Ahad, 8 April 2012

Baju Kurung Asli Hanya RM 70



  • Produk - Kurung Riau/Kain susun tepi
  • Fabrik - Washable Jaquard
  • Kualiti Jahitan Tempatan
  • Saiz - S/M/L
___________________________________________________________________

     
    • Produk - Kurung Asli/Kain susun tepi
    • Fabrik - Chiffon Wangi
    • Kualiti Jahitan Tempatan
    • Saiz - S/M/L

    ___________________________________________________________________________________



    • Produk - Kurung Riau/Kain susun tepi
    • Fabrik - Washable Jaquard
    • Saiz - S/M/L
    ______________________________________________________________________________



    • Produk - Kurung Asli/Kain susun tepi
    • Fabrik - Chiffon Wangi
    • Kualiti Jahitan Tempatan
    • Saiz - S/M/L

    ANDA BERMINAT???? MARI...MARI DAPATKANNYA.......

     HUBUNGI PN SABARIAH (PENGEDAR SAH WARISAN ANGGUN) , 013-7821001- KOTA MASAI, PASIR GUDANG, JOHOR. PENGHANTARAN KE LUAR, CAJ RM 5 DIKENAKAN.















    Jumaat, 6 April 2012

    Senarai Orientalis Barat, Karya Mereka & Serangan Terhadap Islam



    Oleh : Zaharuddin Bin Ab. Rahman
    Jab. Fiqh dan Usul Fiqh ,
    Universiti Al-Yarmouk, Jordan
    zaharuddin@yahoo.com


    Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.
    Rencana ini menyentuh tentang para pengkaji ilmu Islam dari kalangan bukan Islam (orientalis) dan hasil tulisan mereka  yang mana karya-karyanya terdapat seribu satu jenis racun yang mampu melemah dan menyeleweng fahaman sebenar Islam.
    Penulisan ini dibuat dalam bentuk separa ilmiah, bertujuan memberi maklumat mudah kepada golongan awam dan professional Islam terutamanya yang sering bergantung kepada rujukan buku berbahasa Inggeris.
    Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-
    1.  Beberapa jenis kumpulan Orientalis
    2.  Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
    3.  Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
    4.  Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
    5.  Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
    6.  Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.
    Jenis Kumpulan Orientalis
    1.       Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
    2.       Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
    3.       Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
    4.       Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
    5.       Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)
    Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya Mereka
    Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:
    1.    A.J Arberry. Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor  di Universiti Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam.
    a.      Islam Hari Ini (Islam Today)
    b.      Pendahuluan Sejarah Tasawuf
    c.      At-Tasawuf
    d.      Terjemahan Quran  (1948-1950)

