Isnin, 18 April 2011

Gerakan Khilafat-Pencapaiannya...


Perang Dunia Pertama menyebabkan berlakunya kejatuhan Khalifah Turki. Kejatuhan empayar Turki menerima pelbagai respon daripada muslim seluruh dunia kerana mereka menganggap Turki Uthmaniyyah merupakan wakil pemerintah Islam. India tidak terkecuali. Khilafat ditubuhkan. Tujuannya memprotes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah. Gerakan ini dipimpin oleh Shaukat Ali, Muhammad Ali dan Maulana Kalam Azad Khan. 

Shaukat Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1873. Mendapat pendidikan di Universiti Aligarh. Aktif dalam sukat kriket. Beliau perbah dipenjarakan bersama adiknya Mohamad Ali pada 1915. Beliau menjadi presiden Khilafat yang pertama .


Mohamad Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1878. Mendapat pendidikan di Madrasah Aligarh dan Oxford University pada 1898 dalam jurusan Sejarah Moden. Apabila pulang semula ke India, beliau menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Rampur. Aktif dalam Kongres Kebangsaan India (KKI) dan Liga Muslim.



Maulana Kalam Azad Khan

Beliau dilahirkan pada 11 November 1888 dan merupakan Hindu Muslim. Beliau menyokong idea Gandhi. Seorang cendiakawan Muslim yang aktif dalam penulisan puisi dan risalah dalam bahasa Urdu (agama dan falsafah). Pada 1912, beliau menerbitkan akhbar Hilal. Beliau menyeru agar pemuda muslim berjuang ke arah kemerdekaan dan menghidupkan Persatuan Hindu Muslim.

Pencapaian Khilafat.

1. Sentimen Anti-British

Peranan Syaukat Ali dan Mohamad Ali dalam menyuburkan sentimen anti-British telah membuka mata masyarakat India. Mereka bertindak menyeru masyarakat supaya memboikot barangan buatab England seperti kain. Tindakan ini adalah inspirasi daripada kejayaan boikot barangan Itali semasa Perang Tripolitan 1911 dan dicadangkan oleh Hasrat Mohani. Antara golongan yang menyokong ialah orang penting India seperti Abdul Ghaffar dan pedagang kaya seperti Omar Sobani. Mahatma Gandhi turut terlibat sama dalam gerakan ini. Bagi mengelakkan masyarakat atau penyokong-penyokong ini menganggur, sebanyak 20 lakh telah diberikan kepada mereka oleh pemimpin gerakan Khilafat sebagai gaji dan bertujuan membeli alat pemintal benang. Kesannya, industri kain yang dijalankan oleh masyarakat tempatan semakin rancak.

2. Penyatuan Hindu Muslim
Tindakan Gandhi memperjuangkan pembebasan adik beradik Ali dari penjara merupakan awal dari penyatuan ini. Gandhi dan adik-beradik Ali berjaya membawa masyarakat India melihat kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Segala permusushan Hindu Muslim selama ini berjaya dilupakan buat sementara. Mereka membawa isu swaraj (berkerajaan sendiri) dan anti- British. Para pemimpin Hindu juga diterima memberikan ucapan di masjid Delhi selepas solat jumaat sebagai bukti penerimaan muslim terhadap hindu. Pengiktirafan Gandhi sebagai ahli eksekutif Khilafat juga dilihat merupakan titik awal penyatuan ini. Seterusnya, penglibatan aktif Gandhi dalam gerakan Khilafat dilihat dapat membuka mata orang Islam dan Hindu supaya bekerjasama menentang penjajah.

3. Penyatuan Kaum Muda dan Kaum Tua Muslim
Serangan tentera Berikat terhadap kerajaan Turki berjaya menyatukan dua golongan muslim di India iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merupakan golongan yang berfikiran kenservatif manakala Kaum Muda merupakan golongan yang berpendidikan dan liberal. Kes ini telah membuka mata mereka untuk bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing demi matlamat menghalang kejatuhan sultan Turki Uthmaniyyah. Mereka bergabung tenaga dan hal ini dapat dibuktikan apabila Mahmud Al Hassan (Kaum Tua) mengumpul orang-orang muda di India supaya mereka boleh dijadikan tentera di Turki.

