Khamis, 19 Januari 2012

Fenomena Adam Adli: Biar Seketika tapi Menggegar....

Adam Adli-Mahasiswa TESL ...UPSI...

Pada saya, ada dua kepentingan yang dibawa. Antara kepentingan mahasiswa - 'Kebebasan Berakademik' dengan kepentingan individu yang berpaksikan Politik. Namun, pada dasarnya kedua-duanya hampir sama walau tidak serupa iaitu KEBEBASAN BERCAKAP, BERAKADEMIK, MENYATAKAN PENDAPAT atau apa-apa sahaja berkaitan POLITIK di DALAM KAMPUS. Itu intinya disamping pemansuhan AUKU dan lain-lain. Beliau mahu semua pihak di dalam kampus bebas menyatakan apa sahaja tentang politik atau berpolitik sama ada pembangkang atau pro-kerajaan. Perjuangan beliau dibawa bersama-sama dengan Suruhanjaya Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bersifat menyokong kepentingan mahasiswa.


Namun, beliau tersepit dalam situasi yang TIDAK DISANGKA-SANGKA akan membawa akibat buruk terhadap diri dan perjuangan yang dibawanya. Tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri  adalah tindakan SPONTAN yang tidak diduga sesiapa dan mungkin juga pemuda yang masih berdarah panas ini. Walaupun seketika, namun ia memberikan kesan dan pandangan buruk masyarakat yang teguh memegang prinsip kepartian  yang disokong oleh majoriti dan prinsip Cintakan Negara melalui kecintaan terhadap Pemimpin. Tindakan media yang menyebarkan situasi ini ditambah dengan kecaman masyarakat yang menyifatkan tindakan Adam sebagai melanggar 'budaya kesopanan' memberi tekanan kepada Adam dan rakan-rakan SMM.



SMM yang pada asalnya tidak terlibat terpaksa bergelut dalam situasi ini disebabkan AHLInya telah terjebak dalam kancah yang turut sama membawa nama SMM. Tindakan Adam yang enggan meminta maaf sebagai memenuhi syarat dan kehendak pihak majoriti ditambah dengan sokongan Majlis Tertinggi SMM memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan ancaman kepada keamanan. Sesetengah berpendapat bahawa Adam seorang Hero yang perlu dibanggakan disebabkan perjuangan yang dibawa dan mereka tidak memepedulikan atau mengambil kira tindakan spontan yang telah dilakukan. Sesetengah pihak pula mengecam Adam dan mereka merupakan golongan kiri yang tidak menyokong atau memahami KEBEBASAN AKADEMIK yang dibawa oleh SMM. Peristiwa kumpulan penyokong-penyokong berbaju Merah dari kumpulan penyokong Masyarakat Majoriti merupakan tindak balas awal yang meminta budak tidak beradab tersebut di adili. Kesan daripada keadaan ini wujudnya pro Adam yang mempertikaikan rasionalnya Adam diadili. Pihak Universiti yang ditekan mengambil tindakan menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes Adam. 


Pada masa yang sama berbagai halangan dihadapi oleh pihak Universiti untuk mengawal keadaan demi menjaga nama baik Universiti yang semakin dinilai kewibawaannya oleh masyarakat. Begitu  juga dengan penilaian terhadap pendidik yang bakal dihasilkan. Pihak Universiti yang juga pro masyarakat Majoriti sama ada terikat atau terpaksa membuat penilaian sebagai ketua Organisasi yang menjaga keunggulan sebuah institusi pendidikan melakukan berbagai intervensi untuk menghalang merebaknya tindakan yang hampir sama dengan tindakan sebelum ini.Ucapan daripada TNC, halangan keluar dari kolej dari pukul 12 45 hingga 1 30-lebih kuranglah... (singkatnya), serta bantuan penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa merupakan usaha untuk mengawal pengaruh Adam dalam kalangan pelajar. 


