Semoga hadis ini memberi manfaat buat semua muslimah yang mendambakan syurga yang hakiki dan kekal abadi...
Mencari ilham...ilmu yang mendalam..menerangi jiwa yang kelam..menyubur iman yang suram..agar ku tak tersembam ke jurang yang curam..
Sabtu, 21 Mei 2011
Isnin, 18 April 2011
Gerakan Khilafat-Pencapaiannya...
Perang Dunia Pertama menyebabkan berlakunya kejatuhan Khalifah Turki. Kejatuhan empayar Turki menerima pelbagai respon daripada muslim seluruh dunia kerana mereka menganggap Turki Uthmaniyyah merupakan wakil pemerintah Islam. India tidak terkecuali. Khilafat ditubuhkan. Tujuannya memprotes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah. Gerakan ini dipimpin oleh Shaukat Ali, Muhammad Ali dan Maulana Kalam Azad Khan.
Shaukat Ali
Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1873. Mendapat pendidikan di Universiti Aligarh. Aktif dalam sukat kriket. Beliau perbah dipenjarakan bersama adiknya Mohamad Ali pada 1915. Beliau menjadi presiden Khilafat yang pertama .
Mohamad Ali
Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1878. Mendapat pendidikan di Madrasah Aligarh dan Oxford University pada 1898 dalam jurusan Sejarah Moden. Apabila pulang semula ke India, beliau menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Rampur. Aktif dalam Kongres Kebangsaan India (KKI) dan Liga Muslim.
Maulana Kalam Azad Khan
Beliau dilahirkan pada 11 November 1888 dan merupakan Hindu Muslim. Beliau menyokong idea Gandhi. Seorang cendiakawan Muslim yang aktif dalam penulisan puisi dan risalah dalam bahasa Urdu (agama dan falsafah). Pada 1912, beliau menerbitkan akhbar Hilal. Beliau menyeru agar pemuda muslim berjuang ke arah kemerdekaan dan menghidupkan Persatuan Hindu Muslim.
Pencapaian Khilafat.
1. Sentimen Anti-British
Peranan Syaukat Ali dan Mohamad Ali dalam menyuburkan sentimen anti-British telah membuka mata masyarakat India. Mereka bertindak menyeru masyarakat supaya memboikot barangan buatab England seperti kain. Tindakan ini adalah inspirasi daripada kejayaan boikot barangan Itali semasa Perang Tripolitan 1911 dan dicadangkan oleh Hasrat Mohani. Antara golongan yang menyokong ialah orang penting India seperti Abdul Ghaffar dan pedagang kaya seperti Omar Sobani. Mahatma Gandhi turut terlibat sama dalam gerakan ini. Bagi mengelakkan masyarakat atau penyokong-penyokong ini menganggur, sebanyak 20 lakh telah diberikan kepada mereka oleh pemimpin gerakan Khilafat sebagai gaji dan bertujuan membeli alat pemintal benang. Kesannya, industri kain yang dijalankan oleh masyarakat tempatan semakin rancak.
2. Penyatuan Hindu Muslim
Tindakan Gandhi memperjuangkan pembebasan adik beradik Ali dari penjara merupakan awal dari penyatuan ini. Gandhi dan adik-beradik Ali berjaya membawa masyarakat India melihat kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Segala permusushan Hindu Muslim selama ini berjaya dilupakan buat sementara. Mereka membawa isu swaraj (berkerajaan sendiri) dan anti- British. Para pemimpin Hindu juga diterima memberikan ucapan di masjid Delhi selepas solat jumaat sebagai bukti penerimaan muslim terhadap hindu. Pengiktirafan Gandhi sebagai ahli eksekutif Khilafat juga dilihat merupakan titik awal penyatuan ini. Seterusnya, penglibatan aktif Gandhi dalam gerakan Khilafat dilihat dapat membuka mata orang Islam dan Hindu supaya bekerjasama menentang penjajah.
3. Penyatuan Kaum Muda dan Kaum Tua Muslim
Serangan tentera Berikat terhadap kerajaan Turki berjaya menyatukan dua golongan muslim di India iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merupakan golongan yang berfikiran kenservatif manakala Kaum Muda merupakan golongan yang berpendidikan dan liberal. Kes ini telah membuka mata mereka untuk bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing demi matlamat menghalang kejatuhan sultan Turki Uthmaniyyah. Mereka bergabung tenaga dan hal ini dapat dibuktikan apabila Mahmud Al Hassan (Kaum Tua) mengumpul orang-orang muda di India supaya mereka boleh dijadikan tentera di Turki.
4. Sambutan Hari Khilafat
Sambutan ini dianggotai oleh KKI dan masyarakat muslim. Sambutan ini diadakan pada bulan Oktober. Pada hari ini, mereka yang mneyambutnya akan menutup kedai mereka dan berpuasa serta mengadakan solat hajat. Selain itu, mereka juga tidak akan menerima sebarang gelaran kerajaan , tidak membayar cukai dan bercuti sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan British. Sokongan ditunjukkan apabila di Madras, seramai 200 orang muslim dan Hindu menyertai hartal . Pada waktu ini juga, mesyuarat mengenai protes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah dilakukan di Bihar.
5. Mewujudkan Konfrantasi Khilafat dan Resolusi Nagpur
Konfrantasi Khilafat diadakan pada 23 November 1919. Konfrantasi ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Antara seruan yang dilaungkan ialah supaya umat Islam memboikot dan tidak bekerjasama dengan British sekiranya pihak kolonial tidak menyelesaikan isu Turki. Usul-usul lain pula ialah supaya tentera tidak terlibat dalam pergolakan Asia Barat dan memboikot pengundian pilihan raya Jabatan Reformasi . Kesannya, 80 peratus ahli jabatan tersebut memboikot pilihan yang dijalankan. Ribuan mahasiswa turut memboikot sekolah dan kolej misalnya di National Muslim University , Aligarh.
6. Penghijrahan ke Afganistan
Maulana Abd Bai, Syaukat Ali dan Abdul Kalam Azad Khan telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam tinggal di India (Darul Harb-Zon perang menentang Muslim) dan mereka harus berhijrah ke Afghanistan (Darul Islam). Fatwa ini menyebabkan seramai 18 000 umat Islam telah berhijrah ke sana tetapi tidak diterima oleh kerajaan Afghanistan. Tindakan ini merupakan reaksi terbesar masyarakat muslim sebagai protes terhadap ancaman British di Turki.
Secara keseluruhannya, tidak semua tindakan yang dijalankan oleh gerakan Khilafat mencapai kejayaan. Namun, usaha dan kesungguhan para pemimpinnya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk bersatu menentang kolonialisme. Gerakan ini berakhir apabila Turki diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk yang memperkenalkan sekularisme pada 1924. Namun, perjuangan gerakan ini telah disambung oleh Liga Muslim yang lebih mementingkan penubuhan negara Islam.
Ahad, 17 April 2011
Buntu..
Aku buntu..