    2.    A. Geom. Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir.
    a.      Buku: Al-Islam
    3.    Baron Garra de Vaux. Berbangsa  Perancis dan sangat musuhi Islam. Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia
    4.    H.A.R Gibb. Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.  Profesor  di Universiti Hartford, USA. Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam.
    a.      Pengarang utama Islamic Encyclopedia
    b.      Cara Islam (Inggeris & Arab)
    c.      Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
    d.      Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
    e.      Islam & Masyarakat Barat
    f.        Whither Islam 19471947
    5.    Goldziher. Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam.
    a)     Pengarang utama Islamic Encyclopedia
    b)     Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
    c)      Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)
    d)     Halangan Muhammad
    6.    John Maynard :  Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)
    7. S.M. Zweimer. Berasal dari Amerika Syarikat ,  Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam.
    a.      Dunia Islam (pengasas majalah ini)
    b.      Islam Mencabar
    c.      Demi ‘Aqidah
    d.      Al-Islam (1908-1911)
    8.    Aziz ‘Atiyyah Suryal. Berasal dari Amerika Syarikat ,  Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam. Menulis beberapa buah  kitab tentang Perang Salib .
    9.    G.Von Grunbaum. Rakyat Jerman berbangsa  Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor  di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.
    a)     Islam di zaman pertengahan
    b)     Perayaan Muhammad
    c)      Usaha Menerangkan Islam yang Moden
    d)     Pengajian Sejarah Keilmuan Islam
    e)      Al-Islam
    f)        Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam
    10.     Phillip Hitti. Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor  Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan
    a.      Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab
    b.      Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman
    c.      Al-Islam
    d.      Sejarah Syria
    e.      Asal usul Agama Duruz
    11.     Carl Brocklemann: The History (Jerman, Inggeris)
    12.     A.J Weinsink. Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)   
    a.      Aqidah Islam (1932). 
    13.     Kenneth Gragg. Berasal dari Amerika. Sangat benci dan  menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan  Kristian di Universiti Hartford  
    a)     Ketua Editor Majalah The Muslim World
    b)     Dakwah al-Makzanah (956)
    14.     L. Massignon. Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan  Tasauf Islam.
    a.      Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam
    b.      Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.
    15.     D.B. Macdonald. Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam
    a)     Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan  Teori Perlembagaan Dalam Islam
    b)     Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)
    16. M.Green :  Setiausaha Majalah Middle East
    17. Majid Qadrawi. Penganut  Kristian dari Iraq. Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA. Ketua Ma’ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington. Terlalu membenci Islam. Bukunya bertajuk “Perang & Damai Dalam Islam” (1955)
    18. D.S Margoliouth. Berbangsa Inggeris
    a.      Perkembangan Baru Dalam Islam
    b.      Muhammad & Kelahiran Islam
    c.      Universiti Islam
    19. R.A Nicholson. Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam. Menafikan Islam agama wahyu. Mendalami bidang Tasawuf Islam.
    a)     Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
    b)     Para ahli Sufi Islam
    c)      Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930)
    20.      Henry Lammens. Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan . Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra.
    a.      Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
    b.      Al-Islam
    c.      At-Toif
    d.      Majalah Kesatuan Pengajian Timur USA (1925)
    21.     Joseph Schacht. Berbangsa Jerman. Menghasilkan  banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh. Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom
    a)     Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
    b)     Usul Fiqh Islam
    c)      c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence)
    22.     Rudi Paret. Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan  Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran
    a.      The Quran
    b.      Der Koran
    23.     Karl Heinrich Becker : Pengasas Majalah Islam
    24.     Jetson Phiit. Menghentam Islam melalui kitabnya
    a.      Buku  Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)
     25.     Richard Bell. Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh
    a.      “Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)
    26.     Lord. Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti  ‘Alif Lam Mim’ dan lain-lain.
    27.     Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis). Berbangsa Arab
    28.     W.C. Smith : Buku berjudul “Islam in Modern History”
    29.     Montgomery Watt
    a)     Sirah Nabi di Mekah ,
    b)     Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)
    c)      Mohammad, Prophet & Statesman
    30.     Dr C.G Pfander. Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil.  Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander. Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, “Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu.” (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)  
    a.      ‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)’ 
    31.     George Sale : Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris
    32.     Hamilton Jobb. Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya
    a.      ‘Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam’
    33.     William Muir. Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan  menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan.
    34.     Louis Gardeih. Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran.  
    a.      ‘Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian’
    35.     Z.P Bodly. Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa’adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
    36.     Cofan, Renan, Jano. Kesemua mereka adalah penipu besar dalam mengutarakan hal-hal Asas Syariat Islam.
    Berikut Adalah Beberapa Nama Buku Yang Paling Bahaya Hasil Karya Para Oreintalis.
    1.             The Encyclopedia Of Islam – Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini  terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid , dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.
    2.             Majalah ‘The Muslim World’
    3.             Shorter Encyclopedia Of Islam
    4.             Encyclopedia Of Religion and Ethics
    5.             Encyclopedia Of Social Sciences
    6.             Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
    7.             Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
    8.             Al-Islam oleh Alfred Geom
    9.             Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
    10.         Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
    11.         Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
    12.         Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
    13.         Islam Today oleh A.J Arberry
    14.         Translation of Quran oleh A.J Arberry
    15.         Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher
    16.         Arabic History oleh Phillip Hitti
    17.         Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
    18.         Qamus Al-Munjid :
    19.         Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)
    20.         Dan lain-lain kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.
    Antara Karya Orientalis Yang Boleh Dibaca
    Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-
    1.       Prof T. W Arnold -  The Preaching of Islam
    2.       Stanley Lane Poole – Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
    3.       Stanley Lane Poole – Moors in Spain
    4.       Dr Aloys Sprenger – Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan’ Al- Hafiz Ibnu Hajar
    5.       Edward William Lane – Mu’jam Arabic-English Lexicon
    6.       A.J Weinsink – Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu  Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad. Diterjemah ke bahasa Arab  Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan  kata pengantarnya oleh  Syeikh Mohd Rashid Ridha
    7.       G.B Strenge – Land of the Eastern Caliphate
    Antara Karya Bekas Orientalis Yang Telah Memeluk  Islam.
    1.       Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
    2.       Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
    3.       Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
    4.       Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
    Beberapa Individu Islam Yang Terpengaruh Dengan Orientalis
    Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.
    Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :
    1. Prof. Ahmad Amin
    Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha’ Syar’ie)
    Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam’ • Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang  Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.• 
    2. Abu Rayyah Adwa’:  ‘ala As-Sunnah • Mempertikaikan Abu Hurairah
    3. Ismail Adham. Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) .
    Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu’ (rekaan)
    4. Prof. Ali Hasbullah: Usul At-Tasri’ Al-Islami .
     Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat’ie.• Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.
    5.    Syeikh Ali Abd Raziq :
    Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam.• Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. • Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut’ie dan Syeikh Khudar Hussain. • Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh
    6. Prof Khalid Muhd Khalid :
     Bukunya bertajuk  ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)’ dan ‘ Ad-Demoqratia Abadan’ • Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna na’lam’ (dari sini kita tahu)• Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam’- Bab Maslahat
    7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor  Undang-undang )
    ‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami’ (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi’ Nizom al-Hukm fil Islam– Al-Qaradhawi) • Bab Maslahat, men dakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.
    8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti  Az-zaqaziq) Di mesir • Bab Maslahat dan Saidina Umar
    9. Sai’d al-Ushmawi Mesir • Bab Maslahat dan Saidina Umar
    10. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia). Dalam kebanyakan artikel karya mereka . Tiada ruang untuk dinyatakan di sini.• Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil.
    11. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Begitu banyak, tiada ruang untuk disebut di sini
    12. Dr. Kassim Ahmad Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total.  Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.
    Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.
    Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.
    Sekian,
    Irbid,
    1 July 2003