4. Sambutan Hari Khilafat
Sambutan ini dianggotai oleh KKI dan masyarakat muslim. Sambutan ini diadakan pada bulan Oktober. Pada hari ini, mereka yang mneyambutnya akan menutup kedai mereka dan berpuasa serta mengadakan solat hajat. Selain itu, mereka juga tidak akan menerima sebarang gelaran kerajaan , tidak membayar cukai dan bercuti sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan British. Sokongan ditunjukkan apabila di Madras, seramai 200 orang muslim dan Hindu menyertai hartal . Pada waktu ini juga, mesyuarat mengenai protes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah dilakukan di Bihar.

5. Mewujudkan Konfrantasi Khilafat dan Resolusi Nagpur
Konfrantasi Khilafat diadakan pada 23 November 1919. Konfrantasi ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Antara seruan yang dilaungkan ialah supaya umat Islam memboikot dan tidak bekerjasama dengan British sekiranya pihak kolonial tidak menyelesaikan isu Turki. Usul-usul lain pula ialah supaya tentera tidak terlibat dalam pergolakan Asia Barat dan memboikot pengundian pilihan raya Jabatan Reformasi . Kesannya, 80 peratus ahli jabatan tersebut memboikot pilihan yang dijalankan. Ribuan mahasiswa turut memboikot sekolah dan kolej misalnya di National Muslim University , Aligarh. 

6. Penghijrahan ke Afganistan

Maulana Abd Bai, Syaukat Ali dan Abdul Kalam Azad Khan telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam tinggal di India (Darul Harb-Zon perang menentang Muslim) dan mereka harus berhijrah ke Afghanistan (Darul Islam). Fatwa ini menyebabkan seramai 18 000 umat Islam telah berhijrah ke sana tetapi tidak diterima oleh kerajaan Afghanistan. Tindakan ini merupakan reaksi terbesar masyarakat muslim sebagai protes terhadap ancaman British di Turki.

Secara keseluruhannya, tidak semua tindakan yang dijalankan oleh gerakan Khilafat mencapai kejayaan. Namun, usaha dan kesungguhan para pemimpinnya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk bersatu menentang kolonialisme. Gerakan ini berakhir apabila Turki diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  yang memperkenalkan sekularisme pada 1924. Namun, perjuangan gerakan ini telah disambung oleh Liga Muslim yang lebih mementingkan penubuhan negara Islam.

Ahad, 17 April 2011

Buntu..

Aku buntu..
Mengapa mereka begitu..
si merpati tidak lagi ..
terbang sekawan..

si enggang memilih pipit..
si gagak memilih layang-layang..
si pungguk memilih rajawali..
merak semakin kembang ekornya..
kakak tua menyendiri di sangkar..

di mana silapnya?
tidak salah memilih yang lain..
kenapa ditinggalkan 
rakan seperjuanganmu..
susah senang bersama..

apakah kerana
langit mendung
kau tidak terbang bersama
sayapmu patah
beribu alasan diberi
menjauh hati
menyendiri

lumrah dunia
tiada yang sempurna
mengapa tiada lagi maaf
tiada lagi senyum
tiada lagi mesra

moga waktu
merubah segalanya
moga dirimu bahagia

Kerana ku sayang kamu sekalian..



Rabu, 13 April 2011

Mampukah Aku


Aku Keliru
Berdiri antara dua pintu
satunya memancarkan cahaya terang
satu yang lain memberikan ruang berlindung

Manakah pilihan terbaik
aku perlukan cahaya
untuk terangi gelap malam
untuk hilangkan rasa takut

aku perlukan ruang
supaya kurasa tenang
supaya kurasa selamat

Tapi keduanya meminta syarat dariku
Aku boleh masuk
tapi...
aku perlu memilih satu darinya
mana mungkin aku akan memilih
aku perlukan keduanya

Namun 
aku tetap berdegil
akan kupecahkan kedua-dua pintu ini
agar tiada pemisah lagi
aku akan punya ruang dan cahaya
satu paduan yang sempurna

Tapi mungkinkah..
akan terjadi..
jika kudratku ibarat lalang
akan menyembah bumi
apabila ditiup angin
aku tidak berdaya
mampukah aku......