Mengapa mereka begitu..
si merpati tidak lagi ..
terbang sekawan..
si enggang memilih pipit..
si gagak memilih layang-layang..
si pungguk memilih rajawali..
merak semakin kembang ekornya..
kakak tua menyendiri di sangkar..
di mana silapnya?
tidak salah memilih yang lain..
kenapa ditinggalkan
rakan seperjuanganmu..
susah senang bersama..
apakah kerana
langit mendung
kau tidak terbang bersama
sayapmu patah
beribu alasan diberi
menjauh hati
menyendiri
lumrah dunia
tiada yang sempurna
mengapa tiada lagi maaf
tiada lagi senyum
tiada lagi mesra
moga waktu
merubah segalanya
moga dirimu bahagia
Kerana ku sayang kamu sekalian..
Rabu, 13 April 2011
Mampukah Aku
Aku Keliru
Berdiri antara dua pintu
satunya memancarkan cahaya terang
satu yang lain memberikan ruang berlindung
Manakah pilihan terbaik
aku perlukan cahaya
untuk terangi gelap malam
untuk hilangkan rasa takut
aku perlukan ruang
supaya kurasa tenang
supaya kurasa selamat
Tapi keduanya meminta syarat dariku
Aku boleh masuk
tapi...
aku perlu memilih satu darinya
mana mungkin aku akan memilih
aku perlukan keduanya
Namun
aku tetap berdegil
akan kupecahkan kedua-dua pintu ini
agar tiada pemisah lagi
aku akan punya ruang dan cahaya
satu paduan yang sempurna
Tapi mungkinkah..
akan terjadi..
jika kudratku ibarat lalang
akan menyembah bumi
apabila ditiup angin
aku tidak berdaya
mampukah aku......
Selasa, 12 April 2011
Mimpi Siti Khadijah
Salam alaik..
Pada suatu malam, ketika sedang tidur, Siti Khadijah Khuwailid telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, beliau telah melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinar yang terang dan cantik ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumahpun di Kota Makkah yang tidak terkena sinar indah matahari tersebut.
Setelah terjaga dari tidur, Khadijah merenung dan memikirkan makna yang tersirat di sebalik mimpi tersebut tetapi gagal. Oleh kerana ingin tahu makna mimpi tersebut, beliau ke rumah bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal, seorang pakar dalam menafsirkan mimpi dan ahlul kitab.
"Beritahu saya,apakah makna mimpi itu, bapa"minta Siti Khadijah sebaik kisah mimpinya terluah di hadapan Waraqah bin Naufal.
"Percayalah anakku, pada tafsiran bapa, engkau akan dikurniakan seorang suami tidak lama lagi"
"Benarkah bapa?"
"Ya"
"Siapakah dia?"tanya Khadijah
"Dia adalah seorang Nabi akhir zaman"
Khadijah terkelu sejenak." Nabi itu berasal dari negeri mana, bapa?"soalnya sungguh-sungguh ingin tahu.
"Dari Kota Makkah ini juga" jawab Waraqah.....
*(Petikan teks ini saya ambil daripada Majalah al-Islam Sept 2010)
Berdasarkan teks di atas, mimpi yang dihadapi oleh Khadijah merupakan bermulanya episod tertegaknya syiar Islam sehingga ke segenap pelusuk dunia. Pepatah pernah menyatakan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri di belakangnya seorang wanita. Di sebalik kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, berdirinya seorang wanita bernama Khadijah yang sanggup bersusah payah dan berkorban segala-galanya demi perjuangan suaminya. Tidak dinafikan terdapat insan-insan lain yang turut sama berjuang bersama-sama Rasulullah. Namun, siapakah yang mula-mula meyakinkan Muhammad s.a.w bahawa berita yang dibawa oleh Jibril di gua Thur itu adalah benar dan baginda memang dipilih untuk menjadi pesuruh Allah. Siapa lagi jika bukan wanita yang bernama Khadijah. Mendengarkan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah selepas peristiwa tersebut telah memberikan ketenangan kepada suaminya setelah diselimutkan walhal pada awalnya, insan yang bernama Muhammad ini menggigil ketakutan ketika Jibril menyuruhnya untuk membaca.
Siapa yang meyakinkan insan ini bahawa yang disampaikan oleh malaikat Jibril itu merupakan wahyu? dari mana Khadijah tahu bahawa itu adalah wahyu jika beliau tidak mendapat petunjuk berdasarkan mimpi tadi? Wahyu hanya diperoleh oleh insan yang dipilih menjadi nabi atau Rasul dan bukan pada sembarangan manusia.Maka tidak hairanlah jika Khadijah tenang dan telahpun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi tersebut. Hal ini dikukuhkan lagi dengan peribadi suaminya yang sememangnya amat dipercayai dan tinggi peribadi itu. Masakan suaminya hendak mereka-reka cerita mengenai peristiwa di gua Thur kerana baginda amat dipercayai oleh masyarakat setempat.
Selain itu, beliau mungkin beruntung kerana dikurniai bapa saudara yang dapat menafsirkan mimpi beliau. Jika tidak, masakan beliau dapat mengetahui akan berita datangnya seorang Nabi Akhir Zaman ke dalam keluarganya. Jika tidak, mana mungkin beliau ingin menjadi orang pertama yang memeluk Islam sehingga berjaya sedikit sebanyak memberi semangat kepada perjuangan suaminya untuk membawa risalah Allah.
Beliau juga menjadi penyokong kuat dan tulang belakang kepada dakwah yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w sehinggalah ke akhir hayatnya. Ternyata wanita ini amat disayangi suaminya kerana setelah berkahwin dengan wanita lainpun, Rasulullah s.a.w masih lagi menyebut namanya.
Satu perkara lain, peristiwa-peristiwa ini menunjukkan betapa hebatnya perancangan Allah terhadap insan-insan pilihan Nya. Khadijah, seorang janda hartawan bertemu jodoh dengan seorang teruna yang tinggi budi pekertinya. Ini adalah hasil rancangan Allah. Jika Khadijah tidak berpisah dengan suami pertamanya, mana mungkin beliau akan berkahwin dengan Muhammad.
Sememangnya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Khadijah sentiasa menjaga insan-insan yang disayangi oleh suaminya. Halimatun Sa'diah dimuliakan, dan Zaid seorang budak kesayangan nabi dimerdekakan dan dihadiahkan kepada suaminya. Segala hartanya digunakan untuk membantu dakwah suaminya. Ya..sungguh mulia pengobanan seorang wanita bernama Khadijah.
Beliau adalah pencetus kepada kegemilangan Islam sehingga ke hari ini. Ketabahannya dan kecekalannya dalam menghadapi setiap ujian dan rintangan bersama suaminya ketika peringkat awal dakwah dijalankan menunjukkan betapa Allah maha mengetahui bahawa beliau adalah insan yang paling layak bersama dengan Rasulullah s.a.w saat dan ketika itu. Ketika Khadijah masih hidup, Rasulullah s.a.w tidak mengahwini wanita lain melainkan selepas pemergiannya. Betapa beliau amat dimuliakan dan disayangi.
