Selasa, 16 November 2010

Diam...APA MAKNANYA?


Salam alaik..

Saya tertarik pada artikel di majalah Solusi, karangan Hj. Zainuddin Ali, isu ke-25.

Beliau mengklasifikasikan DIAM kepada 9 jenis:


DIAM SEMULA JADI

Seorang pemuda menyapa seorang gadis. Namun, responnya hanya tersenyum walau pelbagai cara telah dilakukan. Suatu ketika, gadis tersebut bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa-rupanya gadis tersebut bisu. Inilah yang dikatakan diam semula jadi


DIAM TERPAKSA

Ibu atau bapa menegah anaknya daripada menyampuk cakap orang yang lebih tua daripada mereka.


DIAM BODOH

Kadangkala, jika kita bercakap, nampak seperti bodoh tetapi bila sudah bercakap , conform bodoh (bak kata pensyarah saya, En. Zainudin). Jadi, lebih baik diam.


DIAM MALAS

Orang sebegini biasanya malas untuk mencadangkan sesuatu idea, bimbang mereka akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Jadi, lebih baik dia diam.


DIAM MARAH

Diam sebegini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perbalahan atau pertengkaran yang lebih buruk.


DIAM MERAJUK

Kadangkala, pendapat kita mengenai sesuatu perkara, tidak diterima pakai oleh pegawai atasan kita. Akibatnya, timbul ungkapan" kalau bos sahaja yang betul, baik diam sahaja sebab cakap pon dah tak guna."


DIAM KHIANAT

Kadangkala, kita takut untuk menyatakan kebenaran, malah memilih untuk berdiam diri supaya pihak satu lagi dipertanggungjawabkan atas perkara tersebut walhal kita terbabit sama melakukannya.


DIAM SOMBONG

Mungkin disebabkan perbezaan darjat, taraf pendidikan, taraf ekonomi, golongan yang berada pada tahap yang tinggi dalam mana-mana perkara tadi hanya mendiamkan diri jika terdapat golongan bawahan mereka memberikan pendapat. Dia rasa terhina jika dia memberikan layanan kepada mereka dan memilih untuk berdiam sahaja.


DIAM EFEKTIF

Diam ini bertujuan untuk berfikir dan menyusun strategi di samping memusatkan diri terhadap isu ataupun masalah yang timbul. Inilah yang dikatakan 'diam-diam ubi berisi 'dan dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar daripada mulutnya.


Oleh itu, jika anda seorang pendiam? jika ya, di mana letaknya anda? Kadangkala, dalam pergaulan, kita juga akan berjumpa dengan manusia yang mempunyai sifat pendiam tetapi jenis pendiam mereka adalah berbeza. Justeru, dapatkah kita kategorikan jenis diam mereka? Mungkin perbincangan ini tidak terlalu penting buat mereka yang berfikiran 'kecil' tetapi amat penting buat mereka yang berfikiran 'besar'. Mungkin, dari sini, anda akan lebih memahami diri dan rakan anda, memperbaiki perkara-perkara tertentu, serta merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia. Diam dan berfikir sebentar merupakan amalan yang sangat baik daripada memberi respon secara melulu.

Ahad, 14 November 2010

Sifat pemurah...kesan pengaplikasiannya..??

Assalamualaikum..

lama agaknya saya tidak menulis..

Saya hanya ingin berkongsi satu cerita kali ini mengenai kisah seorang wanita muslim yang digelar Ummu Habib..



Suatu ketika, Hasan, Husein dan Abdullah bin Jaafar melaui khemah Ummu Habib yang terletak antara Makkah dan Madinah dalam keadaan yang sangat lapar dan dahaga. Mereka bertanya kepada Ummu Habib :" Apakah engkau mempunyai susu untuk kami minum? Kami semua kehausan." Ummu Habib menjawab, ' Kami mempunyai kambing kecil ini, perahlah dan minumlah susunya". Mereka bertanya lagi, "kami lapar, apa kamu tidak mempunyai makanan? Maka, wanita yang pemurah ini memberikan kambing kecil yang satu-satunya itu untuk disembelih oleh mereka tanpa memikirkan apakah kesannya kepada keluarganya nanti jika satu-satunya sumber makanan mereka itu telah habis malah menawarkan diri untuk memasak makanan tersebut untuk dijamu oleh tetamu-tetamunya.


Setelah kenyang, ketiga-tiga tetamu ini mengucapkan terima kasih dan menyatakan " Kami adalah orang-orang Quraisy yang hendak melaksanakan haji, jika kami kembali dengan selamat, datanglah kepada kami, kami akan memebuatmu senang, insya Allah". Kemudian, mereka berangkat pergi sambil menceritakan kebaikan Ummu Habib.


Ketika suaminya, Abu Amir pulang, dia bertanyakan anak kambing tersebut. Setelah Ummu Habib menceritakan segala-galanya kepada suaminya, dia dimarahi kerana terlalu mempercayai ketiga-tiga tetamu yang langsung tidak dikenali itu. Kemungkinan besar mereka sanggup menipu demi mendapatkan apa yang mereka inginkan. Namun, Ummu Habib cuba meyakinkan suaminya bahawa mereka mungkin benar berdasarkan tanda kebesaran yang dilihatnya pada setiap daripada mereka. Lagipun, beliau tidak sampai hati membiarkan mereka dalam keadaan kelaparan.