    *Kebanyakan buku-buku penulis ini pernah ku baca...Ya Allah moga kau berikan kami PETUNJUKMU...

    Jumaat, 3 Februari 2012

    hikmah di sebalik kepayahan...

    Salam alaik...

    Kita seringkali mengeluh apabila ditimpa kepayahan, kesusahan , kekecewaan. Semuanya adalah musibah kecil . Siapa sangka di sebaliknya terkandung hikmah yang cukup besar untuk difikirkan kembali...

    Aku bersyukur kerana segala kesukaran yang ku hadapi sebelum ini dalam menuntut ilmu kini terbalas dengan pencapaian yang memuaskan. Segala kesedihan terubat apabila menyaksikan kegembiraan ayah dan ibu apabila melihat kejayaanku dalam perjuangan fi sabilillah selama hampir empat tahun bergelumang dengan buku.

    Perjuangan ini tidak terhenti di sini. Ada perjuangan lain yang perlu diteruskan dan kali ini perjuangan sebenar berhadapan realiti kehidupan. Tiada lagi tanggungan. Mungkin hanya tunjuk ajar dan bekalan yang disiapkan sebelum ini menjadi asas pegangan. Aku perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa sebarang tongkat. Buku? kadangkala digunakan. Selebihnya bergantung pada kecerdikan..Aplikasi lebih diutamakan...

    Ku percaya rezeki ada di mana-mana....Moga perjuangan seterusnya diberkati dan dirahmati..amin..

    Khamis, 2 Februari 2012

    Pesanan Berhijab...


    MasyaAllah...moga pesanan ini bermanfaat buat kita semua...

    SEBAB SEBAB DOA TIDAK DITERIMA

    Salam alaik...
    Ingin kukongsikan isi daripada buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' tulisan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid...

    Seringkali kita berdoa..tetapi kadangkala mengapa kita merasa hajat  itu tidak dimakbulkan...Ini mungkin sebabnya...

    1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhannya
    2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan suruhannya
    3. Membaca Al-quran tetapi tidak beramal dengannya
    4. Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya
    5. Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya
    6. Mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal dengannya
    7. Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya
    8. Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya
    9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban sendiri
    10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka

    Ingatan ini untuk diri penulis juga...kalau nak tahu lebih lanjut...Belilah buku ini...sangat baik..

    Khamis, 19 Januari 2012

    Fenomena Adam Adli: Biar Seketika tapi Menggegar....

    Adam Adli-Mahasiswa TESL ...UPSI...

    Pada saya, ada dua kepentingan yang dibawa. Antara kepentingan mahasiswa - 'Kebebasan Berakademik' dengan kepentingan individu yang berpaksikan Politik. Namun, pada dasarnya kedua-duanya hampir sama walau tidak serupa iaitu KEBEBASAN BERCAKAP, BERAKADEMIK, MENYATAKAN PENDAPAT atau apa-apa sahaja berkaitan POLITIK di DALAM KAMPUS. Itu intinya disamping pemansuhan AUKU dan lain-lain. Beliau mahu semua pihak di dalam kampus bebas menyatakan apa sahaja tentang politik atau berpolitik sama ada pembangkang atau pro-kerajaan. Perjuangan beliau dibawa bersama-sama dengan Suruhanjaya Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bersifat menyokong kepentingan mahasiswa.


    Namun, beliau tersepit dalam situasi yang TIDAK DISANGKA-SANGKA akan membawa akibat buruk terhadap diri dan perjuangan yang dibawanya. Tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri  adalah tindakan SPONTAN yang tidak diduga sesiapa dan mungkin juga pemuda yang masih berdarah panas ini. Walaupun seketika, namun ia memberikan kesan dan pandangan buruk masyarakat yang teguh memegang prinsip kepartian  yang disokong oleh majoriti dan prinsip Cintakan Negara melalui kecintaan terhadap Pemimpin. Tindakan media yang menyebarkan situasi ini ditambah dengan kecaman masyarakat yang menyifatkan tindakan Adam sebagai melanggar 'budaya kesopanan' memberi tekanan kepada Adam dan rakan-rakan SMM.



    SMM yang pada asalnya tidak terlibat terpaksa bergelut dalam situasi ini disebabkan AHLInya telah terjebak dalam kancah yang turut sama membawa nama SMM. Tindakan Adam yang enggan meminta maaf sebagai memenuhi syarat dan kehendak pihak majoriti ditambah dengan sokongan Majlis Tertinggi SMM memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan ancaman kepada keamanan. Sesetengah berpendapat bahawa Adam seorang Hero yang perlu dibanggakan disebabkan perjuangan yang dibawa tanpa melihat dan mengambil kira tindakan spontan yang telah dilakukan. Sesetengah pihak pula mengecam Adam dan mereka merupakan golongan kiri yang tidak menyokong atau memahami KEBEBASAN AKADEMIK yang dibawa oleh SMM. Peristiwa kumpulan penyokong-penyokong berbaju Merah dari kumpulan penyokong Masyarakat Majoriti merupakan tindak balas awal yang meminta budak tidak beradab tersebut di adili. Kesan daripada keadaan ini wujudnya pro Adam yang mempertikaikan rasionalnya Adam diadili. Pihak Universiti yang ditekan mengambil tindakan menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes Adam. 


    Pada masa yang sama berbagai halangan oleh pihak Universiti untuk mengawal keadaan demi menjaga nama baik Universiti yang semakin dinilai kewibawaannya oleh masyarakat  dan juga penilaiian terhadap pendidik yang bakal dihasilkan. Pihak Universiti yang juga pro masyarakat Majoriti sama ada terikat  dengan atau membuat penilaian sebagai ketua Organisasi yang menjaga keunggulan sebuah institusi pendidikan melakukan berbagai intervensi untuk menghalang merebaknya tindakan yang hampir sama dengan tindakan sebelum ini.Ucapan daripada TNC, halangan keluar dari kolej dari pukul 12 45 hingga 1 30-lebih kuranglah... (singkatnya), serta bantuan penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa merupakan usaha untuk mengawal pengaruh Adam dalam kalangan pelajar. 


    Tetapi, tindakan ini tidak berjaya menghalang demonstrasi kedua atau Demonstrasi Berdarah yang mencederakan seorang pelajar UM dan beberapa rakan yang lain. Sekali lagi Adam yang berada dalam pemerhatian mengikut darah mudanya dengan menyertai demonstrasi kedua di hadapan pintu pagar utama UPSI. Berdasarkan video yang saya lihat, tindakan seorang pelajar yang memanjat pagar UPSI telah menggentarkan semua pegawai polis yang lengkap dengan senjata termasuk FRU. Pelajar yang tidak bersenjata ini dibelasah dan berbelas orang dipenjarakan termasuk Adam. Disebabkan terdapat diantara ahli mereka yang cedera, maka beberapa ahli demonstrasi bertindak nekad menyelamatkan nyawa rakan mereka dengan meecahkan pintu klinik UPSI dan klinik panel dihadapannya iaitu Klinik Syifa'. Mereka berfikir mereka mampu menyembuhkan luka rakan-rakan mereka yang ditendang dan dibelasah polis. Jika saya renung video tersebut beberapa kali, saya merasakan para ahli demonstrasi tidak perlu dilakukan sebegitu rupa kerana mereka tidak mengancam dan boleh dikawal dengan cara yang lebih rasional. Namun, mungkin pihak polis mempunyai pertimbangan mereka yang gagal saya fahami dan ungkapkan di sini.


    Kesan daripada peristiwa tersebut, sekali lagi pelbagai pendapat dilontarkan oleh golongan yang memang tahu kisah sebenar dan golongan yang gemar membuat spekulasi setelah mengetahui hanya separuh (mungkin tidak sampai separuh) kisah yang terjadi. Yang pastinya golongan majoriti menentang tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi dan mengadili mereka hanya berdasarkan tujuan demonstrasi diadakan dan bukannya keseluruhan peristiwa tersebut. Hal ini dipengaruhi oleh peraturan yang telah ditekankan  dan di progra m dalam minda kita bahawa adalah suatu kesalahan BESAR JIKA  ( x kira sesiapa...atau...SEORANG PELAJAR ) BERDEMONSTRASI. Media menjadi tulang belakang yang kuat untuk menyebarkan propaganda atau peraturan ' tidak formal' ini. Golongan pro Adam yang sama ada simpati akan nasib yang menimpanya atau benar-benar menyokong tindakan beliau terus melancarkan propaganda mereka walau dikecam hebat .


    Kemuncak fenomena Adam ialah ketika pengadilan Adam mengenai tindakan yang pernah dilakukan bermula dari penurunan bendera sehingga ke demonstrasi  Berdarah yang berlangsung di UPSI. Keputusannya, Adam di dapati bersalah dan digantung 3 Semester. Ketika perbicaraan berlangsung, pelbagai sekatan di kawasan Tanjung Malim oleh pihak berkuasa dilakukan sehingga ke pintu masuk UPSI. Disebabkan pada waktu itu adalah hari peperiksaan, kesesakan yang berlaku menyebabkan segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan masuk ke dewan peperiksaan 10 minit sebelum peperiksaan berakhir. Bayangkan jika pelajar ini terpaksa menjawab soalan esei. Apa yang mampu dilakukan hanya dalam 10 minit? Mungkin perkara ini perlu difikirkan pada masa akan datang memandangkan pelajar bergantung kepada bas kitaran yang disediakan dan pada waktu puncak, para pelajar terpaksa beratur panjang  untuk ke kampus yang jauhnya 3 hingga 7 km dari kolej kediaman.

    Inilah penangan fenomena Adam Adli. ....

    Setelah penghakiman kes tersebut; sudah pasti tidak memihak kepada Adam, beliau telah membuka topengnya dengan mendakwa bahawa pengadilan itu diadili oleh penyokong MAJORITI. Dakwaan  ini mencerminkan kepada masyarakat dan mengesahkan bahawa beliau seorang penyokong BUKAN MAJORITI dan adakah perjuangan 'kebebasan akademik' yang diperjuangkan bersama SMM  berlandaskan motif politik? Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan nasib tidak menyebelahi beliau di bawah peraturan pihak Majoriti dan beliau cuba membela nasibnya di bawah pihak bukan Majoriti. Kini perjuangannnya dilihat terubang-ambing dan akhirnya tenggelam. Mungkinkah berlakunya kecelaruan dalam perjuangan beliau dan bagaimana pula nasib SMM dan perjuangan 'kebebasan akademik' mereka? Semuanya seperti senyap sunyi .Mungkin mereka sedang menyusun strategi baru...

    Biarpun seketika, fenomena Adam Adli dilihat telah Menggegarkan dunia Intelektual dan masyarakat.  Saya berpendapat bahawa matlamat sebenar Adam untuk menegakkan kebebasan berakademik mahasiswa adalah murni tetapi beliau terperangkap dengan tindakan spontan yang meletakkan beliau dan SMM dalam kedaaan yang lebih rumit. Jika Adam tidak menurunkan bendera PM dan hanya mengikut tindakan menyerahkan memorandum 'ubah suai' AUKU oleh SMM, mungkinkah masyarakat atau pemimpin memandang berat mengenai perjuangan yang dibawakan oleh mahasiswa? Tindakan berani Adam dilihat berjaya membuka mata pemimpin dan masyarakat mengenai pengaruh besar akan suara yang dibawa oleh golongan yang dianggap boleh dijinakkan ini. 

    Harus diingat bahawa bukan hanya pelajar UPSI yang melakukan demonstrasi memperjuangkan 'KEBEBASAN AKADEMIK' tetapi turut dianggotai oleh pelajar-pelajar Universiti lain (satu telah saya nyatakan di sini ..tapi yang lain anda carilah). Jadi sebagai pembaca, saya harap anda dapat melihat 'fenomena  seketika' ini bukan hanya dilakukan oleh bakal pendidik tetapi mahasiswa keseluruhannya. Mungkin tekanan mengenai pinjaman PTPTN, masalah peluang pekerjaan, di tambah dengan inspirasi dari demonstrasi pelajar luar seperti Mesir mengubah tekanan menjadi inspirasi. Tindakan Adam menandakan bahawa para pemimpin perlu mendengar suara di pihak yang bakal menjadi pemimpin akan datang. 

    Jika diteliti,  perubahan DEB (Dasar Ekonomi Baru) kepada (Model Ekonomi Baru) telah menyebabkan banyak transformasi pentadbiran dan ekonomi. Persaingan dan kejutan dalam transformasi terhadap ekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pelajar yang bakal menghadapi cabaran pada masa akan datang. Justeru, mereka meminta agar suara mereka turut didengar oleh pemimpin. Walau mungkin tindakan mereka tidak 'digemari' , tetapi diharap agar  pendapat mereka dipertimbangkan. 







    Ahad, 15 Januari 2012


    Hadis: Sikap yang Baik

    :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
    "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
    Riwayat Ibnu Abi Dunya

    Huraian :
    i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

    iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

    iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu " Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

    v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat. 

    daripada www.dakwah2u.blogspot.com

    Alangkah baiknya kalau kita dapat mengamalkan kesemua sifat baik yang dianjurkan oleh Islam. Kadangkala, ketika dalam keadaan yang kurang selesa, kita mudah terlepas kata pada sesiapa meskipun pada rakan. Hilang satu sifat yang baik.

    Apabila sedang marah, kita lebih suka menang dalam kata-kata dan si lawan juga balas- membalas. Keadaan berlanjutan sehingga ada yang sanggup bertindak kasar. Hilang satu lagi sifat baik.

    Sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang kurang baik kepada kita, mungkinkah kita akan membalasnya dengan  perbuatan yang baik? Mungkin ada yang berbuat demikian tetapi bergantung kepad sejauh mana seseorang itu mempertahankan kemuliaan akhlak dan imannya. Namun, ironinya, walaupun kita gagal membalas perbuatan jahat seseorang, kita pasti paling tidak mendedahkan keburukannya pada orang lain sebagai balasan kepada perbuatannya. Hilang lagi satu sifat baik.