Beliau merupakan ikon wanita yang patut dicontohi kerana berjaya menempuh dua zaman iaitu zaman Jahiliah yang penuh kegelapan dan zaman Islam yang muncul membawa cahaya kebenaran. Beliau mampu menempuh kedua-dua zaman itu dengan jayanya. Jika ketika sebelum Rasulullah s.a.w mendapat wahyu, beliau berjaya menjadi wanita yang dihormati kerana keturunannya dan kejayaannya dalam perniagaan sehingga menjadi hartawan. Jika setelah tempoh kenabian Nabi Muhammad, beliau berjaya menjadi pendamping dan tunggak kekuatan kepada penyebaran dakwah suaminya dan masyarakat yang telah memeluk Islam. Di samping itu, walau betapa hebatpun tentangan oleh kaum Musyrikin terhadap Islam dan penganutnya, beliau tetap berjaya menghadapi tentangan tersebut dan mengekalkan keyakinannya terhadap risalah Allah. Malah, hartanya juga sanggup dikorbankan demi Islam.
Sebagai wanita, siapalah kita jika dibandingkan dengan wanita hebat ini...beliau berjaya menempah nama sebagai tokoh wanita yang ulung di dunia dan dijanjikan dengan kurniaan yang tinggi di akhirat. Namun, apakah kita mampu mencontohi wanita hebat ini? Berjaya di dunia DAN akhirat...?
Khadijah menempuh laluan yang sukar untuk berjaya tetapi disebabkan iman yang teguh, beliau berjaya menempah syurga di akhirat...bagaimana dengan kita wahai para muslimah sekalian? Mampukah kita juga menjadi peyokong kepada kejayaan seorang suami suatu saat nanti ? atau mampukah kita menjaga iman dikala dilanda badai ujian yang hebat ?
Semoga semangat seorang Khadijah binti Khuwailid sentiasa berada dalam setiap insan muslimah kita pada hari ini yang tidak goyah dengan dugaan dan cabaran ( modenisasi mahupun globalisasi...)
Terbalik
Salam alaik..
"Sarah , izinkan aku melamarmu menjadi isteriku"...
Tanpa berfikir panjang, "aku tidak mahu, maaf" Itulah kata-kata terakhir yang dilontarkan sebelum Mimi menarik tangan Sarah..
(dalam hati) tak boleh bla lah mamat tu..macam mana dia boleh terfikir sampai begitu sekali...MasyaAllah...
tapi hati manusia tidak boleh diduga....
"Nasib baik kau datang awal..kalau tidak masak aku" selepas memecut bersama Mimi, mereka duduk di sebuah pangkin di bawah pokok taman permainan..
"Tulah engkau...yang kau pergi dok gatal sangat pergi fakulti sorang-sorang tu kenapa?" Mimi menyalahkannya kembali.
"Aku nak cepat, assignment aku ada masalah.Aku kena pergi jumpa Dr.Izah.Dia panggil..tup..tup mamat tu datang lagi...pakai bawa bunga pulak tu"
Mimi tertawa. "Boleh tahan juga kau ni.Dalam diam ada secret admire"
"Dahlah..jom kita pergi shopping" Sarah tidak mahu ambil pusing hal tersebut.
Mereka menunaikan solat Zohor bersama sebelum ke destinasi yang ingin dituju. Bersyukur rasanya mempunyai sahabat sebaik Mimi yang amat memahami walau kadangkala dia begitu sensitif. Riang sekali mereka menjamu selera setelah selesai membeli belah..
*****************************************************************************
"Sarah..Sarah ..bangun..dah 6.30.Kau tak solat lagi"
"Ya Allah..Aku dah lewat" Sarah bangun mengejut.
Rupanya dia bermimpi tadi...ending yang cukup baik walaupun bermula dengan suspens..
Tapi fikirannya masih melayang terhadap mamat yang melamarnya dalam mimpi itu...Ketakutan mula menerjah kerana dia mula perasan bahawa mamat tersebut sering muncul dihadapannya secara tiba-tiba.
*****************************************************************************
Dr. Irna sibuk menjelaskan topik perbincangan mengenai Ekonomi Antarabangsa di dalam kuliahnya..Tiba-tiba Azi berkata kepadaku "hai ingat kat abang tut..ke?"
Sarah yang sejak dari tadi termenung tiba-tiba terkejut dengan kenyataan tersebut..Dalam fikirannya, bagaimana Azi mengetahui hal tersebut?Mesti Mimi yang beritahu...kata-kata itu walaupun terbit dalam hatiku tetapi tidak sangka telah kuluahkan kepada Azi...
"Mimi tak beritahu apa-apa pun. Bukan dia..Kau salah faham..Aku maksudkan abang kereta sewa semalam.." Jelas Mimi..
Namun, Sarah musykil dengan penjelasan Azi.. Azi yang cuba meyakinkan Sarah menyatakan bahawa abang yang dimaksudkannya ialah Abang kereta sewa kami...
Sarah mula rasa bersalah..Sudah tentu Lili yang sedari tadi memandang perbuatan mereka berdua akan mengadukan hal ini kepada Mimi. Dia adaah kawan serumah Mimi..Pasti haru jadinya..Sarah sedar akan hal itu..Dia bungkam..
*********************************************************************************
Keesokannya, ketika berada di luar bilik Dr. Nazir, Sarah cuba meminta maaf kepada Mimi akan kesilapannya kerana salah faham sebelum ini..
Mimi memaafkannya...Namun, kenyataan Lili yang menyebut mengenai Abang di kolej KDA mengelirukan Sarah..Sebenarnya, siapakah abang yang dimaksudkan Azi semalam...Adakah Mimi benar-benar telah memberitahukan sesuatu kepada Azi dan Lili.....timbul pelbagai persoalan dalam benak Sarah....
Kali ini, Sarah cuba meminta kepastian...sayangnya, tindakan itu membuatkan Mimi berkecil hati ..Mimi menyangka Sarah tidak lagi mempercayainya..
Sejak dari itu, bermulalah sengketa antara Sarah dan Mimi...
**********************************************************************************
Barulah Sarah tahu..mimpinya malam semalam memberi alamat yang sebaliknya ....Hakikatnya lelaki yang melamar dirinya sudah berpunya manakala Mimi bukanlah penyelamat tetapi telahpun jauh dari dirinya...
"Sarah , izinkan aku melamarmu menjadi isteriku"...
Tanpa berfikir panjang, "aku tidak mahu, maaf" Itulah kata-kata terakhir yang dilontarkan sebelum Mimi menarik tangan Sarah..
(dalam hati) tak boleh bla lah mamat tu..macam mana dia boleh terfikir sampai begitu sekali...MasyaAllah...
tapi hati manusia tidak boleh diduga....
"Nasib baik kau datang awal..kalau tidak masak aku" selepas memecut bersama Mimi, mereka duduk di sebuah pangkin di bawah pokok taman permainan..
"Tulah engkau...yang kau pergi dok gatal sangat pergi fakulti sorang-sorang tu kenapa?" Mimi menyalahkannya kembali.
"Aku nak cepat, assignment aku ada masalah.Aku kena pergi jumpa Dr.Izah.Dia panggil..tup..tup mamat tu datang lagi...pakai bawa bunga pulak tu"
Mimi tertawa. "Boleh tahan juga kau ni.Dalam diam ada secret admire"
"Dahlah..jom kita pergi shopping" Sarah tidak mahu ambil pusing hal tersebut.
Mereka menunaikan solat Zohor bersama sebelum ke destinasi yang ingin dituju. Bersyukur rasanya mempunyai sahabat sebaik Mimi yang amat memahami walau kadangkala dia begitu sensitif. Riang sekali mereka menjamu selera setelah selesai membeli belah..
*****************************************************************************
"Sarah..Sarah ..bangun..dah 6.30.Kau tak solat lagi"
"Ya Allah..Aku dah lewat" Sarah bangun mengejut.
Rupanya dia bermimpi tadi...ending yang cukup baik walaupun bermula dengan suspens..
Tapi fikirannya masih melayang terhadap mamat yang melamarnya dalam mimpi itu...Ketakutan mula menerjah kerana dia mula perasan bahawa mamat tersebut sering muncul dihadapannya secara tiba-tiba.
*****************************************************************************
Dr. Irna sibuk menjelaskan topik perbincangan mengenai Ekonomi Antarabangsa di dalam kuliahnya..Tiba-tiba Azi berkata kepadaku "hai ingat kat abang tut..ke?"
Sarah yang sejak dari tadi termenung tiba-tiba terkejut dengan kenyataan tersebut..Dalam fikirannya, bagaimana Azi mengetahui hal tersebut?Mesti Mimi yang beritahu...kata-kata itu walaupun terbit dalam hatiku tetapi tidak sangka telah kuluahkan kepada Azi...
"Mimi tak beritahu apa-apa pun. Bukan dia..Kau salah faham..Aku maksudkan abang kereta sewa semalam.." Jelas Mimi..
Namun, Sarah musykil dengan penjelasan Azi.. Azi yang cuba meyakinkan Sarah menyatakan bahawa abang yang dimaksudkannya ialah Abang kereta sewa kami...
Sarah mula rasa bersalah..Sudah tentu Lili yang sedari tadi memandang perbuatan mereka berdua akan mengadukan hal ini kepada Mimi. Dia adaah kawan serumah Mimi..Pasti haru jadinya..Sarah sedar akan hal itu..Dia bungkam..
*********************************************************************************
Keesokannya, ketika berada di luar bilik Dr. Nazir, Sarah cuba meminta maaf kepada Mimi akan kesilapannya kerana salah faham sebelum ini..
Mimi memaafkannya...Namun, kenyataan Lili yang menyebut mengenai Abang di kolej KDA mengelirukan Sarah..Sebenarnya, siapakah abang yang dimaksudkan Azi semalam...Adakah Mimi benar-benar telah memberitahukan sesuatu kepada Azi dan Lili.....timbul pelbagai persoalan dalam benak Sarah....
Kali ini, Sarah cuba meminta kepastian...sayangnya, tindakan itu membuatkan Mimi berkecil hati ..Mimi menyangka Sarah tidak lagi mempercayainya..
Sejak dari itu, bermulalah sengketa antara Sarah dan Mimi...
**********************************************************************************
Barulah Sarah tahu..mimpinya malam semalam memberi alamat yang sebaliknya ....Hakikatnya lelaki yang melamar dirinya sudah berpunya manakala Mimi bukanlah penyelamat tetapi telahpun jauh dari dirinya...
Khamis, 13 Januari 2011
Kembali Gemilang..
Salam Alaik..
Ini adalah antara lagu kegemaranku...
Apabila sampai waktu itu...apakah aku masih di sini atau ...
itu tidak penting..tetapi setakat manakah usahaku bagi memastikan Islam kekal Gemilang..
Dikala ini, aku masih bermenung...
Mengira nasib...
Mengejar impian..
Untuk diri sendiri..
Apakah aku pentingkan diri..
Tika Agama diinjak-injak..
Dimanakah aku..
Berdiam..
Kelu tidak terkata..
Betapa lemahnya iman..
Kadangkala..
Hanyut ditelan godaan..
Bangunlah Insan..
Kembalikan kegemilangan..
Menyusur denai kepayahan..
Demi umat Islam..
Demi kesejahteraan..
Ummah sezaman..
Rabu, 29 Disember 2010
You Raise Me Up
Salam alaik..
Sekadar luahan rasa...
Adakalanya kita ketawa apabila hatinya senang, kadangkala kita menangis menandakan betapa sedihnya hati...Hal ini terjadi kerana kita sentiasa mengikut haluan yang ibarat putaran roda..maka terjadilah suatu ketika kita berada di atas..disanjung, disayangi, dihormati, mendapat kekayaan dan banyak lagi nikmat Allah yang tidak termampu untuk dihitung oleh akal manusia....Namun, apabila tiba ketikanya roda tersebut berputar dan kita berada di bawah...dihina, dikeji,disakiti,kemiskinan, kesakitan (anggota badan) dan sebagainya....tatkala itu, ada diantara kita yang mengeluh...
Pada ketika ini..sedarlah bahawa Allah sentiasa berada di samping hambanya...
Sekadar luahan rasa...
Adakalanya kita ketawa apabila hatinya senang, kadangkala kita menangis menandakan betapa sedihnya hati...Hal ini terjadi kerana kita sentiasa mengikut haluan yang ibarat putaran roda..maka terjadilah suatu ketika kita berada di atas..disanjung, disayangi, dihormati, mendapat kekayaan dan banyak lagi nikmat Allah yang tidak termampu untuk dihitung oleh akal manusia....Namun, apabila tiba ketikanya roda tersebut berputar dan kita berada di bawah...dihina, dikeji,disakiti,kemiskinan, kesakitan (anggota badan) dan sebagainya....tatkala itu, ada diantara kita yang mengeluh...
Pada ketika ini..sedarlah bahawa Allah sentiasa berada di samping hambanya...
Selasa, 28 Disember 2010
Khamis, 23 Disember 2010
ASET??
Salam alaik..
Insan berfikiran TINGGI gemar berkata tentang ilmu
Insan berfikiran SEDERHANA gemar berkata tentang peristiwa
Insan berfikiran RENDAH gemar berkata tentang insan lain
Insan berfikiran CETEK gemar memuji diri sendiri
(mutiara kata)
Hmm..perkara ini membuatkan saya berfikir sejenak...seringkali kita berhadapan dengan pelbagai macam ragam manusia..terutama apabila kita merantau jauh di negeri orang, maka pelbagai jenis perwatakan yang dapat dilihat...bukannya apa...
Kadangkala melalui cara percakapannya, kita mampu mengenali siapa individu itu..bukanlah saya melabelkan mereka berdasarkan mutiara kata di atas, tetapi ia sedikit sebanyak memberi panduan atau mungkin membantu saya memikirkan topik untuk memulakan bicara....
Setiap insan tidak kiralah di mana pun tahap pemikiran mereka, mereka merupakan aset kepada kita...
mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksudnya..
Dato' dr. Fadilah Kamsah pernah memberitahu mengenai doa Nabi Isa yang dibacanya melalui kitab Bible..nak tahu ? Kata NABI ISA: " Ya Allah, tidak kiralah siapapun yang kau ciptakan di sekililing aku, mereka merupakan aset bagiku"
lebih kurang begitulah doa Nabi Isa. Justeru, kita perlu menghargai setiap insan di sekeliling kita..
walaupun orang tersebut akan menyaman kita di mahkamah sekalipun, mereka merupakan aset kepada kita..
begitu juga orang yang sering mengutuk dan mengata kita...mereka juga merupakan aset kepada kita...
hahhaha...mungkin kedengaran pelik..tapi menurut Dato' tadi, jikalau mereka suka mengata kita, itu bermakna mereka ambil berat akan diri kita...kerana itu mereka meluahkannya kepada pihak yang lagi satu...selain itu, kalau sudah banyak sangat hal yang dikatanya tentang kita, kita boleh dapat pahala percuma milik dia....jika sudah habis pahalanya kita ambil, dosa kita pula yang di transfer ke dia...
bukankah untung pada kita?...
huhu..jadi, kita perlu beri hadiah kepada mereka yang suka mengata kita...sebagai galakan ke?..
bukan..kerana dialah kita mampu menempah tiket ke syurga.. x ke gitu?...
Jadi, tidak perlulah kita berkecil hati atau sakit hati atau marah akan perkara tersebut...
buang karan aje...ala biarkan..ala biarkan...hatipun senang...tak perlu kena darah tinggi..
betul tak??
hmm.. bercakap mengenai insan yang berfikiran tinggi pula, saya merasakan bahawa bertuahlah individu itu jika mereka mampu mencari teman sedemikian sifatnya...jarang dapat berjumpa dengan insan sebegini..
jika ingin memperoleh insan sebegini, kita harus terlebih dahulu berfikiran tinggi..maka secara automatik, gelombang itu akan sampai kepada insan di sekeliling kita..insyaAllah perkara ini akan membangkitkan mereka untuk bercakap mengenai ilmu....
kerana hanya dengan ilmu, manusia matang pemikirannya,
hanya dengan ilmu, pembangunan dapat dicipta..
hanya dengan ilmu, manusia akan berguna..
hanya dengan ilmu, orang biasa jadi berkuasa..
hanya dengan ilmu, si papa beroleh harta...
hanya dengan ilmu, dunia diubah sekelip mata..
Namun, jangan dipinggir insan yang tidak dalam kalangan 'berfikiran tinggi'..
mereka juga merupakan penyokong kepada golongan ini...
mungkin mereka mempunyai kelebihan lain yang tidak dimiliki golongan ini..
hargailah mereka kerana mereka juga adalah aset untuk satu sama lain..
MAHA SUCI ALLAH yang BERKUASA menciptakan makhluk yang pelbagai...
setiap mereka adalah pelengkap bagi lain...
sebagai khalifah di muka bumi,supaya kita berfikir akan KEBESARANNYA...
Sabtu, 18 Disember 2010
Tanda-tanda HARI KIAMAT..
Salam alaik...
Sayid Sabiq menyatakan terdapat dua alamat yang menunjukkan bahawa saat kejadian itu telah dekat..
Alamat2 KECIL antaranya ialah:
- Diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah. Setelah baginda, maka tiada lagi nabi atau rasul yang akan diutus membawa risalah Allah S.W.T.
- Lahirnya raja, menteri,amir yang bukan daripada anak-anak keturunan yang mulia, baik pendidikannya, luhur akhlaknya serta sempurna keperwiraanya. Lahirnya golongan hartawan daripada kalangan pengembala kambing, kekayaannya berlimpah ruah sehingga berjaya menjadi pemimpin umat manusia.
Sesungguhnya alamat yang pertama telah berlaku dan berlalu lebih 1400 tahun yang lalu. Alamat yang kedua pula sedang berlaku. Lihat sahaja..apakah syarat untuk menjadi calon pemimpin masyarakat hari ini? Bukankan mereka perlu membayar sejumlah wang sebelum layak menjadi sebagai calon...dari mana wang tersebut jika bukan dari hasil kekayaan mereka..lihatlah juga..siapa pemimpin kita hari ini? Dari manakah asal usul mereka? Jadi, kedua-duanya telah dan sedang berlaku...
Alamat2 BESAR antaranya ialah:
- Terbitnya matahari dari arah barat
- Keluarnya suatu macam binatang. Disamping itu, keluar juga semacam binatang dari bumi yang dapat bercakap-cakap dengan manusia. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah An-Naml ayat 23-25 yang menerangkan bahawa ada seekor burung hudhud yang memberitahukan Nabi Sulaiman a.s perihal negeri Saba'. Keadaan yang hampir sama akan berlaku apabila dekatnya hari kiamat.
- Turunnya Imam al-Mahdi. Diperihalkan bahawa beliau
- namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah (menurut riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
- termasuk dalam kalangan ahli bait (keturunan) Rasulullah s.a.w iaitu anak cucu dari Fatimah puteri baginda s.a.w.
- menyerupai akhlak Rasulullah s.a.w tetapi tidak menyerupai dari segi wajah dan lain-lain (menurut riwayat Abu Daud)
- lebar dahinya dan mancung sekali hidungnya. Adapun hidungnya itu panjang, lengkung tengahnya dan kecil hujungnya.
- akan meratakan keseluruhan permukaan bumi dengan sifat keadilan dan kejujuran dalam memerintah yang sebelumnya dipenuhi dengan pemerintahan yang zalim dan berlaku penganiayaan (oleh pihak lain).
- akan menegakkan syariat Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w dihidupkan kembali
- Agama Islam berjaya diperkukuhkan kedudukannya di muka bumi (menurut riwayat Muslim)
- kedudukannya sebagai pemimpin sangat mantap, dan kukuh. Disebabkan keadilannya dalam pemerintahan, keharmonian melimpahi kehidupan masyarakat pada waktu itu. Beliau juga tidak berkira-kira dalam menyebarkan harta ke seluruh rakyatnya (menurut riwayat Muslim)
- menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun (menurut riwayat Abu Daud)
- setelah itu, datanglah dajal, kemudian turunlah Nabi Isa a.s dan bersama-sama dengan Imam Mahdi membunuh dajal tersebut. Kemudian, Imam Mahdi wafat dan disembahyangkan oleh kaum Muslimin.
4. Munculnya DAJAL. Ia mendapat gelaran 'Masih'.Ia mengaku dirinya Tuhan. Ia berusaha menyebarkan fitnah dalam kalangan manusia agar meninggalkan agama yang benar.
5. Turunnya Nabi Isa a.s. Baginda akan memerintah dengan adil dan menegakkan syariat Islam, menghidupkan kembali hukum-hukum Islam yang telah lama ditinggalkan, membunuh DAJAL. Rasulullah bersabda dalam hadisnya:
Maka kedudukan Isa dalam umatku (umat Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah:
- sebagai pemegang pemerintahan yang adil
- pemimpin yang jujur
- menghancurkan palang salib (sebagai tanda punahnya agama Kristian sepertimana hancur leburnya agama Yahudi)
- Menyembelih babi (membunuh)
- Menghapuskan percukaian (Ini bermakna bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh umat manusia pada ketika itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa pemerintahan Islam itu tidak akan mengambil cukai daripada pemeluk agama Islam sendiri).