Walaubagaimanapun, tindakan ini tidak berjaya menghalang demonstrasi kedua atau Demonstrasi Berdarah yang mencederakan seorang pelajar UM dan beberapa rakan yang lain. Sekali lagi Adam yang berada dalam pemerhatian mengikut darah mudanya dengan menyertai demonstrasi kedua di hadapan pintu pagar utama UPSI. Berdasarkan video yang saya lihat, tindakan seorang pelajar yang memanjat pagar UPSI telah menggentarkan semua pegawai polis yang lengkap dengan senjata termasuk FRU. Pelajar yang tidak bersenjata ini dibelasah dan berbelas orang dipenjarakan termasuk Adam. Disebabkan terdapat diantara ahli mereka yang cedera, maka beberapa ahli demonstrasi bertindak nekad menyelamatkan nyawa rakan mereka dengan meecahkan pintu klinik UPSI dan klinik panel dihadapannya iaitu Klinik Syifa'. Mereka berfikir mereka mampu menyembuhkan luka rakan-rakan mereka yang ditendang dan dibelasah polis. Jika saya renung video tersebut beberapa kali, saya merasakan para ahli demonstrasi tidak perlu dilakukan sebegitu rupa kerana mereka tidak mengancam dan boleh dikawal dengan cara yang lebih rasional. Namun, mungkin pihak polis mempunyai pertimbangan mereka yang gagal saya fahami dan ungkapkan di sini.


Kesan daripada peristiwa tersebut, sekali lagi pelbagai pendapat dilontarkan oleh golongan yang memang tahu kisah sebenar dan golongan yang gemar membuat spekulasi setelah mengetahui hanya separuh (mungkin tidak sampai separuh) kisah yang terjadi. Yang pastinya golongan majoriti menentang tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi dan mengadili mereka hanya berdasarkan tujuan demonstrasi diadakan dan bukannya keseluruhan peristiwa tersebut. Hal ini dipengaruhi oleh peraturan yang telah ditetapkan  dan di program dalam minda kita bahawa adalah suatu kesalahan BESAR JIKA  ( x kira sesiapa...atau...SEORANG PELAJAR ) BERDEMONSTRASI. Media menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyebarkan propaganda atau peraturan ' tidak formal' ini. Golongan pro Adam yang sama ada simpati akan nasib yang menimpanya atau benar-benar menyokong tindakan beliau terus melancarkan propaganda mereka walau dikecam hebat .


Kemuncak fenomena Adam ialah ketika pengadilan Adam mengenai tindakan yang pernah dilakukan bermula dari penurunan bendera sehingga ke demonstrasi  Berdarah yang berlangsung di UPSI. Keputusannya, Adam di dapati bersalah dan digantung 3 Semester. Ketika perbicaraan berlangsung, pelbagai sekatan di kawasan Tanjung Malim oleh pihak berkuasa dilakukan sehingga ke pintu masuk UPSI. Disebabkan pada waktu itu adalah hari peperiksaan, kesesakan yang berlaku menyebabkan segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan berakhir. Bayangkan jika pelajar ini terpaksa menjawab soalan esei. Apa yang mampu dilakukan hanya dalam 10 minit? Mungkin perkara ini perlu difikirkan pada masa akan datang memandangkan pelajar bergantung kepada bas kitaran yang disediakan dan pada waktu puncak, para pelajar terpaksa beratur panjang  untuk ke kampus yang jauhnya 3 hingga 7 km dari kolej kediaman.

Inilah penangan fenomena Adam Adli. ....

Setelah penghakiman kes tersebut; sudah pasti tidak memihak kepada Adam, beliau telah membuka topengnya dengan mendakwa bahawa pengadilan itu diadili oleh penyokong MAJORITI. Dakwaan  ini mencerminkan kepada masyarakat dan mengesahkan bahawa beliau seorang penyokong BUKAN MAJORITI dan adakah perjuangan 'kebebasan akademik' yang diperjuangkan bersama SMM  berlandaskan motif politik? Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan nasib tidak menyebelahi beliau di bawah peraturan pihak Majoriti dan beliau cuba membela nasibnya di bawah pihak bukan Majoriti. Kini perjuangannnya dilihat terubang-ambing dan akhirnya tenggelam. Mungkinkah berlakunya kecelaruan dalam perjuangan beliau dan bagaimana pula nasib SMM dan perjuangan 'kebebasan akademik' mereka? Semuanya seperti senyap sunyi .Mungkin mereka sedang menyusun strategi baru...

Biarpun seketika, fenomena Adam Adli dilihat telah Menggegarkan dunia Intelektual dan masyarakat Malaysia.  Saya berpendapat bahawa matlamat sebenar Adam untuk menegakkan kebebasan berakademik mahasiswa adalah murni tetapi beliau terperangkap dengan tindakan spontan yang meletakkan beliau dan SMM dalam kedaaan yang lebih rumit. Jika Adam tidak menurunkan bendera PM dan hanya mengikut tindakan menyerahkan memorandum 'ubah suai' AUKU oleh SMM, mungkinkah masyarakat atau pemimpin memandang berat mengenai perjuangan yang dibawakan oleh mahasiswa? Tindakan berani Adam dilihat berjaya membuka mata pemimpin dan masyarakat mengenai pengaruh besar akan suara yang dibawa oleh golongan yang dianggap boleh dijinakkan ini. 

Harus diingat bahawa bukan hanya pelajar UPSI yang melakukan demonstrasi memperjuangkan 'KEBEBASAN AKADEMIK' tetapi turut dianggotai oleh pelajar-pelajar Universiti lain (satu telah saya nyatakan di sini ..tapi yang lain anda carilah). Jadi sebagai pembaca, saya harap anda dapat melihat 'fenomena  seketika' ini bukan hanya dilakukan oleh bakal pendidik tetapi mahasiswa keseluruhannya. Mungkin tekanan mengenai pinjaman PTPTN, masalah peluang pekerjaan, di tambah dengan inspirasi dari demonstrasi pelajar luar seperti Mesir mengubah tekanan menjadi inspirasi. Tindakan Adam menandakan bahawa para pemimpin perlu mendengar suara di pihak yang bakal menjadi pemimpin akan datang. 

Jika diteliti,  perubahan DEB (Dasar Ekonomi Baru) kepada (Model Ekonomi Baru) telah menyebabkan banyak transformasi pentadbiran dan ekonomi. Persaingan dan kejutan dalam transformasi terhadap ekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pelajar yang bakal menghadapi cabaran pada masa akan datang. Justeru, mereka meminta agar suara mereka turut didengar oleh pemimpin. Walau mungkin tindakan mereka tidak 'digemari' , sungguhpun begitu   pendapat mereka wajar untuk dipertimbangkan. 







Ahad, 15 Januari 2012


Hadis: Sikap yang Baik

:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Riwayat Ibnu Abi Dunya

Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat. 

daripada www.dakwah2u.blogspot.com

Alangkah baiknya kalau kita dapat mengamalkan kesemua sifat baik yang dianjurkan oleh Islam. Kadangkala, ketika dalam keadaan yang kurang selesa, kita mudah terlepas kata pada sesiapa meskipun pada rakan. Hilang satu sifat yang baik.

Apabila sedang marah, kita lebih suka menang dalam kata-kata dan si lawan juga balas- membalas. Keadaan berlanjutan sehingga ada yang sanggup bertindak kasar. Hilang satu lagi sifat baik.

Sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang kurang baik kepada kita, mungkinkah kita akan membalasnya dengan  perbuatan yang baik? Mungkin ada yang berbuat demikian tetapi bergantung kepad sejauh mana seseorang itu mempertahankan kemuliaan akhlak dan imannya. Namun, ironinya, walaupun kita gagal membalas perbuatan jahat seseorang, kita pasti paling tidak mendedahkan keburukannya pada orang lain sebagai balasan kepada perbuatannya. Hilang lagi satu sifat baik.

Jika kita sentiasa dihadapkan dengan perkara-perkara maksiat di depan mata, sudah pasti paling tidak kita akan terhadam dengan perkara tersebut, jika hal ini berlanjutan, bagaimana  iman seorang mukmin boleh dipertahankan? (Jawapannya,...tiada alasan..tepuk dada, tanya iman)

Persoalan ini sekadar ingin membuka mata kita terutama saya sendiri . Bukan mempersoalkan praktikalnya hadis ini. Semoga kita semua berusaha untuk melaksanakan akhlak yang dianjurkan oleh Islam. 

Sabtu, 14 Januari 2012

Kenangan Malam Pra- Graduasi Program Pendidikan Sejarah, Sem 8

Para AJK..Termasuk King n Queen ada d sini..cuba teka siape die?


Perarakan masuk...beratur2..
Wakil Mumia kump. kami... Kak Pjah...sori..tp nsb bek sporting..



Geng 1 Malaysia..tapi x de Cina...

Lama nye tgu..bosan..

Aksi para mumia...alamak ada yang dah kalah sbb balutan tercabut..

antara para hero yang menggondol hadiah..

Rakan-rakanku...walau apapun yang terjadi, ukhuwah fillah..abadan abada....



Kenangan Bersama Penyelia LI d Secret Recipe..

Order..jangan x order..

Dr. Nabir...ayahanda kami..

Pengantin Baru..kak Dila..Tahniah..

pengiring Dr. Nabir, En. Salleh..

Kenangan di Tasik Proton






Kenangan di Genting

Makan Dulu...asyik hujan jer..jenuh tunggu,,,

dapat juga main buaian ni...alamak..ni bukan buaian biase..kalo mak tahu..habis...

Berangan jap..

Ala-ala kat London gtu..

Lumbe2...

Pose...
Ni bukti kami naik gondola...