Keadaan seterusnya berubah. Mereka kehabisan bekalan makanan. Ummu Habib dan suaminya meninggalkan padang pasir untuk mencari rezeki dan makanan sehingga ke Madinah. Pada suatu hari, Hasan r.a berdiri di depan pintu rumahnya dan terpandang akan Ummu Habib dalam keletihan dan amat lapar. Hasan r.a menegur Ummu Habib dan bertanya: Wahai hamba perempuan Allah, adakah engkau mengenaliku?" Beliau menjawab:"Tidak" Setelah Hasan memperkenalkan dirinya, barulah Ummu Habib mengerti dan kembali teringat akan peristiwa dia menyambut tiga orang tetamu sebelum ini.


Melihat keadaan Ummu Habib dan suaminya, Hasan r.a mengotakan janjinya dan membenarkan mereka untuk tinggal di rumahnya selama mana yang mereka kehendaki sehinggga menghabiskan hak bertamu. Cucu Rasulullah itu juga membelikan untuknya 100 ekor kambing dan memerintahkan untuk diberikan kepadanya 1000 dinar. Kemudian, mereka berdua dihantar pula kepada Husin dan Husin menyambut tetamu tersebut seperti mana Hasan menyambutnya. Kemudian, mereka dihantar pula kepada orang yang ketiga, Abdullah bin Jaafar. Abdullah bertanya:' Berapa yang kau dapat dari Hasan dan Husin?" Wanita itu menjawab:" 200 ekor kambing dan 2000 dinar". Beliau berkata:" Andai (giliran itu) dimulai dengan aku, nescaya aku akan menyusahkan pemberian mereka." setelah itu, Abdulah memberikan jumlah pemberian Hasan dan Husin kepada wanita itu dan suaminya.


Maka pulanglah mereka dengan membawa 400 ekor kambing dan 4000 dinar sebagai balasan budi dan pengorbanannya.


Bertuah sungguh Ummu Habib dan suaminya..Ternyata sifat pemurahnya mendapat balasan yang berganda tanpa disangka-sangka..Malah peristiwa ini menolak sangkaan buruk suaminya terhadap tetamu-tetamu yang berjiwa besar itu..Namun, masih adakah kisah seperti ini pada zaman serba canggih hari ini??


Apakah pengajaran disebalik kisah tersebut? Mungkin kita kagum dengan kemurahan hati wanita ini yang memuliakan tetamunya tanpa memikirkan kesan bahawa keluarganya akan mengalami kelaparan sekiranya bekalan makanan mereka yang satu-satunya iaitu kambing tersebut telah dihabiskan. Namun, yang mengagumkan ialah dia langsung tidak bertanya siapa tetamunya dan bertanyakan apa urusan mereka sebelum memberikan makanan kepada mereka. Layanannya terhadap tetamu juga amat meneyentuh perasaan. Masihkan ada insan semulia ini di dunia? Sudah tentu ada.Mereka menghulur bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mempersoal kaum, bangsa, warna kulit, agama, dan kepentingan tertentu. Tetapi jumlahnya amat sedikit..




Masyarakat hari ini, lebih mementingkan cara untuk melambak harta dan masih berkira-kira untuk memberi sedikit kepada mereka yang memerlukan. Saya juga hairan, jika negara kita mengalami bencana seperti banjir, terlalu sedikit golongan yang menghulurkan bantuan..mungkin kerana musibah itu tidak menimpa mereka maka mereka ibarat acuh tidak acuh akan hal ini sedangkan jika jiran kita seperti Indonesia mengalami bencana seperti letusan gunung berapi, mengapa ramai pihak yang berebut-rebut untuk menubuhkan tabung bencana walhal musibah dalam negara dipandang sepi. Bantuan kerajaan pula dilaung-laungkan. Fikir-fikirkan..


Jika dilihat dari sisi sebaliknya, sifat pemurah seperti Ummu Habib dilihat dapat membuka peluang yang besar kepada pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain dan menyalahgunakannya ke jalan yang tidak benar. Buktinya, rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dimana-mana ekoran rendahnya moral. Hal ini bukan dilakukan oleh mereka yang tidak berpelajaran tetapi golongan yang mempunyai status dan pencapaian yang baik dalam pendidikan. Adakah salah kerajaan yang memberikan bantuan biasiswa sewaktu mereka melanjutkan pelajaran? Adakah salah ibu bapa yang sanggup berkorban demi kejayaan mereka? Mengapa susu yang diberi, tetapi dibalas dengan tuba?Di manakah silapnya?fikir-fikirkan..


Akhir kata, walau apapun, moga masih ada insan seperti Ummu Habib yang ikhlas dalam pemberiannya dan semoga Allah membalas pemberian mereka dengan yang lebih baik dari itu.

Sumber: La Tahzan, Jangan Bersedih: Khas untuk Muslimah Bijak Bistari, karangan Norhawanis Othman.