- Sedekah ditinggalkan (tidak ada yang suka menerima kerana kekayaan umat manusia sudah berlebih-lebihan yakni dalam keadaan yang cukup dan lapang rezekinya)
- Tidak lagi diurus kekayaan yang berupa kambing dan unta.
- Dendam dan kebencian lenyap sama sekali (antara sesama manusia. Jadi semua hidup rukun dan bersatu)
- Dihilangkan racun segala sesuatu yang mengandungi racun (bisa), sehingga seorang anak bayi lelaki memasukkan tangannya dalam mulut ular, tetapi tidak menyebabkan bahaya manakala seorang anak bayi perempuan menghalau harimau, tetapi juga tidak bahaya.
- Serigala ada dalam kalangan kelompok kambing, tetapi hanyalah sebagai anjingnya (iaitu melindungi keselamatan kambing tersebut)
- Seluruh permukaan bumi penuh kesejahteraan sebagaimana penuhnya suatu bejana dengan air.
- Kalimat menjadi satu (seluruh manusia seia sekata dengan tulus ikhlas, bukan kerana tekanan atau sebab takut)
- Yang disembah hanyalah Allah
- Peperangan sudah meletakkan bebannya (tidak ada peperangan sama sekali kerana semua sudah damai dan seia sekata)
- Golongan Quraisy telah dapat memperoleh kerajaannya (kekuatannya kembali)
- Bumi adalah sebagai bejana perak dan menumbuhkan tanamannya seperti dizaman Adam (iaitu amat elok, bagus dan penuh barakah)
Setelah beberapa lamanya sesuai dengan kehendak Allah, baginda pun wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin serta dimakamkan. Setelah itu, akan terjadilah suatu angin yang kencang hembusannya dan bertugas untuk mencabut seluruh nyawa kaum mukminin.
Maka yang tinggal hanyalah orang-orang yang buruk-buruk kelakuannya. Lenyaplah kesempurnaan itu dan tidak ada lain yang terjadi melainkan kehancuran dan kerosakan semata-mata.
Terdapat sebuah hadis yang diceriterakan oleh Urwah bin Mas'ud katanya :
Saya mendengar Abdullah Bin Amr berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda
Dajal itu akan keluar dikalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh
Yang meriwayatkan hadis ini berkata: " Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun".
Selanjutnya baginda bersabda:
"Selanjutnya Allah mengutus Isa bin Maryam. Ia berwajah seperti Urwah bin Mas'ud. Isa lalu mencari dajal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh tahun. Tidak ada suatu pertengkaran antara dua orang (yakni seluruh umat manusia hidup dalam kerukunan). Sehabis itu Allah mengutus angin yang amat dingin dari arah Syam (Palestin). Maka tidak tertinggallah di permukaan bumi ini seorang juapun yang di dalam hatinya ada kebaikan atau keimanan yang seberat timbangan debupun, melainkan angin itu tentu akan menyambar nyawanya, sehingga sekalipun seseorang dari kamu semua masuk dalam gua, pasti angin tersebut akan memasukinya lalu mengambil nyawa itu.
Selanjutnya yang tertinggal hanyalah orang-orang yang berkelakuan buruk-buruk saja yang gemar melakukan kejahatan seringan terbang burung dan secepat angan-angan binatang buas (maksudnya bahawa mereka itu amat senang berbuat kejahatan dan penganiayaan dan melakukannya dengan cepat sekali seperti cepatnya burung terbang, sedang dalam menganiaya itu secepat perbuatan binatang buas yang hendak menerkam mangsanya).
Yang tertinggal itu adalah orang-orang yang tidak mengenal kebaikan apapun dan tidak pernah mengingkari akan kemungkaran sama sekali. Syaitan lalu menjelma di antara mereka itu dan berkata: " Sukakah kamu menuruti perintahku?". Mereka bertanya: " Apakah yang engkau perintahkan pada kami semua?" Syaitan itu lalu menyuruh mereka supaya menyembah berhala. Tetapi sekalipun demikian keadaan perilaku itu, namun rezeki mereka berlimpah-ruah, kehidupan mereka serba cukup.
Dikala itu, lalu ditiuplah sangkakala yang pertama lalu matilah seluruh makhluk yang ada. Kemudian Allah menurunkan hujan rintik-rintik yang kecil, lalu tumbuhlah dengannya itu tubuh-tubuh manusia yang telah mati semuanya. Seterusnya ditiup pulalah sangkakala untuk kali keduanya, tiba-tiba seluruh makhluk itu sama berdiri memandang sambil menanti-nantikan. Setelah itu, kepada mereka itu dikatakan: " Hai seluruh manusia, marilah semua pergi bertemu Tuhanmu". Kepada malaikat yang mengiring mereka itu dikatakan: " suruhlah mereka berhenti, sebab mereka itu akan disoal dahulu"
Sehabis itu lalu dikatakanlah:" Keluarkanlah untuk dikirimkan ke neraka". Ditanya: "Dari berapa?" Dijawab:" Dari setiap ribu ada sebanyak sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang"
Rasulullah s.a.w melanjutkan sabdanya: " Itulah hari yang dapat membuat anak-anak menjadi tua beruban dan terjadilah bencana yang amat dahsyat"
Jumaat, 17 Disember 2010
Penyakit jiwa..
Salam alaik..
Hari ini saya nak kongsi hasil tulisan Sayid Sabiq dalam bukunya Akidah Islam dan diterjemahkan oleh Mohd Abdal Rathomy...
Syaitan merupakan makhluk yang bijak menyeludup masuk ke dalam jiwa dan hati manusia. Memang tiada jalan untuk menyelamatkan diri dari serangan syaitan itu melainkan dengan jalan membersihkan serta menyucikan jiwa agar tidak terkena penyakit-penyakitnya. Jika terkena penyakit-penyakit ini, maka amatlah mudah untuk DIA menancapkan godaan dan rayuan kotornya pada jiwa manusia. Nak tahu apa penyakit2 tu?
- Lemah jiwa
- Putus asa
- Putus harapan
- Angkuh
- Gembira tidak terbatas
- 'Ujub
- Megah
- Aniaya
- Curang
- Ingkar pada kebenaran
- Tidak tahu terima kasih
- Tergesa-gesa
- Sempit dada
- Kurang cerdik
- Kikir dari berbuat baik
- Bakhil pada harta
- Haloba
- Pembantah
- Menunjuk-nunjuk
- Bimbang pada kebenaran
- Ragu-ragu pada petunjuk baik
- Bodoh
- Lalai pada kekurangan diri
- Berlebih-lebihan ketika bertengkar
- Tertipu perasaan diri sendiri
- Berpura-pura
- Gelisah
- Keluh-kesah
- Enggan membantu
- Lari dari kebenaran
- Menentang kekuasaan Allah
- Derhaka
- Melampaui batas
- Cinta harta
- Terpesona oleh keduniaan
Hakikatnya, semua ciri-ciri di atas adalah sifat cela dan kekurangan manusia tetapi penyakit-penyakit ini akan membina lubang-lubang sehingga syaitan mampu memasukkan jarum berbisanya ke alam batin manusia. Kesan:
1. hancurlah kehidupan
2. segala usaha digoyahkan
Maafkan aku..
