awal dari tarikh peperiksaan sebenar..namun, akibat ditunda beberapa kali, akhirnya ia tidak dijalankan dan senyap begitu sahaja..

Jadi, kami tidak memandang perkara ini terlalu berat...memandangkan ia hanya dikatakan sebagai ujian praktikal dan bukannya 'peperiksaan' seperti yang didakwa...kami telahpun menduduki peperiksaan bertulis selepas dari projek kerja lapangan tersebut...kami tidak risau kerana majoriti assignment telah kami sempurnakan kerana kami menganggap assignment tersebutlah merupakan penyumbang terbesar dalam markah tugasan kami (seperti yang dinyatakan pada awal kursus)...rupa2nya..sangkaan kami meleset...markah tugasan hanya sedikit manakala markah ujian bertulis dan praktikal tersebut merupakan penyumbang terbesar markah kami..itupun setelah kami berjumpa dan berbincang dengan pensyarah tersebut...beliau menyatakan beliau tidak mampu berbuat apa2....sepanjang kursus tersebut pun hanya seorang sahaja yang mendapat A- manakala yang lain mendapat B dan C...assignment kami dikatakan tidak menepati syarat yang dikehendaki...

Berdasarkan kes ini, saya membuat beberapa kesimpulan yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan diperbetulkan pada masa akan datang.

UNTUK PENSYARAH yang kusayangi...KESILAPAN ANDA:


1.Tidak menyatakan secara jelas apa yang dikehendaki bagi menepati syarat tugasan terbaik. Hal ini kerana, apabila kami bertemu dengan anda, anda hanya menyatakan 'buat ajelah" .

2. Hampir setiap minggu, instruktur kami bertukar dan lebih buruk lagi mereka hanya menjalankan kuliah tanpa mengetahui apa2 mengenai tugasan yang diberikan dan apabila ditanya tentang tugasan, mereka berkata tidak tahu-menahu sedangkan itu tajuk kuliah mereka. Hal ini terjadi kerana orang lain yang beri kuliah, orang lain yang beri tugasan (mengenai topik yang dikuliahkan) walhal ketika kuliah dijalankan, mereka tidak hadir.

3. Kadangkala kami diberi tugasan di luar skop kuliah. Mungkin itu boleh diterima. tetapi kami langsung tidak diberitahu mengenai skop dan cara terbaik membuat tugasan tersebut dan seringkali tugasan kami sangat berbeza dengan yang lain. misalnya, jika tajuk yang diberikan ialah fesyen MUSLIMAH, terdapat perbezaan ketara dari segi pengolahan isi dan beliau hanya memilih 1 ATAU 2 assigment yang beliau suka dan mengkritik yang lain tanpa membenarkan kami membuat pembetulan.

4.Kadangkala beliau terlupa tajuk tugasan yang diberikan dan hanya bertanya pendapat majoriti mengenainya. jika majoriti menyatakan tiada tugasan diberikan sebelum ini (padahal ada yang x buat dan x siap), maka beliau menolak tugasan yang telah dibuat oleh segelintir pelajar yang masih mengingatinya.

5. Tidak menyatakan secara jelas sistem pemarkahan.

6. Gemar mengubah sesuatu keputusan misalnya mengenai penundaan tarikh ujian praktikal kami tanpa alasan yang kukuh.

7. Tidak mahu bertolak ansur dengan masalah pelajar terutama masalah kami yang ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. jika kami memilih kerja lapangan, kami tidak dapat hadir untuk peperiksaan, maka kami tiada markah untuk itu....begitulah juga sebaliknya jika kami hadir untuk peperiksaan...tidakkah kalian mengerti apa yang kami alami?

NAMUN, terselit juga PENGAJARAN UNTUK SAYA dan rakan2..

1. Kami seharusnya tidak mengambil ringan mengenai ujian praktikal yang ditunda beberapa kali tersebut..
2. Kami seharusnya bertanya "ujian praktikal tu markahnya berapa?' dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini bahawa pensayarah tersebut gemar bertukar fikiran saat2 akhir..
3.Bertemu MPP untuk membela nasib kami agar hal yang sama tidak berulang kepada pelajar lain...


Walau apapun, TAKDIR untuk kami ber9 telah pun terjadi...kami redha dan pasrah...kami terpaksa repeat paper ko...masing2 membawa haluan masing2..dan kami saling mengingat antara satu sama lain agar hal yang sama tidak berulang pada diri kami sekali lagi...apa yang menyedihkan ternyata cerita kami telah berjaya 'dilelong' dan 'dijaja' kepada pelajar junior kursus tersebut oleh pensyarah yang sama tapi dalam versi 'kamilah yang bersalah' bagi menutupi kesalahan yang berlaku...sedihnya...x mengapa..saya maafkan...


Alhamdulillah dalam kursus yang saya jalani 3 semester ini, saya berjaya mendapatkan keputusan yang terbaik....inilah hikmahnya...disebalik kisah sedih ini, mungkin kursus tersebut bukanlah yang terbaik untuk saya dan 8 rakan yang lain...mungkin TADBIR saya tidak sebaik TADBIR Allah sehingga terjadinya TAKDIR tersebut....dari sini juga saya belajar mendidik hati agar bersabar, redha dan tawakal...yakin akan qada' dan qadar Allah pasti berlaku....Percayalah, tiada pilihan yang lebih baik melainkan pilihan Allah....

moga kisah ini menjadi iktibar untuk semua..

Isnin, 14 Jun 2010

Senyumlah

Saya berminat dengan puisi Illiya Abu Madhi

Dia berkata: 'Langit sedih dan terlihat murung."

Aku berkata: 'Tersenyumlah!
Biarkan kemurungan itu ada di langit!"
Dia berkata: "Kesamaran telah merasuk!"
Aku berkata: "Tersenyumlah!
Dukacita tidak akan pernah kembali,
sebab ia telah mati."
Dia berkata: "Langit di angkasa telah menyatu
dengan cinta yang berkobar dalam dadaku
dan telah menjadi neraka Jahannam.
Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?"
Aku berkata: "Tersenyumlah dan bersenanglah!
kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!"
Dia berkata: "Perniagaan mendekati kerugian
seperti seorang musafir
yang hampir mati kehausan
atau seperti singa yang haus darah.
Dia meludahkan darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku berkata: "Tersenyumlah!
Kau bukanlah penyebab kesembuhannya,
kecuali bila kau mahu tersenyum.
Apakah ketika orang lain berbuat dosa
dan tidur dengan perasaan takut,
engkau merasa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata: " Musuh sedang berada di sekelilingku.
Mereka berteriak menakutiku.
Bukanlah aku telah tertawan
dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata: "Tersenyumlah!"
Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu
jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."
Dia berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya
tergambar padaku di pakaian dan lukisan,
sedang diriku mempunyai kewajiban pada kekasihku
namun tidak ada satu dirham pun
di kedua telapak tanganku."
Aku berkata: "Tersenyumlah!
Bukankah kau masih hidup?
Kau bukanlah termasuk orang
yang tidak mempunyai kekasih."
Dia berkata: "Malam-malamku berada dalam kepahitan."
Aku berkata: "Tersenyumlah!
Jika kau merasa pahit, semoga orang lain
melihatmu sedang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh
dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu
jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham
atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi
dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan
membuat mulutmu terdiam
dan raut mukamu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah..!
Sungguh bintang-bintang pun tersenyum
dan kegelapan akan saling berbenturan.
Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang."
Dia berkata:"Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan
menjadi lebih baik.
Ia datang ke dunia ini
dan tetap akan pergi walau terpaksa."
Aku berkata: "Tersenyumlah! selagi nyawa di kandung badan
selama engkau masih hidup
sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

so...jgn la bersedih..kerana kesedihan itu memberi manfaat yg terlalu sedikit untuk diri kita...tersenyumlah..:)..jgn pula senyum kambing...

Manisnya Iman

Hadith riwayat Muslim dan Ahmad ....

Rasulullah s.a.w bersabda. Ertinya:

Ada tiga golongan yang mendapat kemanisan iman..

1. Orang yang mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada mencintai yang lain.

2. Orang yang cinta kepada seseorang dan dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3. Orang yang paling tidak suka kembali kepada kekufuran, sesudah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke neraka.


KETERANGAN

Untuk mendapatkan kelazatan iman perlu ada tiga syarat:
PERTAMA

Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain (kekasih, isteri, anak, kemewahan dan sebagainya). Orang seperti ini akan merasa tenang hidupnya dan merasa nikmat menjalankan perintah agama. Harus diingat, orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi dari segala-galanya lebih mengutamakan panggilan Allah daripada urusan keluarga.


KEDUA





Orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah. Orang yang memiliki rasa kasih sayang akan merasa tenang dan bahagia. Sementara orang yang menyimpan perasaan dendam , bergaduh dengan seseorang akan merasa resah dan menderita. Namun, yang mendapat kemanisan iman ialah orang yang mencintai seseorang kerana Allah. Maksudnya di sini , cinta kepada seseorang bukan kerana harta, pangkat, dan bukan juga kerana keperluan tertentu, tetapi semata-mata kerana Allah. Cintanya kepada seseortang itu hanya kerana dia menjalankan syariat Islam dengan baik. Setelah mencintainya, dia jadikan orang itu seperti saudaranya sendiri. Lebih ramai orang yang dicintai dan disayangi seperti saudara lebih baik lagi. Jika ada perasaan kasih sayang seperti ini, maka tercapailah kemanisan iman.

KETIGA





Orang yang takut kembali kepada kekufuran sebagaimana takut dicampakkan ke neraka. Keadaan ini mungkin terjadi kepada insan yang mengetahui kelebihan berada dalam agama Islam sedangkan mereka yang kafir akan kekal di dalam neraka. Mereka amat bersyukur ditunjukkan masuk Islam.

Hal ini termasuk juga insan yang banyak mengerjakan maksiat kemudian diberi hidayah sehingga insaf. Begitu juga orang yang sebelumnya jahil kemudian mempunyai ilmu agama. Mereka sangat bersyukur diberi keinsafan dan mereka mudah untuk melaksanakan perintah Allah.


Mereka inilah yang merasakan manisnya iman...moga-moga kita juga tergolong antara tiga golongan ini. InsyaAllah...

Lima Bencana Akibat Lima

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya :

Lima perkara akan terjadi kerana lima sebab:

1. Jika suatu kaum melanggar janji, maka mereka akan dikuasai oleh musuh mereka.
2. Jika mereka memakai hukum selain yang diturunkan oleh Allah, maka meluaslah kemiskinan.
3. Jika kemungkaran dikerjakan secara terang-terangan, maka meluaslah di kalangan mereka kematian.
4. Jika mereka mengurangi timbangan, maka terjadi kemarau dan tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.
5. Jika mereka tidak mengeluarkan zakat, maka ditahn bagi mereka hujan.

KETERANGAN:

Jika dikerjakan lima perkara yang dilarang Allah, maka turunlah lima macam bala atau bencana.

1. Melanggar janji.







Jika suatu kaum melanggar janji, mereka akan dikuasai oleh musuh mereka. Maksudnya jika anggota masyarakat sudah jarang menepati janji, mereka akan menjadi umat yang lemah dan akhirnya dikuasai oleh musuh.

2. Tidak memakai hukum Allah.




Malang sekali kerana negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam pun lebih gemar memakai undang-undang ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah. Akibatnya, orang tidak takut hukum dan kes jenayah semakin banyak terjadi. Lebih malang lagi, banyak negara Islam mundur dan miskin. Maka sesuailah dengan hadis ini iaitu penyebabnya ialah tidak memakai hukum yang diturunkan Allah.

3. Kemungkaran dikerjakan secara terang-terangan.





Jika kemungkaran atau maksiat dikerjakan secara terang-terangan, banyak terjadi kematian. Maksiat paling ketara ialah perbuatan zina yang sudah semakin menjadi-jadi bahkan dikatakan sudah dikerjakan secara terang-terangan. Pelacuran sudah banyak diiklankan secara terbuka dan tempatnya diketahui secara rasmi.

4. Mengurangi timbangan.

Jika para peniaga sudah curang dengan mengurangi timbangan dan sukatan, maka tumbuh-tumbuhan tidak akan menjadi. Timbangan diubahsuai sehingga barang yang belum sampai 1 kg sudah menjadi 1 kg walaupun sebenarnya masih kurang. Pengguna pun tertipu. Jika hal ini terjadi, maka Allah swt akan menurunkan bala dengan cara kemarau panjang sehingga tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.




5. Tidak mengeluarkan zakat.


Jika ramai di antara anggta masyarakat yang tidak mengeluarkan zakat, maka Allah akan menurunkan bala dengan cara menahan hujan sehingga timbul pelbagai macam kesukaran. Selain tumbuh-tumbuhan tidak menjadi, sukar mendapatkan bekalan air untuk makanan dan minuman mahupun untuk keperluan asas yang lain.

Ahad, 6 Jun 2010



Kelmarin adalah kenangan

Kelmarin adalah kenangan
Hari ini adalah perjuangan
Esok bukanlah suatu kepastian

Menyintai bukan erti memiliki
Memiliki bukan bermakna manakluki
CINTA itu perlukan pengorbanan dan kesabaran..

Benih azam yang menyusur diri adalah warna ketinggian rohani
renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yang tidak pernah pudar
Ayuh..bangun merentangi halangan demi sebuah mekarnya kejayaan.

Teruskan perjuangan
Walau sebesar mana gelombang
menghalang
Layarkan bahtera perjuangan
Mencecah Pulau Impian

Persahabatan
ibarat dua jambatan
penghubung dua benua
mahu roboh atau kekal utuh
keputusan di tanganmu..

tiada kehidupan andai tiada kekusutan
tiada kematangan andai tiada kepayahan

Jika ingin kesejahteraan setahun..
tanamlah benih
Jika ingin kesejahteraan 10 tahun
tanamlah pokok
Jika ingin kesejahteraan 100 tahun
Tanamlah ilmu di dada manusia

Selamat menjalani imtihan...

(gubahan nukilan 'cahaya 2007')