Sabtu, 6 Jun 2015

bUAT FTNS-For The Nice Symbols

Assalam..

Barangkali sudah terlewat memandangkan ramai antara kalian yang telah menyambung pelajaran..
Buat ahli FTNS 2012, namun ku masih ingin mengambil peluang ini untuk berkata-kata: 

  1. Bertebaranlah kalian di atas muka bumi mencari ilmu dan rezeki
  2. Jangan lupa bahawa kalian adalah seorang muslim dan seorang da'ie
  3. Usahlah terpengaruh dengan budaya culture shock yang dibawa ke ipt oleh para sahabatmu
  4. Kukuhkanlah agama Allah dan semoga Allah mengukuhkan kedudukanmu di muka bumi
  5. Andai sampai masanya kalian berjodoh, maklumkanlah kami di sini dan jemputlah kami
  6. Hormatilah insan yang paling hampir dengan kalian terutama yang banyak berjasa kepada kalian
  7. Banyak ketawa bimbang hati akan mati
  8. bersederhanalah di mana-mana sahaja
  9. Carilah ilmu dan pastinya ilmu tidak akan mencarimu
  10. Seringan-ringan sedekah adalah senyuman
  11. hayatilah pesan Luqman al-Hakim buat anak-anaknya
  12. Carilah sahabat dan janganlah kamu menyia-nyiakannya agar kamu tidak termasuk dalam golongan yang rugi
  13. Sahabat adalah cermin dirimu, maka pilihlah yang terbaik
  14. andai telah berjaya, jangan jadi kacang lupakan kulit
  15. jangan lupa qiam, al-quran dan ma'thurat setiap hari
  16. pastikan kamu sentiasa berada di jalan yang benar dan moga Allah memberi petunjuk kepadamu ke jalan yang lurus

Harapanku semoga:
  1. Semoga kalian menjadi pemimpin yang baik
  2. Semoga beroleh ilmu yang bermanfaat
  3. Semoga berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat

Semoga Allah merahmati dan redha setiap usaha murni kalian ke arah menjadi insan yang berguna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan