Jumaat, 5 Jun 2015

Kenangan 2014 (mbr smkpg)

Assalam..

Sudah lama saya tidak menjenguk ke ruangan ini...rindu rasanya untuk mencoret sesuatu...


Inilah hasil kerja keras pada tahun ini yang memang tidak dapat kulupakan. Baru kutahu betapa sukarnya menjadi pendidik berbanding menjadi seorang pengajar. Kepada para pelajarku yang banyak mencurahkan keringat dalam projek ini, semoga kalian memperoleh manfaat daripadanya.


Kepada semua guru terutama Pn. Jamilah, Cik Angayarani, dan guru -guru Kemahiran Hidup Smkpg yang berhempas pulas membantu menjahit kain rentang untuk dijadikan sebuah carta alir gergasi, terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Kepada semua guru bahasa yang membantu terutama Pn. Sy. Suraya, Cik Emeera Nabila, Cik Raja Aqila, En. Fauzi Ramli, En. Nesamony, Pn. Zuraidah, Pn Adawiyah Abd Halim, Pn. Maslina Maarof, Pn Norhafizah Jaafar, Pn. Sarah Wahida, Cik Siti Hawa Maulad Ahad, Ustz Naufal, Pn Saadah Kasmon, Pn. Norliah Bechik  dan semua guru yang terlibat, terima kasih yang tidak terhingga. Tida kata seindah bahasa yang mampu kuungkapkan untuk membalas jasa baik kalian.

Khas untuk Pn. Wardah , Pn. Aisyah Sadiqah, Pn. Ain Daud, Pn Siti Hazlin, dan kaunselor smkpg yang lain, para staf sokongan sekolah , merekalah pembantu terbaik dan penyuntik semangat untuk meneruskan projek ini.May Allah Bless U.

UCAPAN SETINGGI -TINGGI PENGHARGAAN Khas buat Bonda Pengetua, Puan Rosnah Binti Ismail, BCK atas kepercayaan yang diberikan.

Penghargaan lain juga buat En. Amran Bin Arsat, YDP PIBG SMK Pasir Gudang,semua guru yang terlibat (yang namanya tidak mampu disenaraikan di sini, Allah maha mengetahui), para ibu bapa, komuniti dan pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan projek ini.

Walaupun terlewat ingin kuucapkan ribuan terima kasih buat para guru yang telah menjadikan saya seorang guru seperti hari ini.

#saat mendongak ke langit jangan sesekali lupa pada bumi tempat berpijak.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan