Salam alaik...
Kita seringkali mengeluh apabila ditimpa kepayahan, kesusahan , kekecewaan. Semuanya adalah musibah kecil . Siapa sangka di sebaliknya terkandung hikmah yang cukup besar untuk difikirkan kembali...
Aku bersyukur kerana segala kesukaran yang ku hadapi sebelum ini dalam menuntut ilmu kini terbalas dengan pencapaian yang memuaskan. Segala kesedihan terubat apabila menyaksikan kegembiraan ayah dan ibu apabila melihat kejayaanku dalam perjuangan fi sabilillah selama hampir empat tahun bergelumang dengan buku.
Perjuangan ini tidak terhenti di sini. Ada perjuangan lain yang perlu diteruskan dan kali ini perjuangan sebenar berhadapan realiti kehidupan. Tiada lagi tanggungan. Mungkin hanya tunjuk ajar dan bekalan yang disiapkan sebelum ini menjadi asas pegangan. Aku perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa sebarang tongkat. Buku? kadangkala digunakan. Selebihnya bergantung pada kecerdikan..Aplikasi lebih diutamakan...
Ku percaya rezeki ada di mana-mana....Moga perjuangan seterusnya diberkati dan dirahmati..amin..
Mencari ilham...ilmu yang mendalam..menerangi jiwa yang kelam..menyubur iman yang suram..agar ku tak tersembam ke jurang yang curam..
Jumaat, 3 Februari 2012
Khamis, 2 Februari 2012
SEBAB SEBAB DOA TIDAK DITERIMA
Salam alaik...
Ingin kukongsikan isi daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid...
Seringkali kita berdoa..tetapi kadangkala mengapa kita merasa hajat itu tidak dimakbulkan...Ini mungkin sebabnya...
1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhannya
2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan suruhannya
3. Membaca Al-quran tetapi tidak beramal dengannya
4. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya
5. Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya
6. Mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal dengannya
7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya
8. Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban sendiri
10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Ingatan ini untuk diri penulis juga...kalau nak tahu lebih lanjut...Belilah buku ini...sangat baik..
Ingin kukongsikan isi daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid...
Seringkali kita berdoa..tetapi kadangkala mengapa kita merasa hajat itu tidak dimakbulkan...Ini mungkin sebabnya...
1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhannya
2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan suruhannya
3. Membaca Al-quran tetapi tidak beramal dengannya
4. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya
5. Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya
6. Mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal dengannya
7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya
8. Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban sendiri
10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Ingatan ini untuk diri penulis juga...kalau nak tahu lebih lanjut...Belilah buku ini...sangat baik..
Khamis, 19 Januari 2012
Fenomena Adam Adli: Biar Seketika tapi Menggegar....
Adam Adli-Mahasiswa TESL ...UPSI...
Pada saya, ada dua kepentingan yang dibawa. Antara kepentingan mahasiswa - 'Kebebasan Berakademik' dengan kepentingan individu yang berpaksikan Politik. Namun, pada dasarnya kedua-duanya hampir sama walau tidak serupa iaitu KEBEBASAN BERCAKAP, BERAKADEMIK, MENYATAKAN PENDAPAT atau apa-apa sahaja berkaitan POLITIK di DALAM KAMPUS. Itu intinya disamping pemansuhan AUKU dan lain-lain. Beliau mahu semua pihak di dalam kampus bebas menyatakan apa sahaja tentang politik atau berpolitik sama ada pembangkang atau pro-kerajaan. Perjuangan beliau dibawa bersama-sama dengan Suruhanjaya Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bersifat menyokong kepentingan mahasiswa.
Namun, beliau tersepit dalam situasi yang TIDAK DISANGKA-SANGKA akan membawa akibat buruk terhadap diri dan perjuangan yang dibawanya. Tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri adalah tindakan SPONTAN yang tidak diduga sesiapa dan mungkin juga pemuda yang masih berdarah panas ini. Walaupun seketika, namun ia memberikan kesan dan pandangan buruk masyarakat yang teguh memegang prinsip kepartian yang disokong oleh majoriti dan prinsip Cintakan Negara melalui kecintaan terhadap Pemimpin. Tindakan media yang menyebarkan situasi ini ditambah dengan kecaman masyarakat yang menyifatkan tindakan Adam sebagai melanggar 'budaya kesopanan' memberi tekanan kepada Adam dan rakan-rakan SMM.