Selasa, 12 April 2011

Mimpi Siti Khadijah

Salam alaik..

Pada suatu malam, ketika sedang tidur, Siti Khadijah Khuwailid telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, beliau telah melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinar yang terang dan cantik ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumahpun di Kota Makkah yang tidak terkena sinar indah matahari tersebut.

Setelah terjaga dari tidur, Khadijah merenung dan memikirkan makna yang tersirat di sebalik mimpi tersebut tetapi gagal. Oleh kerana ingin tahu makna mimpi tersebut, beliau ke rumah bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal, seorang pakar dalam menafsirkan mimpi dan ahlul kitab.

"Beritahu saya,apakah makna mimpi itu, bapa"minta Siti Khadijah sebaik kisah mimpinya terluah di hadapan Waraqah bin Naufal.

"Percayalah anakku, pada tafsiran bapa, engkau akan dikurniakan seorang suami tidak lama lagi"

"Benarkah bapa?"

"Ya"

"Siapakah dia?"tanya Khadijah

"Dia adalah seorang Nabi akhir zaman"

Khadijah terkelu sejenak." Nabi itu berasal dari negeri mana, bapa?"soalnya sungguh-sungguh ingin tahu.

"Dari Kota Makkah ini juga" jawab Waraqah.....

*(Petikan teks ini saya ambil daripada Majalah al-Islam Sept 2010)

Berdasarkan teks di atas, mimpi yang dihadapi oleh Khadijah merupakan bermulanya episod tertegaknya syiar Islam sehingga ke segenap pelusuk dunia. Pepatah pernah menyatakan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri di belakangnya seorang wanita. Di sebalik kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, berdirinya seorang wanita bernama Khadijah yang sanggup bersusah payah dan berkorban segala-galanya demi perjuangan suaminya. Tidak dinafikan terdapat insan-insan lain yang turut sama berjuang bersama-sama Rasulullah. Namun, siapakah yang mula-mula meyakinkan Muhammad s.a.w bahawa berita yang dibawa oleh Jibril di gua Thur itu adalah benar dan baginda memang dipilih untuk menjadi pesuruh Allah. Siapa lagi jika bukan wanita yang bernama Khadijah. Mendengarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah selepas peristiwa tersebut telah memberikan ketenangan kepada suaminya setelah diselimutkan walhal pada awalnya, insan yang bernama Muhammad ini menggigil ketakutan ketika Jibril menyuruhnya untuk membaca. 

Siapa yang meyakinkan insan ini bahawa yang disampaikan oleh malaikat Jibril itu merupakan wahyu? dari mana Khadijah tahu bahawa itu adalah wahyu jika beliau tidak mendapat petunjuk berdasarkan mimpi tadi? Wahyu hanya diperoleh oleh insan yang dipilih menjadi nabi atau Rasul dan bukan pada sembarangan manusia.Maka tidak hairanlah jika Khadijah tenang dan telahpun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi tersebut. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peribadi suaminya yang sememangnya amat dipercayai dan tinggi peribadi itu. Masakan suaminya hendak mereka-reka cerita mengenai peristiwa di gua Thur kerana baginda amat dipercayai oleh masyarakat setempat.

Selain itu, beliau mungkin beruntung kerana dikurniai bapa saudara yang dapat menafsirkan mimpi beliau. Jika tidak, masakan beliau dapat mengetahui akan berita datangnya seorang Nabi Akhir Zaman ke dalam keluarganya. Jika tidak, mana mungkin beliau ingin menjadi orang pertama yang memeluk Islam sehingga berjaya sedikit sebanyak memberi semangat kepada perjuangan suaminya untuk membawa risalah Allah.

