Rabu, 21 Disember 2011

kartun yang cantik..



Berdosakah....ampunkan aku...


Maafkanku...
Kadangkala sebagai seorang anak...
Ada tikanya aku terkasar..

Maafkanku..
Kadangkala aku meninggi suara..
Membiarkanmu hiba..
Melawan kehendakmu..
Bukan itu niatku..

Maafkanku..
Andai aku pergi..
Bukan atas kerelaanmu...
Bukan juga niatku...
Menyakitimu...

Aku perlu hadirkan diri...
Demi redha Ilahi...
Hasratku..
Agar kau maafkanku..
Akan ku jaga nama baikmu..
Demi agamaku...
Redhakanlah aku..
Moga dalam rahmat Nya..
Terhindar dari noda dan bencana...
Ku mohon..
Anakmu...













Isnin, 19 Disember 2011


Menghayati ciptaan-Nya..

pemandangan dari Kolej Harun Aminurrashid...UPSI   


pemandangan ketika waktu pagi..kabus...

Ketika mendung...

Banjaran Titiwangsa.......di waktu petang..

Jumaat, 21 Oktober 2011

KUNING

kuning
katanya bahagia
siapa yang tahu
Allah yang satu

kuning
ceria
sempurna
tapi
tidak semua suka
menyilau mata
tidak sepadan
terlalu menyerlah

kuning
warna diraja
buat yang istimewa
tapi 
ada yang bangga
kononnya bangsawan
walau tak rupawan
tidak mengapa
tiada salahnya

kuning
kemilau warnamu
tanda kebesarnNya
keagunganNya
bagi yang memerhati


Isnin, 26 September 2011

Hikayat Prang Sabi (Perang Sabil): Kisah Ainul Mardliyah (Mardhiah)


Menurut kata Pesuruh Allah,
Tubuhmu yang tertembak berlumuran darah,
Tidak akan terkapar rebah,
Kecuali dalam pangkuan Ainulmardliyah.

Sebelum datang dara rupawan,
Tubuh pahlawan roboh tiada,
Dara senyum menghulur tangan,
Barulah jasad terhantar bahagia.

Dara berlumba menadah tangan,
Jemput junjungan kekasih hati,
Dalam pangkuan gadis rupawan,
Nyawa di badan keluar sendiri.

Melayanglah nyawa alhamdulillah,
Lafaz bahagia tidak terkata,
Yang mengetahui hanya Allah,
Betapa mujahid mendapat pahala.

Saudaraku teungku hulubalang,
Janganlah ragu diam membisu,
Sayang adik mati diladang,
Rindukan abang di medan kuru.

Entah tidak kembali pulang,
Rindu memendam di dalam hati,
Entah tewas di medan perang,
Jemput pulang bawa kembali.

Rangkap-rangkap tulisan di atas dikarang oleh Teungku Syeikh Muhammad/ Teungku Chik Pante Kulu yang merupakan antara ulama sasterawan yang berjaya menaikkan semangat rakyat Acheh yang beragama Islam tunduk kepada orang kafir terutamanya kaum penjajah selama 80 tahun lamanya.

Beliau berjaya meyakinkan pembaca betapa bahagianya orang yang mati melawan Belanda, perang suci membela agama. Beliau turut menekankan bahawa orang yang syahid bukanlah mati tetapi hidup abadi. Hal ini digambarkan:

Janganlah katakan mati,
Mujahid yang tewas di medan perang,
Mereka hidup bahagia,
Bermandikan rahmat Tuhan,
Jangan dianggap mati,
Meski nyata demikian,
Jangan ragukan kekasih hati,
Ada firman Tuhan.

Jangan sebutkan mati,
Meski nyawa sudah tiada,
Di sisi Ilahi ia abadi,
Senantiasa bersuka ria.

Demikian mulianya di sisi Tuhan,
Tiada di sini umpama yang sama,
Mana di mana cuba bandingkan,
Wahai budiman resapkan di jiwa.

Kalau begitu saudaraku sayang,
Di medan perang hidup dan mati,
Cinta kampung, sayang halaman,
Kikis habis di dalam hati.

Anak dan isteri tercinta,
Tiada mengapa tinggal di dunia,
Di sana menanti bidadari syurga,
Dara-dara usia sebaya.

Orang dahulu waktu berperang,
Cinta harta tiada lagi,
Nyawa dan badan segala barang,
Nyerah semua rela di hati.

Mengapa kita, saudaraku sayang,
Ragu hati pergi berperang,
Begitu kasihnya Tuhan penyayang,
Patutkah kita berhati bimbang?


Isnin, 19 September 2011

Rindunye pada 'taman' halaman..


mimpi indah
terbayang ibu ayah
memanggilku pulang
ye..aku datang..

Sabarlah
akan tiba masanya 
untuk kembali


Tapi 
bukan untuk bersenang hati
ada tugas
perlu diteliti
biarpun seketika
moga ia bermakna..
buat kita semua..


Yahudi - dongeng terhadap Palestin



Hasil kajian daripada tokoh-tokoh Yahudi sendiri misalnya Arthur Kostler membuktikan bahawa lebih daripada 80% Yahudi hari ini tidak tidak mempunyai pertalian keturunan ataupun sejarah dengan Bani Israel dan juga Palestin. Majoriti mereka ialah Yahudi 'Khazar' yang berasal daripada kabilah Tatri-Turki kuno yang mendiami kawasan Caucasus (Selatan Rusia). Mereka menjadi Yahudi di bawah pemerintahan Raja Bulan pada tahun 740. Apabila baginda tersingkir daripada takhta, orang-orang Yahudi bertaburan di Russia dan Eropah Timur yang akhirnya golongan ini dikenali sebagai 'Yahudi Asykinaz'. Jadi, Palestin bukanlah tempat asal mereka tetapi Selatan Russia merupakan tanah air sebenar mereka. Mengapa mereka ingin merebut bumi Palestin?