SMM yang pada asalnya tidak terlibat terpaksa bergelut dalam situasi ini disebabkan AHLInya telah terjebak dalam kancah yang turut sama membawa nama SMM. Tindakan Adam yang enggan meminta maaf sebagai memenuhi syarat dan kehendak pihak majoriti ditambah dengan sokongan Majlis Tertinggi SMM memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan ancaman kepada keamanan. Sesetengah berpendapat bahawa Adam seorang Hero yang perlu dibanggakan disebabkan perjuangan yang dibawa dan mereka tidak memepedulikan atau mengambil kira tindakan spontan yang telah dilakukan. Sesetengah pihak pula mengecam Adam dan mereka merupakan golongan kiri yang tidak menyokong atau memahami KEBEBASAN AKADEMIK yang dibawa oleh SMM. Peristiwa kumpulan penyokong-penyokong berbaju Merah dari kumpulan penyokong Masyarakat Majoriti merupakan tindak balas awal yang meminta budak tidak beradab tersebut di adili. Kesan daripada keadaan ini wujudnya pro Adam yang mempertikaikan rasionalnya Adam diadili. Pihak Universiti yang ditekan mengambil tindakan menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes Adam.
Pada masa yang sama berbagai halangan dihadapi oleh pihak Universiti untuk mengawal keadaan demi menjaga nama baik Universiti yang semakin dinilai kewibawaannya oleh masyarakat. Begitu juga dengan penilaian terhadap pendidik yang bakal dihasilkan. Pihak Universiti yang juga pro masyarakat Majoriti sama ada terikat atau terpaksa membuat penilaian sebagai ketua Organisasi yang menjaga keunggulan sebuah institusi pendidikan melakukan berbagai intervensi untuk menghalang merebaknya tindakan yang hampir sama dengan tindakan sebelum ini.Ucapan daripada TNC, halangan keluar dari kolej dari pukul 12 45 hingga 1 30-lebih kuranglah... (singkatnya), serta bantuan penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa merupakan usaha untuk mengawal pengaruh Adam dalam kalangan pelajar.
Walaubagaimanapun, tindakan ini tidak berjaya menghalang demonstrasi kedua atau Demonstrasi Berdarah yang mencederakan seorang pelajar UM dan beberapa rakan yang lain. Sekali lagi Adam yang berada dalam pemerhatian mengikut darah mudanya dengan menyertai demonstrasi kedua di hadapan pintu pagar utama UPSI. Berdasarkan video yang saya lihat, tindakan seorang pelajar yang memanjat pagar UPSI telah menggentarkan semua pegawai polis yang lengkap dengan senjata termasuk FRU. Pelajar yang tidak bersenjata ini dibelasah dan berbelas orang dipenjarakan termasuk Adam. Disebabkan terdapat diantara ahli mereka yang cedera, maka beberapa ahli demonstrasi bertindak nekad menyelamatkan nyawa rakan mereka dengan meecahkan pintu klinik UPSI dan klinik panel dihadapannya iaitu Klinik Syifa'. Mereka berfikir mereka mampu menyembuhkan luka rakan-rakan mereka yang ditendang dan dibelasah polis. Jika saya renung video tersebut beberapa kali, saya merasakan para ahli demonstrasi tidak perlu dilakukan sebegitu rupa kerana mereka tidak mengancam dan boleh dikawal dengan cara yang lebih rasional. Namun, mungkin pihak polis mempunyai pertimbangan mereka yang gagal saya fahami dan ungkapkan di sini.