Beliau juga menjadi penyokong kuat dan tulang belakang kepada dakwah yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w sehinggalah ke akhir hayatnya. Ternyata wanita ini amat disayangi suaminya kerana setelah berkahwin dengan wanita lainpun, Rasulullah s.a.w masih lagi menyebut namanya. 

Satu perkara lain, peristiwa-peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya perancangan Allah terhadap insan-insan pilihan Nya. Khadijah, seorang janda hartawan bertemu jodoh dengan seorang teruna yang tinggi budi pekertinya. Ini adalah hasil rancangan Allah. Jika Khadijah tidak berpisah dengan suami pertamanya, mana mungkin beliau akan berkahwin dengan Muhammad.

Sememangnya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Khadijah sentiasa menjaga insan-insan yang disayangi oleh suaminya. Halimatun Sa'diah dimuliakan, dan Zaid seorang budak kesayangan nabi dimerdekakan dan dihadiahkan kepada suaminya. Segala hartanya digunakan untuk membantu dakwah suaminya. Ya..sungguh mulia pengobanan seorang wanita bernama Khadijah.

Beliau adalah pencetus kepada kegemilangan Islam sehingga ke hari ini. Ketabahannya dan kecekalannya dalam menghadapi setiap  ujian dan rintangan bersama suaminya ketika peringkat awal dakwah dijalankan menunjukkan betapa Allah maha mengetahui bahawa beliau adalah insan yang paling layak bersama dengan Rasulullah s.a.w saat dan ketika itu. Ketika Khadijah masih hidup, Rasulullah s.a.w tidak mengahwini wanita lain melainkan selepas pemergiannya. Betapa beliau amat dimuliakan dan disayangi.

Beliau merupakan ikon wanita yang patut dicontohi kerana berjaya menempuh dua zaman iaitu zaman Jahiliah yang penuh kegelapan dan zaman Islam yang muncul membawa cahaya kebenaran. Beliau mampu menempuh kedua-dua zaman itu dengan jayanya. Jika ketika sebelum Rasulullah s.a.w mendapat wahyu, beliau berjaya menjadi wanita yang dihormati kerana keturunannya dan kejayaannya dalam perniagaan sehingga menjadi hartawan. Jika setelah tempoh kenabian Nabi Muhammad, beliau berjaya menjadi pendamping dan tunggak kekuatan kepada penyebaran dakwah suaminya dan masyarakat yang telah memeluk Islam. Di samping itu, walau betapa hebatpun tentangan oleh kaum Musyrikin terhadap Islam dan penganutnya, beliau tetap berjaya menghadapi tentangan tersebut dan mengekalkan keyakinannya terhadap risalah Allah. Malah, hartanya juga sanggup dikorbankan demi Islam. 

Sebagai wanita, siapalah kita jika dibandingkan dengan wanita hebat ini...beliau berjaya menempah nama sebagai tokoh wanita yang ulung di dunia dan dijanjikan dengan kurniaan yang tinggi di akhirat. Namun, apakah kita mampu mencontohi wanita hebat ini? Berjaya di dunia DAN akhirat...?

Khadijah menempuh laluan yang sukar untuk berjaya tetapi disebabkan iman yang teguh, beliau berjaya menempah syurga di akhirat...bagaimana dengan kita wahai para muslimah sekalian? Mampukah kita juga menjadi peyokong kepada kejayaan seorang suami suatu saat nanti ? atau mampukah kita menjaga iman dikala dilanda badai ujian yang hebat ?

Semoga semangat seorang Khadijah binti Khuwailid sentiasa berada dalam setiap insan muslimah kita pada hari ini yang tidak goyah dengan dugaan dan cabaran ( modenisasi mahupun globalisasi...)

Terbalik

Salam alaik..


"Sarah , izinkan aku melamarmu menjadi isteriku"...

Tanpa berfikir panjang, "aku tidak mahu, maaf" Itulah kata-kata terakhir yang dilontarkan sebelum Mimi menarik tangan Sarah..