Salam alaik...
inginku nukilkan...
inginku nukilkan...
Maafkan aku
andai aku menyakitimu
bukan bererti
aku bahagia selalu
terhiris pilu
terhimpit rindu
Tapi..
Janji Allah ku ingat selalu
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)
Surah An-Nur ayat 26
demi mengharap janji
ku korbankan nafsu diri
dari memungkiri
agar tak tersisih dari
kasih Ilahi
maafkan aku
andai aku menolak cintamu
bukan bererti
meninggi diri
lalu ku lontar kau ke tepi
Hakikatnya
aku sepi sendiri
menangisi diri
biarkan diri terluka
terseksa
tapi..
aku perlu hindarkan diri
dari jadi
wanita fitnah lelaki
agar kau nanti
terpelihara dari ranjau duniawi
yang akan menggoncang
akal warasmu
agar kau bangkit menentang
musuh umat agama mu
menjadi kebanggaan
ibu bapamu
menggalas harapan
anak bangsamu
istimewa di sisi Rabbmu
Aku jua begitu
perlu memikul amanah
ibu dan ayah..
sebagai insan muslimah..
doaku agar kau
tidak lemah
dan goyah
maafkan aku..
jika aku membuatmu menanti
menunggu jawapan yang tak pasti
kerna telah tertulis sejak azali
jodoh..pertemuan..ajal..dan mati..
Tapi..
aku tak ingin
menyalahi fitrah insani
aku ingin dicintai
aku ingin disayangi
tapi bukan mudah untuk dimiliki
diusung ke sana ke mari
Islam
penyelesaian yang dicari
syariat jangan diingkari
adat boleh diimbangi
Agar penyatuan kekal abadi
dirahmati
duniawi dan ukhrawi..
Selasa, 14 Disember 2010
Penyakit....
salam alaik....
betapa Allah itu maha Pengasih lagi maha Pemurah mengurniakan nikmat kesihatan yang tidak terhingga kepada manusia..Namun, kadang kala kita lupa akan nikmat tersebut sehinggalah kita ditimpa penyakit....Ketika ini, ada diantara kita yang mengeluh kerana tidak dapat bergerak seperti selalu..tidak berselera seperti biasa...malah ada yang menyalahkan takdir, mengapa musibah tersebut ditimpakan kepadanya...
MasyaAllah...wahai insan sedarlah..bukankah kita hidup di dunia hanya sementara dan perlu mengumpul bekalan yang secukupnya untuk di bawa ke kehidupan yang satu lagi..Setiap musibah yang ditimpakan kepada kita adalah mengikut kemampuan kita..Allah tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan hambanya...
Bukankah penyakit itu adalah sebagai penebus dosa manusia....Mungkin musibah ini sebagai peringatan kepada kita agar kembali mengingatiNya....Anggaplah ia sebagai ujian tanda Allah masih menyayangi hambanya...Jadi, janganlah kita menyalahkan takdir atas apa yang berlaku...terimalah segalanya dengan lapang dada agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya..
Isnin, 13 Disember 2010
Diari hatiku ....ukhuwah..
Salam alaik...
Dear diari...
Semalam merupakan antara pengalaman terindah dalam hidupku menyaksikan abang saudaraku (sebelah ayah) bertunang...Hmm..dan paling menyeronokkan apabia aku terpaksa menjadi juru gambarnya...hehehhe...walaupun aku ada penyakit darah gemuruh, terpaksa ku gagahkan jua demi abang saudaraku yang sorang ni...
Isy2...bayangkan...sudah berapa lama dalam hidupku kami tidak pernah bertegur sapa...tetapi disebabkan majlis ini, akhirnya terbuka jua mulutku untuk memulakan bicara....mungkin aku terkenang kisah lama..teruk di buli oleh manusia yang sorang ni...hehhe...
Namun semalam, terkeluar kata-kata keramat daripada mulutku ini..wah..dah besar da hafiz....dah nak jadi tunang orang....bila nak kahwin?...hehehe..sejak bila aku jadi berani pun aku x pasti...
Di sebalik kejadian tersebut, terselit kesyukuran di dalam hatiku...lama sudah aku terfikir..bila lah agaknya kami akan bertegur sapa..mungkin disebabkan masing-masing sibuk ...maka kami sangat jarang bertemu.. bayangkan adik-beradiknya yang sembilan orang (akan masuk ke sepuluh x lama lagi) pun aku x ingat namanya....dasyat sungguh....aku pun x tahu macam mana boleh ramai sangat sedara aku dalam masa lima tahun kebelakangan ni...x lama lagi aku bakal dapat lagi 2 orang adik saudara...ya Allah..semua sekali lebih daripada 30 orang..moga aku boleh ingat setiap daripada mereka....
Pengalaman semalam memperlihatkan banyak perubahan pada abang aku tu...mungkin aku tidak pernah melihat beliau seperamah itu sebelum ini...dia semakin matang dan pandai mengambil hati...mungkin sudah terbiasa bergaul dengan bermacam orang...sikap pembulinya itu mungkin sudah hilang sedikit demi sedikit...ya ..masa telah mengubah segala-galanya...dan apabila dia menyebut namaku..ohh...rasa riang hatiku...melihat banyak perubahan positif dalam dirinya...
Teringat suatu masa dahulu..ketika kami sama-sama bermain ank patung, tidak sampai lima minit...beliau dah berjaya memasukkan tanga dan kepala patung ke dalam bajuku...isy..geramnya hanya Allah yang tahu..mjur ibunya ada di situ..jika tidak mahu sahaja aku ***** kepalanya.....Astaghfirullah al-'azim....istighfar banyak-banyak....macam2 lagi cerita kami berdua yang tidak dapat ku lupakan...tapi itu hal sewaktu kami masih kecil..belum matang..dan masih belum tahu mana satu baik dan mana satu yang buruk...
Walau apapun...abang..semoga ukhuwah kita kekal selamanya...semoga abang berbahagia dan berjaya melangsungkan hari bahagia bersama Kak Ani (i like her-so sporting) ...dan kekal hingga ke anak cucu..moga yang ini lah yang terakhir ye bang..hehehe..jangan tukar2 lagi ye....hihi..ukhuwah fillah abadan abada..
Ahad, 12 Disember 2010
The Arrivals Part 1
Berikut merupakan dokumentari yang berkaitan dengan dajal, anti Christ dan kemunculan Nabi Isa pada akhir zaman. Video ini mengandungi banyak bahagian. Untuk mendapatkan bahagian yang selanjutnya, cari di U-TUBE, THE ARRIVALS (MALAY SUB/ ENG SUB)....Lihatlah bagaimana dokumentari ini berjaya membongkar banyak perkara tentang tanda-tanda yang telah berlaku, sedang berlaku mahupun akan berlaku..Moga beroleh manfaat..
Sabtu, 11 Disember 2010
Dr. Abdul al-Halim Mahmud- Ulama Tasawuf Zaman Moden
Salam alaik..