Inilah konspirasi yang dirancang oleh Barat untuk memastikan perpaduan umat Islam di sebelah Asia dan Afrika terpisah. Apabila tiada perpaduan, maka tiadalah kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Disebabkan Barat perlukan Zionis untuk menjamin kelemahan umat Islam dan Rejim Zionis amat memerlukan barat untuk survival mereka, maka mereka sentiasa bekerjasama untuk menjamin tiada lagi kerajaan seperti kerajaan Othmaniyyah (di Turki) sebagai kerajaan Islam baru yang boleh mencabar mereka. Disebalik itulah, wujud pelaksanaan idea 'Buffer State' atau Negara Kawalan iaitu Palestin bagi memastikan tiada perpaduan ummah...


Apakah rancangan mereka ini berjaya? Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini...



Sumber bacaan : Kamal, H.H.(ptrj). (2001). Isu Palestin: Latar Belakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga Tahun 2000.Kuala Lumpur: Fajar Ulung.



Khamis, 15 September 2011

KENANGAN (4)- Praktikum di SMKJJ

MONOLOG DALAMAN...



Alamak RPH tidak siap ..
adalah satu kesalahan besar jika gagal menyiapkannya sebelum mengajar..
silap-silap boleh didenda ribuan****ringgit

Alamak nak buat BBM lagi...
Buatlah...
Semoga P&P menjadi lebih mudah untuk guru..
dan pelajar akan lebih mudah faham..

Susahnya nak buat pelajar********* belajar ...
sabarlah..
ini hanyalah ujian kecil...
lakukan tugas dengan ikhlas..
pujuklah mereka..
demi masa depan mereka..
tidak mengapa susah dahulu...

Jenuhnya mendidik pelajar yang tidak mahu mendengar arahan dan nasihat..
sabarlah..
jangan berputus asa..
kita di sini hanya seketika..
bayangkan guru-guru lain yang terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka setiap hari..
ini hanyalah dugaan kecil..
lakukan apa yang termampu...

Apa yang ingin ku ajar pada hari esok?
Mampukah aku membuat mereka faham?
Apakah aktiviti yang sesuai?
Jangan risau..
gunakan ilmu yang telah kau pelajari..
dan pengalaman sewaktu di universiti..
mungkin akan membantu..

Aku di sini serba kekurangan..
malah terpaksa meminta bantuan dan belas ihsan..
mampukah aku lalui 14 minggu di sini dengan jayanya?
Jika kau fikirkan kau boleh..
kau hampir boleh melakukan..
jika kau fikirkan ragu-ragu ..
usahamu tidak menentu..

Apakah sumbanganku kepada sekolah ini??
Lakukan sesuatu..
Tapi..
Usah mengharap balasan..
bimbang akan kekesalan..

Alhamdulillah..ini dia bayaran yang ku terima..
sebuah kejayaan..
A
Terima kasih Encik Anuar Abu Bakar,
Encik Mohd Ariffin Bin Ghazali,
dan semua guru
yang membimbing dan membantu..















Selasa, 13 September 2011

Luahan hati..

Salam alaik....

Betapa konsep Satu Malaysia hari ini masih belum benar-benar dihayati oleh masyarakat. Sedarkah kita bahawa mungkin kita masih belum mengenali kaum-kaum lain secara lebih mendalam; agama, adat; bahasa dan banyak lagi. Kita masih perlukan masa . 54 tahun merdeka masih belum cukup untuk kita mengenali antara satu sama lain ATAU kita memang tidak mahu mengenali dan memahami antara satu sama lain??

Masakan tidak...ketika di suatu kelas, seorang 'guru' berbangsa *** mengajukan untuk mengadakan kelas dari pukul 4 hingga pukul 7. Salah seorang dari kami menyatakan bahawa kami perlu solat antara tempoh tersebut. Beliau menyatakan bahawa sebelum ini tidak pernah ada diantara studentnya yang mengemukakan masalah mengenai hal solat. Kalau pelajar tersebut seorang sahaja nak solat maka dia 'dilepaskan'. Habis kalau begitu, bila kami boleh solat Asar, yang lain tak mahu solat ke?padahal 70 peratus adalah muslim. Mengapa mereka berdiam diri? owh.. mungkin ada salah faham di sini..tiba-tiba seorang hamba Allah meminta untuk kelas dihabiskan lebih awal supaya semua muslim boleh solat. 'Guru' itu bersetuju. Lega..

Renungan.

1. Mungkin kami ada masalah bahasa-si'guru' menggunakan English, manakala tidak ramai yang begitu memahami English dan sukar untuk berinteraksi. Kesannya, timbullah salah faham (bukan kami nak solat sampai tiga jam , cukuplah dalam 10 minit, tapi tidak mampu disampaikan dalam English..hahha..). Lain kali pastikan anda lancar berbahasa Inggeris apabila masuk ke kelas ini.

2. Disebabkan kurang memahami agama kaum lain, si'guru' kelihatan tidak mengetahui tempoh solat orang muslim dan menuduh kami akan 'skip' kelas hanya untuk solat semata-mata. Ini membuktikan beliau perlu belajar mengenali agama kaum lain. 