(dalam hati) tak boleh bla lah mamat tu..macam mana dia boleh terfikir sampai begitu sekali...MasyaAllah...
tapi hati manusia tidak boleh diduga....

"Nasib baik kau datang awal..kalau tidak masak aku" selepas memecut bersama Mimi, mereka duduk di sebuah pangkin di bawah pokok taman permainan..

"Tulah engkau...yang kau pergi dok gatal sangat pergi  fakulti sorang-sorang tu kenapa?" Mimi menyalahkannya kembali.

"Aku nak cepat, assignment aku ada masalah.Aku kena pergi jumpa Dr.Izah.Dia panggil..tup..tup mamat tu datang lagi...pakai bawa bunga pulak tu"

Mimi tertawa. "Boleh tahan juga kau ni.Dalam diam ada secret admire"

"Dahlah..jom kita pergi shopping" Sarah tidak mahu ambil pusing hal tersebut.

Mereka menunaikan solat Zohor bersama sebelum ke destinasi yang ingin dituju. Bersyukur rasanya mempunyai sahabat sebaik Mimi yang amat memahami walau kadangkala dia begitu sensitif. Riang sekali  mereka menjamu selera setelah selesai membeli belah..

*****************************************************************************

"Sarah..Sarah ..bangun..dah 6.30.Kau tak solat lagi"

"Ya Allah..Aku dah lewat" Sarah bangun mengejut.

Rupanya dia bermimpi tadi...ending yang cukup baik walaupun bermula dengan suspens..

Tapi fikirannya masih melayang terhadap mamat yang melamarnya dalam mimpi itu...Ketakutan mula menerjah kerana dia mula perasan bahawa mamat tersebut sering muncul dihadapannya secara tiba-tiba.

*****************************************************************************

Dr. Irna sibuk menjelaskan topik perbincangan mengenai Ekonomi Antarabangsa di dalam kuliahnya..Tiba-tiba Azi berkata kepadaku "hai ingat kat abang tut..ke?"

 Sarah yang sejak dari tadi termenung tiba-tiba terkejut dengan kenyataan tersebut..Dalam fikirannya, bagaimana Azi mengetahui hal tersebut?Mesti Mimi yang beritahu...kata-kata itu walaupun terbit dalam hatiku tetapi tidak sangka telah kuluahkan kepada Azi...

"Mimi tak beritahu apa-apa pun. Bukan dia..Kau salah faham..Aku maksudkan abang kereta sewa semalam.." Jelas Mimi..

Namun, Sarah musykil dengan penjelasan Azi.. Azi yang cuba meyakinkan Sarah menyatakan bahawa abang yang dimaksudkannya ialah Abang kereta sewa kami...

Sarah mula rasa bersalah..Sudah tentu Lili yang sedari tadi memandang perbuatan mereka berdua akan mengadukan hal ini kepada Mimi. Dia adaah kawan serumah Mimi..Pasti haru jadinya..Sarah sedar akan hal itu..Dia bungkam..

*********************************************************************************
Keesokannya, ketika berada di luar bilik Dr. Nazir, Sarah cuba meminta maaf kepada Mimi akan kesilapannya kerana salah faham sebelum ini..

Mimi memaafkannya...Namun, kenyataan Lili yang menyebut mengenai Abang di kolej KDA mengelirukan Sarah..Sebenarnya, siapakah abang yang dimaksudkan Azi semalam...Adakah Mimi benar-benar telah memberitahukan sesuatu kepada Azi dan Lili.....timbul pelbagai persoalan dalam benak Sarah....


Kali ini, Sarah cuba meminta kepastian...sayangnya, tindakan itu membuatkan Mimi berkecil hati ..Mimi menyangka Sarah tidak lagi mempercayainya..

Sejak dari itu, bermulalah sengketa antara Sarah dan Mimi...
**********************************************************************************
Barulah Sarah tahu..mimpinya malam semalam memberi alamat yang sebaliknya ....Hakikatnya lelaki yang melamar dirinya sudah berpunya manakala Mimi bukanlah penyelamat tetapi telahpun jauh dari dirinya...