    Jika kita sentiasa dihadapkan dengan perkara-perkara maksiat di depan mata, sudah pasti paling tidak kita akan terhadam dengan perkara tersebut, jika hal ini berlanjutan, bagaimana  iman seorang mukmin boleh dipertahankan? (Jawapannya,...tiada alasan..tepuk dada, tanya iman)

    Persoalan ini sekadar ingin membuka mata kita terutama saya sendiri . Bukan mempersoalkan praktikalnya hadis ini. Semoga kita semua berusaha untuk melaksanakan akhlak yang dianjurkan oleh Islam. 

    Luahan rasa

    Pergilah Air Mata

    1. Aku gagal menyiapkan tugasan dengan baik...rakan-rakanku turut terpalit tempiasnya.
    2. Aku tersalah print tugasan. Lecturer tu kata 'u can kill her'
    3. Aku gagal menyiapkan latihan ilmiah dengan baik.Segala kesukaran mencari bahan menambah kesedihan.
    4. Sungguhpun penyelia latihan ilmiah berpuas hati dengan tugasanku, aku dituduh plagiat latihan ilmiah top student tahun lepas. Walhal pensyarah tersebut tidak perasan bahawa tajuk kami tidak sama. Seniorku buat tentang Tanjung Dawai dan aku buat tentang Tanjung Piai. Mana mungkin sama walaupun skop kajian mungkin sama. Penyeliaku yang tidak mengetahui hal tersebut dan mempercayai bahawa tajuk kami sama menyatakan bahawa cara penulisanku adalah berbeza. Mujur beliau membantuku. Walau kesalahan ini tidak ku buat, tapi aku merasakan ia sedikit sebanyak mempengaruhi markahku. Tajuk ku juga tidak digemari second reader, jadi aku boleh menjangka keputusannya. Aku harap aku tidak perlu repeat..
    5. Kekasih temanku meninggal. Walaupun tiada kait mengait denganku, kejadian ini sedikit sebanyak mempengaruhi perasaanku. Sungguhpun mereka berjanji untuk mengikat janji, tiada siapa menduga akan ketentuan-Nya.
    6. Adikku mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka. Aku pula yang tiada 'calon' didesak. Walau sebelum ini perkara ini tidak pernah timbul, tapi keadaan ini menyebabkan aku selalu didesak seperti sedang ' terdesak 'dan mengganggu segala aktiviti termasuk pelajaranku...Semuanya terganggu disebabkan ini. Aku serahkan segala-galanya tentang jodohku  pada-Nya.
    7. Aku berpisah dengan rakan-rakan rapatku..mungkin pertemuan selepas ini tidak sama seperti kami sama-sama di Universiti. Mereka mengajarkanku erti Sayang, kasih, bahagia, menghargai dan pengalaman yang bermakna dalam hidup sebagai seorang insan. Tak akan kulupakan diri-Mu.....

    Sabtu, 14 Januari 2012

    Kenangan Malam Pra- Graduasi Program Pendidikan Sejarah, Sem 8

    Para AJK..Termasuk King n Queen ada d sini..cuba teka siape die?


    Perarakan masuk...beratur2..
    Wakil Mumia kump. kami... Kak Pjah...sori..tp nsb bek sporting..



    Geng 1 Malaysia..tapi x de Cina...

    Lama nye tgu..bosan..

    Aksi para mumia...alamak ada yang dah kalah sbb balutan tercabut..

    antara para hero yang menggondol hadiah..

    Rakan-rakanku...walau apapun yang terjadi, ukhuwah fillah..abadan abada....



    Kenangan Bersama Penyelia LI d Secret Recipe..

    Order..jangan x order..

    Dr. Nabir...ayahanda kami..

    Pengantin Baru..kak Dila..Tahniah..

    pengiring Dr. Nabir, En. Salleh..

    Kenangan di Tasik Proton






    Kenangan di Genting

    Makan Dulu...asyik hujan jer..jenuh tunggu,,,

    dapat juga main buaian ni...alamak..ni bukan buaian biase..kalo mak tahu..habis...

    Berangan jap..

    Ala-ala kat London gtu..

    Lumbe2...

    Pose...
    Ni bukti kami naik gondola...