Jom kita berkenalan dengan seorang Tokoh Islam Timur Tengah yang pakar dalam ilmu Tasawuf.
Nama- Abdul al-Halim Mahmud.
Tempat Lahir- Desa Abu Hamad, selatan Kaherah
Tahun Lahir- 1910Pendidikan-Al Azhar, sehingga mendapat gelaran Doktor Falsafah (akidah dan falsafah, pengkhususan dalam bidang Tasawuf)
Kerjaya- Pensyarah Al-Azhar-Syeikh Al- Azhar 1973
Sumbangan- tambah jumlah fakulti dan Ma'ahad Azhar (fakulti Tib, Insaniah, Dakwah dan Dirasah Islamiah)
Hasil Karya:
Banyak dipengaruhi oleh Imam al- Ghazali- ilmu Tasawuf mempunyai hubungan yang erta dengan falsafah.
Menyetujui pembahagian ahli falsafah yang diutarakan Imam Al-Ghazali iaitu:
- Al Mutakallimun-mereka menyatakan pendapat bahawa mereka adalah ahli fikir dan mereka juga pemberi pendapat.
- Al Bathiniah- Mereka mengatakanbahawa mereka menerima pengajaran dan mengikut jejak imam yang maksum.
- Al Falsafah- Mereka adalah ahli mantik dan ahli hujah.
- Al Sufiah- Mereka menganggap bahawa mereka daripada golongan al- Musyahadah dan al- Mukasyafah (Abdul al-Halim Mahmud, 1985)
- Al- Muhasibi
- Wazan al-Arwah
- Al- Failasof al- Muslim
- At- Tasawuf 'inda Ibn Sina
- Ar- Ri'ayah Li Huquqillah.
- Al- Falsafah al- Hindiah
- Uruba Wal Islam
- Al- Falsafah Yunaniah
- At-Ta'rif L Mazhab Ahl at-Tasawuf
- Al- Luma' Li Tu Si
- At-Tariq Ila Allah Au Kitab as-Sidqi
- Falsafah ibn Tufayl Wa Risalatuha
- Al- Akhlaq Fi al- Falsafati al- Hadithah
- Ar- Rasul s.a.w
- Muhammad Rasul Allah
- Ar-Risalah al- Qusyairiyah
- Al- Munqidz Min al-Dalal
- Al- Islam Wal Aql
- Al- Muqanni Lil Qadi' Abd Jabbar
- As-Sunnah Fi Tariqiha Wa Fi Makaniha
- Al-Imam
- Asrar al-Ibadat Fi- al-Islam
- At-Tasawuf al-Islami, Syahsiah Wa Nusus
- At-Takrif al-Falsafi Fi al-Islam
- Al- Jihad Wa an-Nasr
Sikap Terhadap Orientalis:
1. Ognoiz Goldzihar-menulis dalam buku Aqidah al-Islam Wa Syariatuha Faslan Li- Tasawuf al-Islami memberikan pendapat tentang TAWAKAL. Menurutnya, TAWAKAL dimisalkan sebagai pendirian yang teguh dengan keyakinan kepada Allah S.W.T tanpa amal kerana amal akan membawa kepada dosa.
Pendapat Dr. Abdul al-Halim- pendapat ini salah kerana ia telah membuang satu hubungan umum dalam Tasawuf Islam.
Berikut merupakan serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama anda. Info ini saya ambil dari buku Cendiakawan Islam: Perintis Peradaban Manusia oleh Samsu Adabi Mamat dan Wan Ramli Wan Muhammad. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, K.L, 2002. Moga mendapat manfaat....
Khamis, 9 Disember 2010
'Materialist'

Salam alaik...
Kali ini saya ingin berkongsi hasil tulisan Dr.Mohammad Al-Bani dalam karyanya 'Ciri-ciri Manusia Tamak dalam Al-Quran' , penterjemahnya Ismail Yusof .Penerbit Pustaka al -Mizan, 1989.
Mari kita lihat apa itu ciri-ciri manusia MATERIALIST...
1. Egois,bangga dengan keakuan diri(individulistik/ cinta diri)
-keadaan ini boleh dilihat berdasarkan contoh dalam peperangan uhud. Terdapat segelintir mereka yang terlalu cintakan diri sehingga ada diantaranya yang merasakan dengan jauhnya dari medan pertempuran, maka mereka akan terselamat daripada mati. Namun, Allah membantah andaian ini dengan ayat
Katakanlah jika sekiranya kamu berada di rumah-rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu akan keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh
(surah ali-Imran:154)
2. Bermegah dengan darah bangsawan/keturunan.
3. Rasa bangga dengan harta dan kekuatan.
4. Memandang rendah orang awam.
-lihatlah bagaimana nabi Musa dihina firaun..
Dan Firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata. Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku maka apakah kamu tidak melihatnya. Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini yang hampir tidak dapat menjelaskannya (perkataannya).
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas(maksudnya kenapa Allah tidak memakaikan gelang emas kepada Musa, sebab menurut adat kebiasaan mereka apabila seseorang diangkat menjadi pemimpin, mereka mengenakan gelang dan kalung emas kepadanya sebagai tanda (kebesaran)) atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya.
(surah az-Zakhruf:51-53)
5. Takbur (sombong)
-sifat sombong akan membawa kepada timbulnya rasa memuji diri berlebih-lebihan. Dengan kesombongan, takbur boleh memalingkan dan memesongkan pandangan agama kepada rasa bongkak. Takbur pangkat, jabatan, keturunan, harta ataupun anak.
6. Kedekut dan haloba.
7. Suka membantah dan mengada-adakan.
-Golongan ini suka membantah dengan memberikan alasan yang salah (batil) apabila berbincang dengan orang-orang yang benar. Mereka menggunakan jawapan kebatilan itu bertujuan atas kepentingan tertentu dan tujuan tertentu termasuk menghapuskan yang hak.
8. Ingkar akan hari kiamat.
-mereka tidak melihat akan akhir (kiamat) dunia yang fana. Mereka tidak melihat dosa dan pahala dalam kehidupan yang terhad ini. Apa yang dikejar ialah harta dunia.
9. Nilai kebendaan jadi rujukan.
-hal ini terjadi pada kebanyakan rasul yang diutus Allah. Para penentang meminta bukti yang mampu dilihat oleh pancaindera mereka dan tidak mempercayai sesuatu uang tidak dapat diterima melalui pancaindera. Akibatnya, ramailah yang ingkar dengan risalah yang dibawa oleh utusanNya.
10.Lena dengan perbuatan syirik.
-Syirik adalah penyembahan terhadap benda apabila penyembahnya menggambarkan benda itu serupa dengan bentuk gambaran tuhan animisme atau penyembahan yang berbilang-bilang. Perkara ini telah menjadi lumrah bagi keyakinan orang-orang Musyrikin.
11. Suka mengolok-olok
-Golongan ini suka mengolok-olok orang-orang yang beriman.
Justeru, marilah kita bersama-sama muhasabah diri..adakah kita tergolong dalam golongan di atas??
Langgan:
Catatan (Atom)