Walau apapun, alhamdulillah, segala-galanya selesai...  

Solat Kita

Artist: Rabbani
Song Category: Nasyid
Bersolat itu disiplinkan diri
Masa dihargai dan waktu ditepati
Penghubung kasih hamba dan Ilahi
Mensyukuri di atas nikmat hidup yang diberi

Sujudlah pada Ilahi
Sinar wajahmu akan berseri
Terhindarlah daripada perbuatan yang mungkar

Solat itu tiang seri
Sumber kekuatan rohani
Penegak agama suci
Ganjarannya besar sekali

Sedarkah kita semua
Amalan utama ditanya
Sempurnakah solat kita
Di barzakh sana

Khamis, 8 September 2011

Lirik Nasyid-my favourite song

Always Be There
Album : thank you ALLAH
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com

Allahuakbar… 

If you ask me about Allah
 
And what I know about it
 
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
 
The pure love to our soul
 
Who have created you and me,
 
The heaven and whole universe
 
The One that made us hold and free
 
The Guardian of His True believers
 

So when the time gets hard
 
There’s no way to turn
 
As He promises to you
 
He’ll always be there
 
To bless us with His love and His mercy coz
 
As He promises to you
 
He’ll always be there
 

He’s always watching us, guiding us
 
And He knows what’s in our little heart
 
So when you lose your way to Allah
 
You should turn
 
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
 
Into the light
 
Subhanallah
 
Capable of everything
 
Should never feel afraid of anything
 
As long as we follow His guidance
 
All the way through a short time
 
We have in this life
 
Soon it’ll all be over
 
And we’ll be in His heaven
 
And we’ll all be fined
 

So when the time gets hard
 
There’s no way to turn
 
As He promises to you
 
He’ll always be there
 
To bless us with His love and His mercy coz
 
As He promises to you
 
He’ll always be there
 
He’s always watching us, guiding us
 
And He knows what’s in our little Heart
 
So when you lose your way to Allah
 
You should turn
 
As He promises to you He’ll always be there
 

Allahuakbar

Tika diri ini diuji
dengan kesenangan
kenikmatan
kemewahan
kegembiraan
kadangkala aku lalai
alpa
megah dengan keindahan dunia

Tika diri ini diuji 
dengan kesempitan
kesedihan
kesukaran
ada kalanya aku mengeluh
menyalahkan takdir

Tika diri ini diuji 
dengan kesederhanaan
keselesaan
ada kalanya aku terlupa
untuk bersyukur
kerna inilah keperluan
sekadarnya sahaja
seorang hamba

Aku yakin
dunia hanya pentas lakonan
aku yang memilih watak
antagonis
protagonis
untuk bekalan
di akhirat yang hakiki
dan kekal abadi

'Auj bin Unuq

Salam alaik..

Mari berkenalan dengan 'Auj bin Unuq...Siapakah dia??

Dia adalah umat zaman Nabi Musa a.s. Orangnya sangat besar dan tinggi serta mempunyai kekuatan yang melebihi kemampuan manusia biasa. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila lapar, dia menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan dan kemudian memanggangnya dengan terik matahari.
Gunung Sinai

Suatu hari, ketika Nabi Musa a.s bersama kaumnya tersesat di sebuah kebun teh, mereka terserempak dengan 'Auj. Namun, 'Auj beraksud ingin membinasakan Nabi Musa a.s dan kaumnya. Dia pergi ke tempat kediaman askar-askar Nabi Musa tidak jauh daripada tempat kediamannya.

Dia bertindak mencabut gunung-gunung yang terdapat di sekitarnya dan menjunjungnya di atas kepala dan kemudian, dia bercadang untuk mencampakkannya pada askar-askar Nabi Musa a.s.  

Pada ketika inilah Allah mengutuskan  burung Hud-hud  meletakkan batu-batu berlian di atas gunung yang sedang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah juga, batu-batu tersebut menembusi hingga ke tengkuknya..Disebabkan tidak sanggup lagi memikul beban tersebut, akhirnya 'Auj binasa.

Dikatakan pula Nabi Musa a.s sempat melompat setinggi empat puluh hasta dan memukul tongkatnya kepada 'Auj. Tongkat Nabi Musa a.s tepat mengenai mata dan kaki 'Auj dan dengan kehendak Allah s.w.t, 'Auj jatuh dan sampailah ajalnya...

*Kisah ini saya ambil daripada buku Rahsia Disebalik 7 Hari....

Rabu, 7 September 2011

Rahsia disebalik 7 Hari

Salam alaik..

Tadi saya baru membeli sebuah buku :  RAHSIA DISEBALIK 7 HARI - Karangan As-Syeikh Abi Nasir Muhammad bin Abdul Rahman Al-Hamdani..



Saya belum habis baca lagi..

tapi ini antara kandungan buku tersebut.. anda boleh membelinya..