Kesan daripada peristiwa tersebut, sekali lagi pelbagai pendapat dilontarkan oleh golongan yang memang tahu kisah sebenar dan golongan yang gemar membuat spekulasi setelah mengetahui hanya separuh (mungkin tidak sampai separuh) kisah yang terjadi. Yang pastinya golongan majoriti menentang tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi dan mengadili mereka hanya berdasarkan tujuan demonstrasi diadakan dan bukannya keseluruhan peristiwa tersebut. Hal ini dipengaruhi oleh peraturan yang telah ditetapkan dan di program dalam minda kita bahawa adalah suatu kesalahan BESAR JIKA ( x kira sesiapa...atau...SEORANG PELAJAR ) BERDEMONSTRASI. Media menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyebarkan propaganda atau peraturan ' tidak formal' ini. Golongan pro Adam yang sama ada simpati akan nasib yang menimpanya atau benar-benar menyokong tindakan beliau terus melancarkan propaganda mereka walau dikecam hebat .
Kemuncak fenomena Adam ialah ketika pengadilan Adam mengenai tindakan yang pernah dilakukan bermula dari penurunan bendera sehingga ke demonstrasi Berdarah yang berlangsung di UPSI. Keputusannya, Adam di dapati bersalah dan digantung 3 Semester. Ketika perbicaraan berlangsung, pelbagai sekatan di kawasan Tanjung Malim oleh pihak berkuasa dilakukan sehingga ke pintu masuk UPSI. Disebabkan pada waktu itu adalah hari peperiksaan, kesesakan yang berlaku menyebabkan segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan berakhir. Bayangkan jika pelajar ini terpaksa menjawab soalan esei. Apa yang mampu dilakukan hanya dalam 10 minit? Mungkin perkara ini perlu difikirkan pada masa akan datang memandangkan pelajar bergantung kepada bas kitaran yang disediakan dan pada waktu puncak, para pelajar terpaksa beratur panjang untuk ke kampus yang jauhnya 3 hingga 7 km dari kolej kediaman.
Inilah penangan fenomena Adam Adli. ....
Setelah penghakiman kes tersebut; sudah pasti tidak memihak kepada Adam, beliau telah membuka topengnya dengan mendakwa bahawa pengadilan itu diadili oleh penyokong MAJORITI. Dakwaan ini mencerminkan kepada masyarakat dan mengesahkan bahawa beliau seorang penyokong BUKAN MAJORITI dan adakah perjuangan 'kebebasan akademik' yang diperjuangkan bersama SMM berlandaskan motif politik? Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan nasib tidak menyebelahi beliau di bawah peraturan pihak Majoriti dan beliau cuba membela nasibnya di bawah pihak bukan Majoriti. Kini perjuangannnya dilihat terubang-ambing dan akhirnya tenggelam. Mungkinkah berlakunya kecelaruan dalam perjuangan beliau dan bagaimana pula nasib SMM dan perjuangan 'kebebasan akademik' mereka? Semuanya seperti senyap sunyi .Mungkin mereka sedang menyusun strategi baru...
Biarpun seketika, fenomena Adam Adli dilihat telah Menggegarkan dunia Intelektual dan masyarakat Malaysia. Saya berpendapat bahawa matlamat sebenar Adam untuk menegakkan kebebasan berakademik mahasiswa adalah murni tetapi beliau terperangkap dengan tindakan spontan yang meletakkan beliau dan SMM dalam kedaaan yang lebih rumit. Jika Adam tidak menurunkan bendera PM dan hanya mengikut tindakan menyerahkan memorandum 'ubah suai' AUKU oleh SMM, mungkinkah masyarakat atau pemimpin memandang berat mengenai perjuangan yang dibawakan oleh mahasiswa? Tindakan berani Adam dilihat berjaya membuka mata pemimpin dan masyarakat mengenai pengaruh besar akan suara yang dibawa oleh golongan yang dianggap boleh dijinakkan ini.
Harus diingat bahawa bukan hanya pelajar UPSI yang melakukan demonstrasi memperjuangkan 'KEBEBASAN AKADEMIK' tetapi turut dianggotai oleh pelajar-pelajar Universiti lain (satu telah saya nyatakan di sini ..tapi yang lain anda carilah). Jadi sebagai pembaca, saya harap anda dapat melihat 'fenomena seketika' ini bukan hanya dilakukan oleh bakal pendidik tetapi mahasiswa keseluruhannya. Mungkin tekanan mengenai pinjaman PTPTN, masalah peluang pekerjaan, di tambah dengan inspirasi dari demonstrasi pelajar luar seperti Mesir mengubah tekanan menjadi inspirasi. Tindakan Adam menandakan bahawa para pemimpin perlu mendengar suara di pihak yang bakal menjadi pemimpin akan datang.
Jika diteliti, perubahan DEB (Dasar Ekonomi Baru) kepada (Model Ekonomi Baru) telah menyebabkan banyak transformasi pentadbiran dan ekonomi. Persaingan dan kejutan dalam transformasi terhadap ekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pelajar yang bakal menghadapi cabaran pada masa akan datang. Justeru, mereka meminta agar suara mereka turut didengar oleh pemimpin. Walau mungkin tindakan mereka tidak 'digemari' , sungguhpun begitu pendapat mereka wajar untuk dipertimbangkan.
Ahad, 15 Januari 2012
Hadis: Sikap yang Baik
:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Riwayat Ibnu Abi Dunya
Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Riwayat Ibnu Abi Dunya
Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.
iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.
iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.
daripada www.dakwah2u.blogspot.com
Alangkah baiknya kalau kita dapat mengamalkan kesemua sifat baik yang dianjurkan oleh Islam. Kadangkala, ketika dalam keadaan yang kurang selesa, kita mudah terlepas kata pada sesiapa meskipun pada rakan. Hilang satu sifat yang baik.
Apabila sedang marah, kita lebih suka menang dalam kata-kata dan si lawan juga balas- membalas. Keadaan berlanjutan sehingga ada yang sanggup bertindak kasar. Hilang satu lagi sifat baik.
Sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang kurang baik kepada kita, mungkinkah kita akan membalasnya dengan perbuatan yang baik? Mungkin ada yang berbuat demikian tetapi bergantung kepad sejauh mana seseorang itu mempertahankan kemuliaan akhlak dan imannya. Namun, ironinya, walaupun kita gagal membalas perbuatan jahat seseorang, kita pasti paling tidak mendedahkan keburukannya pada orang lain sebagai balasan kepada perbuatannya. Hilang lagi satu sifat baik.
Jika kita sentiasa dihadapkan dengan perkara-perkara maksiat di depan mata, sudah pasti paling tidak kita akan terhadam dengan perkara tersebut, jika hal ini berlanjutan, bagaimana iman seorang mukmin boleh dipertahankan? (Jawapannya,...tiada alasan..tepuk dada, tanya iman)
Persoalan ini sekadar ingin membuka mata kita terutama saya sendiri . Bukan mempersoalkan praktikalnya hadis ini. Semoga kita semua berusaha untuk melaksanakan akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Sabtu, 14 Januari 2012
Kenangan Malam Pra- Graduasi Program Pendidikan Sejarah, Sem 8
![]() | |||
| Para AJK..Termasuk King n Queen ada d sini..cuba teka siape die? |
![]() |
| Perarakan masuk...beratur2.. |
![]() |
| Wakil Mumia kump. kami... Kak Pjah...sori..tp nsb bek sporting.. |
![]() |
| Geng 1 Malaysia..tapi x de Cina... |
![]() |
| Lama nye tgu..bosan.. |
![]() |
| Aksi para mumia...alamak ada yang dah kalah sbb balutan tercabut.. |
![]() |
| antara para hero yang menggondol hadiah.. Rakan-rakanku...walau apapun yang terjadi, ukhuwah fillah..abadan abada.... |
Kenangan Bersama Penyelia LI d Secret Recipe..
Kenangan di Genting
Isnin, 26 Disember 2011
Rabu, 21 Disember 2011
Berdosakah....ampunkan aku...
Maafkanku...
Kadangkala sebagai seorang anak...
Ada tikanya aku terkasar..
Maafkanku..
Kadangkala aku meninggi suara..
Membiarkanmu hiba..
Melawan kehendakmu..
Bukan itu niatku..
Maafkanku..
Andai aku pergi..
Bukan atas kerelaanmu...
Bukan juga niatku...
Menyakitimu...