PERISTIWA HARI SABTU:

  1. Tipu daya Kaum Nabi Nuh a.s
  2. Tipu daya Kaum Nabi Salleh a.s
  3. Tipu daya saudara-saudara Yusuf  terhadap dirinya
  4. Tipu daya orang Yahudi terhadap Nabi Isa a.s
  5. Tipu daya orang-orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w pada Perjanjian Darun Nadwah
  6. Tipu daya orang-orang Yahudi atas larangan Allah
PERISTIWA HARI AHAD:
  1. Allah menciptakan langit sebagai tempat putaran bulan dan bintang
  2. Allah menciptakan bintang-bintang yang sentiasa beredar
  3. Allah menciptakan Neraka
  4. Allah menciptakan tujuh lapis bumi
  5. Allah menciptakan tujuh lautan
  6. Allah menciptakan anggota tubuh manusia
  7. Allah menciptakan masa dan angin puting beliung
PERISTIWA HARI ISNIN:
  1. Nabi Musa bermusafir menuju Bukit Tursina
  2. Turunnya dalil yang menunjukkan keEsaan Allah
  3. Kali pertama malaikat Jibril turun bertemu Nabi s.a.w
  4. Diperlihatkan segala amalan umat kepada roh baginda Nabi s.a.w
  5. Wafatnya baginda Nabi s.a.w
PERISTIWA PADA HARI SELASA:
  1. Pembunuhan Nabi Jurjis a.s
  2. Pembunuhan Nabi Yahaya a.s
  3. Pembunuhan Nabi Zakariya a.s
  4. Pembunuhan tukang-tukang sihir Firaun
  5. Pembunuhan Asiah binti Mazahim -Isteri Firaun
  6. Penyembelihan lembu kaum Bani Israil
  7. Pembunuhan Habil bin Adam a.s
PERISTIWA PADA HARI RABU:
  1. 'Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung hud-hud
  2. Qarun dibinasakan oleh bumi
  3. Firaun dan tentera-tenteranya dibinasakan dengan ditenggelamkan ke dalam laut
  4. Namrud dibinasakan dengan binatang
  5. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan dengan teriakan suara malaikat Jibril
  6. Kau nabi 'Ad a.s dibinasakan dengan angin
PERISTIWA PADA HARI KHAMIS:
  1. Hajat Nabi Ibrahim ditunaikan raja Mesir dan diberikan seorang perempuan bernama Siti Hajar
  2. Pemerah minuman raja masuk ke dalam penjara bermulanya pertemuan dengan Nabi Yusuf a.s 
  3. Bunyamin dipertemukan dengan saudara kandungnya, Nabi Yusuf a.s di Mesir
  4. Nabi Ya'kub a.s masuk ke Mesir bertemu Yusuf a.s
  5. Nabi Musa a.s masuk ke Mesir bertemu suku Qibti
  6. Rasulullah s.a.w masuk ke Kota Makkah dan mendapat kemenangan
PERISTIWA PADA HARI JUMAAT:
  1. Pernikahan Nabi Adam a.s dengan Hawa
  2. Pernikahan Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
  3. Pernikahan Nabi Musa a.s dengan Shafuro'
  4. Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
  5. Pernikahan Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah r.a
  6. Pernikahan Ali bin Abi Talib dengan Fatimah Az-Zahra

Berdasarkan pemerhatian saya, penulisan buku ini sangat mudah difahami. Cuma terdapat sedikit kesalahan dalam ejaan yang perlu diperhatikan oleh pembaca agar penyapaian penulis tidak lari daripada maksud asalnya...Selamat membaca...

Ahad, 4 September 2011

Kenangan (2)...Berpraktikum di SMKJJ

Salam alaik..

Kali ini,  inginku kongsikan realiti sebenar di sekolah apabila guru bukan opsyen subjek tertentu diberi tugas untuk mengajar subjek tersebut. Hal ini kulihat berlaku hampir disemua sekolah dan tidak terkecuali SMKJJ.

Cikgu Anuar..
Guru Pembimbing kami..
opsyen Sains Sukan....

Cikgu Halim..
Opsyen Sains Sukan..

Cikgu Shahizan..
opsyen Bahasa Melayu..
tapi masih dalam bidang Sains Kemanusiaan..
ok lah..

Berdasarkan pemerhatianku, mereka juga tidak kurang hebatnya dalam pedagogi dan subjek Sejarah. Mereka mampu mengawal pelajar dengan baik di dalam kelas dan tidak perlu terjerit-jerit seperti saye....hehehe..mungkin kerana mereka berpengalaman dan memahami pelajar SMKJJ...saya tabik dengan cikgu.... 

Jadi kepada bakal-bakal guru di UPSI dan diriku sendiri, kita harus mempersiapkan diri untuk mengajar subjek bukan opsyen kita di sekolah nanti...Jangan terlalu berharap untuk mengajar subjek seperti yang kita pelajari di universiti...Inilah realiti sebenar di sekolah...
Wah..tidak dapat ku bayangkan...

Sabtu, 3 September 2011

Kenangan (1)...Berpraktikum di SMKJJ

salam alaik...

sekadar mengimbau kenangan di SMKJJ..

Kami ibarat kembar...

bertemu pula dengan dua orang sahabat dari UPM..
Kenangan ketika hari Koperasi...
Menjual cenderahati..gerai kami antara terawal habis jualan..
Kak Majidah n Kak Ayu..

Tapi,
Mereka meninggalkan kami 2 minggu lebih awal..
sedih sungguh..
akan ku kenang jasamu..
Cikgu Ruhana, ketua bidang Sejarah..
Antara guru pertama yang kami temui..
Sangat peramah dan baik hati..
Terima kasih ..
 Kak Mashitah..guru baru..banyak membantu dalam subjek Perdagangan..
Terima kasih..kak..
Kak Norihan..guru baru...dari Sabah..
Kisahnya di Sabah banyak memberi pengajaran dan panduan..