Aku perlu hadirkan diri...
Demi redha Ilahi...
Hasratku..
Agar kau maafkanku..
Akan ku jaga nama baikmu..
Demi agamaku...
Redhakanlah aku..
Moga dalam rahmat Nya..
Terhindar dari noda dan bencana...
Ku mohon..
Anakmu...
Isnin, 19 Disember 2011
Menghayati ciptaan-Nya..
Jumaat, 25 November 2011
Isnin, 7 November 2011
Sabtu, 29 Oktober 2011
Jumaat, 21 Oktober 2011
KUNING
kuning
katanya bahagia
siapa yang tahu
Allah yang satu
kuning
ceria
sempurna
tapi
tidak semua suka
menyilau mata
tidak sepadan
terlalu menyerlah
kuning
warna diraja
buat yang istimewa
tapi
ada yang bangga
kononnya bangsawan
walau tak rupawan
tidak mengapa
tiada salahnya
kuning
kemilau warnamu
tanda kebesarnNya
keagunganNya
bagi yang memerhati
Isnin, 26 September 2011
Hikayat Prang Sabi (Perang Sabil): Kisah Ainul Mardliyah (Mardhiah)
Menurut kata Pesuruh Allah,
Tubuhmu yang tertembak berlumuran darah,
Tidak akan terkapar rebah,
Kecuali dalam pangkuan Ainulmardliyah.
Sebelum datang dara rupawan,
Tubuh pahlawan roboh tiada,
Dara senyum menghulur tangan,
Barulah jasad terhantar bahagia.
Dara berlumba menadah tangan,
Jemput junjungan kekasih hati,
Dalam pangkuan gadis rupawan,
Nyawa di badan keluar sendiri.
Melayanglah nyawa alhamdulillah,
Lafaz bahagia tidak terkata,
Yang mengetahui hanya Allah,
Betapa mujahid mendapat pahala.
Saudaraku teungku hulubalang,
Janganlah ragu diam membisu,
Sayang adik mati diladang,
Rindukan abang di medan kuru.
Entah tidak kembali pulang,
Rindu memendam di dalam hati,
Entah tewas di medan perang,
Jemput pulang bawa kembali.
Rangkap-rangkap tulisan di atas dikarang oleh Teungku Syeikh Muhammad/ Teungku Chik Pante Kulu yang merupakan antara ulama sasterawan yang berjaya menaikkan semangat rakyat Acheh yang beragama Islam tunduk kepada orang kafir terutamanya kaum penjajah selama 80 tahun lamanya.
Beliau berjaya meyakinkan pembaca betapa bahagianya orang yang mati melawan Belanda, perang suci membela agama. Beliau turut menekankan bahawa orang yang syahid bukanlah mati tetapi hidup abadi. Hal ini digambarkan:
Janganlah katakan mati,
Mujahid yang tewas di medan perang,
Mereka hidup bahagia,
Bermandikan rahmat Tuhan,
Jangan dianggap mati,
Meski nyata demikian,
Jangan ragukan kekasih hati,
Ada firman Tuhan.
Jangan sebutkan mati,
Meski nyawa sudah tiada,
Di sisi Ilahi ia abadi,
Senantiasa bersuka ria.
Demikian mulianya di sisi Tuhan,
Tiada di sini umpama yang sama,
Mana di mana cuba bandingkan,
Wahai budiman resapkan di jiwa.
Kalau begitu saudaraku sayang,
Di medan perang hidup dan mati,
Cinta kampung, sayang halaman,
Kikis habis di dalam hati.
Anak dan isteri tercinta,
Tiada mengapa tinggal di dunia,
Di sana menanti bidadari syurga,
Dara-dara usia sebaya.
Orang dahulu waktu berperang,
Cinta harta tiada lagi,
Nyawa dan badan segala barang,
Nyerah semua rela di hati.
Mengapa kita, saudaraku sayang,
Ragu hati pergi berperang,
Begitu kasihnya Tuhan penyayang,
Patutkah kita berhati bimbang?
Langgan:
Catatan (Atom)
