Alamak..gambar kabur plak..
Senior kami dari UPSI dan Kolej Ungku Omar...
Selamat Menjadi Bapa..

Miss Koh, Kak Aisyah, Kak Zahirani..
Rakan-rakan guru yang best dan sporting..
Semoga tabah dan cekal ..
dan menjadi pendidik yang berjaya..

Sepanjang keberadaan kami di sekolah ini, banyak kenangan yang dicipta bersama guru dan para pelajar..Alhamdulillah..kami berjaya menempuh 14 minggu ini dengan lancar dan jayanya..
sekian dahulu coretan saya..

Rabu, 8 Jun 2011

Tahukah anda??

Salam alaik..




Saya hanya ingin berkongsi mengenai tahun masihi yang ditulis dalam berbagai cara sama ada AD atau M atau BC atau S.M. Sebenarnya, pengiraan kalendar sebelum kelahiran Nabi Isa disebut sebagai  'sebelum Masihi' atau S.M. Ia juga ditulis sebagai  BC yang bermaksud 'before Christ'. Perkataan 'Masihi'  adalah bersempena gelaran al-Masih bagi Nabi Isa atau ringkasannya adalah M. Tahun-tahun Masihi dikira secara terbalik berbanding dengan tahun selepas Masihi. Selepas Masihi juga ditulis dengan singkatan AD yang berasal daripada perkataan Latin Anno Domini yang bermaksud tahun Masihi. 

Misalnya, sekarang ialah tahun 2011 AD atau dalam Bahasa Melayu, 2011 M. Sekiranya sekarang ialah 200 BC maka tahun sebelumnya ialah 201 BC.

Sumber:Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain oleh
Afareez Abd Razak Al-Hafiz (2010)

Sabtu, 21 Mei 2011


Semoga hadis ini memberi manfaat buat semua muslimah yang mendambakan syurga yang hakiki dan kekal abadi...

Isnin, 18 April 2011

Gerakan Khilafat-Pencapaiannya...


Perang Dunia Pertama menyebabkan berlakunya kejatuhan Khalifah Turki. Kejatuhan empayar Turki menerima pelbagai respon daripada muslim seluruh dunia kerana mereka menganggap Turki Uthmaniyyah merupakan wakil pemerintah Islam. India tidak terkecuali. Khilafat ditubuhkan. Tujuannya memprotes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah. Gerakan ini dipimpin oleh Shaukat Ali, Muhammad Ali dan Maulana Kalam Azad Khan. 

Shaukat Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1873. Mendapat pendidikan di Universiti Aligarh. Aktif dalam sukat kriket. Beliau perbah dipenjarakan bersama adiknya Mohamad Ali pada 1915. Beliau menjadi presiden Khilafat yang pertama .


Mohamad Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1878. Mendapat pendidikan di Madrasah Aligarh dan Oxford University pada 1898 dalam jurusan Sejarah Moden. Apabila pulang semula ke India, beliau menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Rampur. Aktif dalam Kongres Kebangsaan India (KKI) dan Liga Muslim.



Maulana Kalam Azad Khan

Beliau dilahirkan pada 11 November 1888 dan merupakan Hindu Muslim. Beliau menyokong idea Gandhi. Seorang cendiakawan Muslim yang aktif dalam penulisan puisi dan risalah dalam bahasa Urdu (agama dan falsafah). Pada 1912, beliau menerbitkan akhbar Hilal. Beliau menyeru agar pemuda muslim berjuang ke arah kemerdekaan dan menghidupkan Persatuan Hindu Muslim.

Pencapaian Khilafat.

1. Sentimen Anti-British

Peranan Syaukat Ali dan Mohamad Ali dalam menyuburkan sentimen anti-British telah membuka mata masyarakat India. Mereka bertindak menyeru masyarakat supaya memboikot barangan buatab England seperti kain. Tindakan ini adalah inspirasi daripada kejayaan boikot barangan Itali semasa Perang Tripolitan 1911 dan dicadangkan oleh Hasrat Mohani. Antara golongan yang menyokong ialah orang penting India seperti Abdul Ghaffar dan pedagang kaya seperti Omar Sobani. Mahatma Gandhi turut terlibat sama dalam gerakan ini. Bagi mengelakkan masyarakat atau penyokong-penyokong ini menganggur, sebanyak 20 lakh telah diberikan kepada mereka oleh pemimpin gerakan Khilafat sebagai gaji dan bertujuan membeli alat pemintal benang. Kesannya, industri kain yang dijalankan oleh masyarakat tempatan semakin rancak.

2. Penyatuan Hindu Muslim
Tindakan Gandhi memperjuangkan pembebasan adik beradik Ali dari penjara merupakan awal dari penyatuan ini. Gandhi dan adik-beradik Ali berjaya membawa masyarakat India melihat kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Segala permusushan Hindu Muslim selama ini berjaya dilupakan buat sementara. Mereka membawa isu swaraj (berkerajaan sendiri) dan anti- British. Para pemimpin Hindu juga diterima memberikan ucapan di masjid Delhi selepas solat jumaat sebagai bukti penerimaan muslim terhadap hindu. Pengiktirafan Gandhi sebagai ahli eksekutif Khilafat juga dilihat merupakan titik awal penyatuan ini. Seterusnya, penglibatan aktif Gandhi dalam gerakan Khilafat dilihat dapat membuka mata orang Islam dan Hindu supaya bekerjasama menentang penjajah.

3. Penyatuan Kaum Muda dan Kaum Tua Muslim
Serangan tentera Berikat terhadap kerajaan Turki berjaya menyatukan dua golongan muslim di India iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merupakan golongan yang berfikiran kenservatif manakala Kaum Muda merupakan golongan yang berpendidikan dan liberal. Kes ini telah membuka mata mereka untuk bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing demi matlamat menghalang kejatuhan sultan Turki Uthmaniyyah. Mereka bergabung tenaga dan hal ini dapat dibuktikan apabila Mahmud Al Hassan (Kaum Tua) mengumpul orang-orang muda di India supaya mereka boleh dijadikan tentera di Turki.

4. Sambutan Hari Khilafat
Sambutan ini dianggotai oleh KKI dan masyarakat muslim. Sambutan ini diadakan pada bulan Oktober. Pada hari ini, mereka yang mneyambutnya akan menutup kedai mereka dan berpuasa serta mengadakan solat hajat. Selain itu, mereka juga tidak akan menerima sebarang gelaran kerajaan , tidak membayar cukai dan bercuti sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan British. Sokongan ditunjukkan apabila di Madras, seramai 200 orang muslim dan Hindu menyertai hartal . Pada waktu ini juga, mesyuarat mengenai protes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah dilakukan di Bihar.

5. Mewujudkan Konfrantasi Khilafat dan Resolusi Nagpur
Konfrantasi Khilafat diadakan pada 23 November 1919. Konfrantasi ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Antara seruan yang dilaungkan ialah supaya umat Islam memboikot dan tidak bekerjasama dengan British sekiranya pihak kolonial tidak menyelesaikan isu Turki. Usul-usul lain pula ialah supaya tentera tidak terlibat dalam pergolakan Asia Barat dan memboikot pengundian pilihan raya Jabatan Reformasi . Kesannya, 80 peratus ahli jabatan tersebut memboikot pilihan yang dijalankan. Ribuan mahasiswa turut memboikot sekolah dan kolej misalnya di National Muslim University , Aligarh. 

6. Penghijrahan ke Afganistan

Maulana Abd Bai, Syaukat Ali dan Abdul Kalam Azad Khan telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam tinggal di India (Darul Harb-Zon perang menentang Muslim) dan mereka harus berhijrah ke Afghanistan (Darul Islam). Fatwa ini menyebabkan seramai 18 000 umat Islam telah berhijrah ke sana tetapi tidak diterima oleh kerajaan Afghanistan. Tindakan ini merupakan reaksi terbesar masyarakat muslim sebagai protes terhadap ancaman British di Turki.

Secara keseluruhannya, tidak semua tindakan yang dijalankan oleh gerakan Khilafat mencapai kejayaan. Namun, usaha dan kesungguhan para pemimpinnya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk bersatu menentang kolonialisme. Gerakan ini berakhir apabila Turki diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  yang memperkenalkan sekularisme pada 1924. Namun, perjuangan gerakan ini telah disambung oleh Liga Muslim yang lebih mementingkan penubuhan negara Islam.

Ahad, 17 April 2011

Buntu..

Aku buntu..
Mengapa mereka begitu..
si merpati tidak lagi ..
terbang sekawan..

si enggang memilih pipit..
si gagak memilih layang-layang..
si pungguk memilih rajawali..
merak semakin kembang ekornya..
kakak tua menyendiri di sangkar..

di mana silapnya?
tidak salah memilih yang lain..
kenapa ditinggalkan 
rakan seperjuanganmu..
susah senang bersama..

apakah kerana
langit mendung
kau tidak terbang bersama
sayapmu patah
beribu alasan diberi
menjauh hati
menyendiri

lumrah dunia
tiada yang sempurna
mengapa tiada lagi maaf
tiada lagi senyum
tiada lagi mesra

moga waktu
merubah segalanya
moga dirimu bahagia

Kerana ku sayang kamu sekalian..



Rabu, 13 April 2011

Mampukah Aku


Aku Keliru
Berdiri antara dua pintu
satunya memancarkan cahaya terang
satu yang lain memberikan ruang berlindung

Manakah pilihan terbaik
aku perlukan cahaya
untuk terangi gelap malam
untuk hilangkan rasa takut

aku perlukan ruang
supaya kurasa tenang
supaya kurasa selamat

Tapi keduanya meminta syarat dariku
Aku boleh masuk
tapi...
aku perlu memilih satu darinya
mana mungkin aku akan memilih
aku perlukan keduanya

Namun 
aku tetap berdegil
akan kupecahkan kedua-dua pintu ini
agar tiada pemisah lagi
aku akan punya ruang dan cahaya
satu paduan yang sempurna

Tapi mungkinkah..
akan terjadi..
jika kudratku ibarat lalang
akan menyembah bumi
apabila ditiup angin
aku tidak berdaya
mampukah aku......

Selasa, 12 April 2011

Mimpi Siti Khadijah

Salam alaik..

Pada suatu malam, ketika sedang tidur, Siti Khadijah Khuwailid telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, beliau telah melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinar yang terang dan cantik ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumahpun di Kota Makkah yang tidak terkena sinar indah matahari tersebut.

Setelah terjaga dari tidur, Khadijah merenung dan memikirkan makna yang tersirat di sebalik mimpi tersebut tetapi gagal. Oleh kerana ingin tahu makna mimpi tersebut, beliau ke rumah bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal, seorang pakar dalam menafsirkan mimpi dan ahlul kitab.

"Beritahu saya,apakah makna mimpi itu, bapa"minta Siti Khadijah sebaik kisah mimpinya terluah di hadapan Waraqah bin Naufal.

"Percayalah anakku, pada tafsiran bapa, engkau akan dikurniakan seorang suami tidak lama lagi"

"Benarkah bapa?"

"Ya"

"Siapakah dia?"tanya Khadijah

"Dia adalah seorang Nabi akhir zaman"

Khadijah terkelu sejenak." Nabi itu berasal dari negeri mana, bapa?"soalnya sungguh-sungguh ingin tahu.

"Dari Kota Makkah ini juga" jawab Waraqah.....

*(Petikan teks ini saya ambil daripada Majalah al-Islam Sept 2010)

Berdasarkan teks di atas, mimpi yang dihadapi oleh Khadijah merupakan bermulanya episod tertegaknya syiar Islam sehingga ke segenap pelusuk dunia. Pepatah pernah menyatakan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri di belakangnya seorang wanita. Di sebalik kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, berdirinya seorang wanita bernama Khadijah yang sanggup bersusah payah dan berkorban segala-galanya demi perjuangan suaminya. Tidak dinafikan terdapat insan-insan lain yang turut sama berjuang bersama-sama Rasulullah. Namun, siapakah yang mula-mula meyakinkan Muhammad s.a.w bahawa berita yang dibawa oleh Jibril di gua Thur itu adalah benar dan baginda memang dipilih untuk menjadi pesuruh Allah. Siapa lagi jika bukan wanita yang bernama Khadijah. Mendengarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah selepas peristiwa tersebut telah memberikan ketenangan kepada suaminya setelah diselimutkan walhal pada awalnya, insan yang bernama Muhammad ini menggigil ketakutan ketika Jibril menyuruhnya untuk membaca. 

Siapa yang meyakinkan insan ini bahawa yang disampaikan oleh malaikat Jibril itu merupakan wahyu? dari mana Khadijah tahu bahawa itu adalah wahyu jika beliau tidak mendapat petunjuk berdasarkan mimpi tadi? Wahyu hanya diperoleh oleh insan yang dipilih menjadi nabi atau Rasul dan bukan pada sembarangan manusia.Maka tidak hairanlah jika Khadijah tenang dan telahpun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi tersebut. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peribadi suaminya yang sememangnya amat dipercayai dan tinggi peribadi itu. Masakan suaminya hendak mereka-reka cerita mengenai peristiwa di gua Thur kerana baginda amat dipercayai oleh masyarakat setempat.

Selain itu, beliau mungkin beruntung kerana dikurniai bapa saudara yang dapat menafsirkan mimpi beliau. Jika tidak, masakan beliau dapat mengetahui akan berita datangnya seorang Nabi Akhir Zaman ke dalam keluarganya. Jika tidak, mana mungkin beliau ingin menjadi orang pertama yang memeluk Islam sehingga berjaya sedikit sebanyak memberi semangat kepada perjuangan suaminya untuk membawa risalah Allah.

Beliau juga menjadi penyokong kuat dan tulang belakang kepada dakwah yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w sehinggalah ke akhir hayatnya. Ternyata wanita ini amat disayangi suaminya kerana setelah berkahwin dengan wanita lainpun, Rasulullah s.a.w masih lagi menyebut namanya. 

Satu perkara lain, peristiwa-peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya perancangan Allah terhadap insan-insan pilihan Nya. Khadijah, seorang janda hartawan bertemu jodoh dengan seorang teruna yang tinggi budi pekertinya. Ini adalah hasil rancangan Allah. Jika Khadijah tidak berpisah dengan suami pertamanya, mana mungkin beliau akan berkahwin dengan Muhammad.

Sememangnya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Khadijah sentiasa menjaga insan-insan yang disayangi oleh suaminya. Halimatun Sa'diah dimuliakan, dan Zaid seorang budak kesayangan nabi dimerdekakan dan dihadiahkan kepada suaminya. Segala hartanya digunakan untuk membantu dakwah suaminya. Ya..sungguh mulia pengobanan seorang wanita bernama Khadijah.

Beliau adalah pencetus kepada kegemilangan Islam sehingga ke hari ini. Ketabahannya dan kecekalannya dalam menghadapi setiap  ujian dan rintangan bersama suaminya ketika peringkat awal dakwah dijalankan menunjukkan betapa Allah maha mengetahui bahawa beliau adalah insan yang paling layak bersama dengan Rasulullah s.a.w saat dan ketika itu. Ketika Khadijah masih hidup, Rasulullah s.a.w tidak mengahwini wanita lain melainkan selepas pemergiannya. Betapa beliau amat dimuliakan dan disayangi.

Beliau merupakan ikon wanita yang patut dicontohi kerana berjaya menempuh dua zaman iaitu zaman Jahiliah yang penuh kegelapan dan zaman Islam yang muncul membawa cahaya kebenaran. Beliau mampu menempuh kedua-dua zaman itu dengan jayanya. Jika ketika sebelum Rasulullah s.a.w mendapat wahyu, beliau berjaya menjadi wanita yang dihormati kerana keturunannya dan kejayaannya dalam perniagaan sehingga menjadi hartawan. Jika setelah tempoh kenabian Nabi Muhammad, beliau berjaya menjadi pendamping dan tunggak kekuatan kepada penyebaran dakwah suaminya dan masyarakat yang telah memeluk Islam. Di samping itu, walau betapa hebatpun tentangan oleh kaum Musyrikin terhadap Islam dan penganutnya, beliau tetap berjaya menghadapi tentangan tersebut dan mengekalkan keyakinannya terhadap risalah Allah. Malah, hartanya juga sanggup dikorbankan demi Islam. 

Sebagai wanita, siapalah kita jika dibandingkan dengan wanita hebat ini...beliau berjaya menempah nama sebagai tokoh wanita yang ulung di dunia dan dijanjikan dengan kurniaan yang tinggi di akhirat. Namun, apakah kita mampu mencontohi wanita hebat ini? Berjaya di dunia DAN akhirat...?

Khadijah menempuh laluan yang sukar untuk berjaya tetapi disebabkan iman yang teguh, beliau berjaya menempah syurga di akhirat...bagaimana dengan kita wahai para muslimah sekalian? Mampukah kita juga menjadi peyokong kepada kejayaan seorang suami suatu saat nanti ? atau mampukah kita menjaga iman dikala dilanda badai ujian yang hebat ?

Semoga semangat seorang Khadijah binti Khuwailid sentiasa berada dalam setiap insan muslimah kita pada hari ini yang tidak goyah dengan dugaan dan cabaran ( modenisasi mahupun globalisasi...)

Terbalik

Salam alaik..


"Sarah , izinkan aku melamarmu menjadi isteriku"...

Tanpa berfikir panjang, "aku tidak mahu, maaf" Itulah kata-kata terakhir yang dilontarkan sebelum Mimi menarik tangan Sarah..

(dalam hati) tak boleh bla lah mamat tu..macam mana dia boleh terfikir sampai begitu sekali...MasyaAllah...
tapi hati manusia tidak boleh diduga....

"Nasib baik kau datang awal..kalau tidak masak aku" selepas memecut bersama Mimi, mereka duduk di sebuah pangkin di bawah pokok taman permainan..

"Tulah engkau...yang kau pergi dok gatal sangat pergi  fakulti sorang-sorang tu kenapa?" Mimi menyalahkannya kembali.

"Aku nak cepat, assignment aku ada masalah.Aku kena pergi jumpa Dr.Izah.Dia panggil..tup..tup mamat tu datang lagi...pakai bawa bunga pulak tu"

Mimi tertawa. "Boleh tahan juga kau ni.Dalam diam ada secret admire"

"Dahlah..jom kita pergi shopping" Sarah tidak mahu ambil pusing hal tersebut.

Mereka menunaikan solat Zohor bersama sebelum ke destinasi yang ingin dituju. Bersyukur rasanya mempunyai sahabat sebaik Mimi yang amat memahami walau kadangkala dia begitu sensitif. Riang sekali  mereka menjamu selera setelah selesai membeli belah..

*****************************************************************************

"Sarah..Sarah ..bangun..dah 6.30.Kau tak solat lagi"

"Ya Allah..Aku dah lewat" Sarah bangun mengejut.

Rupanya dia bermimpi tadi...ending yang cukup baik walaupun bermula dengan suspens..

Tapi fikirannya masih melayang terhadap mamat yang melamarnya dalam mimpi itu...Ketakutan mula menerjah kerana dia mula perasan bahawa mamat tersebut sering muncul dihadapannya secara tiba-tiba.

*****************************************************************************

Dr. Irna sibuk menjelaskan topik perbincangan mengenai Ekonomi Antarabangsa di dalam kuliahnya..Tiba-tiba Azi berkata kepadaku "hai ingat kat abang tut..ke?"

 Sarah yang sejak dari tadi termenung tiba-tiba terkejut dengan kenyataan tersebut..Dalam fikirannya, bagaimana Azi mengetahui hal tersebut?Mesti Mimi yang beritahu...kata-kata itu walaupun terbit dalam hatiku tetapi tidak sangka telah kuluahkan kepada Azi...

"Mimi tak beritahu apa-apa pun. Bukan dia..Kau salah faham..Aku maksudkan abang kereta sewa semalam.." Jelas Mimi..

Namun, Sarah musykil dengan penjelasan Azi.. Azi yang cuba meyakinkan Sarah menyatakan bahawa abang yang dimaksudkannya ialah Abang kereta sewa kami...

Sarah mula rasa bersalah..Sudah tentu Lili yang sedari tadi memandang perbuatan mereka berdua akan mengadukan hal ini kepada Mimi. Dia adaah kawan serumah Mimi..Pasti haru jadinya..Sarah sedar akan hal itu..Dia bungkam..

*********************************************************************************
Keesokannya, ketika berada di luar bilik Dr. Nazir, Sarah cuba meminta maaf kepada Mimi akan kesilapannya kerana salah faham sebelum ini..

Mimi memaafkannya...Namun, kenyataan Lili yang menyebut mengenai Abang di kolej KDA mengelirukan Sarah..Sebenarnya, siapakah abang yang dimaksudkan Azi semalam...Adakah Mimi benar-benar telah memberitahukan sesuatu kepada Azi dan Lili.....timbul pelbagai persoalan dalam benak Sarah....


Kali ini, Sarah cuba meminta kepastian...sayangnya, tindakan itu membuatkan Mimi berkecil hati ..Mimi menyangka Sarah tidak lagi mempercayainya..

Sejak dari itu, bermulalah sengketa antara Sarah dan Mimi...
**********************************************************************************
Barulah Sarah tahu..mimpinya malam semalam memberi alamat yang sebaliknya ....Hakikatnya lelaki yang melamar dirinya sudah berpunya manakala Mimi bukanlah penyelamat tetapi telahpun jauh dari dirinya...