Kenangan (3)...Pentomen


  sedutan kisah 1 Malaysia yang sempat dirakam...

SKRIP PENTOMEN BULAN KEMERDEKAAN SMKJJ


Pencerita keluar…
Lebih kurang 80 tahun dahulu .. Terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Simpang Tiga .. Terdapat  3 jenis kaum yang tidak kenal antara satu sama lain .. Bermulanya di sini ..
*Ah Chong dan Ali berdiri di simpang berlainan, Muthu di tepi dewan dengan basikalnya.
BABAK  1 (1930)
Ali : Aduhai .. Macam mana ni ?? Dah lah hari ni tak dapat ikan Ape anak bini aku nak makan ?(berjalan)
Ah Chong : Aiya !! reng sa si lo la qi pio .. hali ni wa takde untung ma !! lugi .. lugi .. lugi …(berjalan)
‘Boom’ bertembung berdua…pusing pandang pelik , bandingkan warna kulit
Kita semua nampak berbeza , berbeza warna kulit , berbeza bahasa , berbeza budaya …
Muthu : (Bersiul  sambil Muzik Bujang Lapok dimainkan….) eh .. eh .. eh … (Terjatuh dari basikal dan ‘Boom’- bertembung- muzik…) aiyo !! Ama Apa !! Oi kamu berdua takda nampak ka ?? aiyo !!
Ah chong : Aiya !! Tangan wa manyak sakit ma !!
Ali : (Bangun) Woi !! Korang ni takda mata ke ?? buta ke ??
STOP

Pencerita keluar..
Beginilah mereka pada suatu masa dahulu .. Nampakkan perbezaannya ??
Segala-segalanya berubah pada 31 Ogos 1957 .. Tapi , apakah yang berlaku kepada mereka ??

BABAK 2 (1957)- seorang runner bawa keluar basikal, semua pelakon termasuk runner ke Dataran Merdeka
(Semua orang berkumpul di Dataran Merdeka untuk meraikan Hari kemerdekaan)
Merdeka !! -7x- (Sambil diikuti oleh rakyat)..STOP sekejap



BABAK 3 (2011)- *Pelakon sarung blazer…Muzik please
Kini kita boleh duduk semeja ..muzik berhenti….
Meraih kejayaan bersama (Para pelakon menggayakan watak masing-masing)

 (Photographer pun datang kepada 3 orang yang bergelar Dato’ untuk mengambil gambar)
Photographer : Dato’ .. Dato‘ .. Boleh saya ambil gambar Dato’ bertiga ??
Dato’ : Boleh .. Boleh .. Silakan …
*Pemegang frame keluar
Photographer : Boleh ke kiri sedikit ?? Boleh ke kanan sedikit ??
(Sambil diikuti oleh 3 orang Dato’ dengan muka mereka yang pelik)
Dato’ :Saya rasa tak selesalah…
Photographer : Sebentar Dato’ .. Siapa yang di belakang Dato’ tu ??
(tukang sapu sampah pun nak posing ke ?)
Woi !! Keluar kau !! Keluar !!

(Tukang sapu sampah itu pun keluar dengan berlagak dan sambil menyanyi la..la..la..)
Photographer :  Dato’ .. cheese (gambar diambil)

Pencerita keluar
Inilah yang dikatakan Satu Malaysia ..

BABAK 4 (Cabut Sekolah)-pelakon salin pakaian sekolah-muzik please…Runner sedia dengan pagar
Masalahnya .. ada yang salah faham mengenai konsep 1 Malaysia …muzik pink panther
Muthu : (Berlari ke pagar dawai untuk lari bersama-sama 3 rakannya) –cuba memotong pagar
Hei macha !! cepat sikit la angkat basikal tu .. kalau cikgu nampak mati kita ..!
Ali : (Sambil mengangkat basikal) Oi Ah Chong !! cepatlah .. Kau tunggu apa lagi ??
Ah Chong : (Mengambil step untuk membuat konon-kononnya lagak ngeri) Nanti .. Tunggu !!
Cikgu : (Cikgu tiba di tempat mereka hendak cabut lari) Woi .. Woi !! Ko nak lari ke mana ah ?? Jangan ingat kau boleh lepas dengan aku !-SLOW MOTION
Ali dan Muthu yang baru nak lari ..menoleh ke belakang
Ah Chong : (Sambil berlari dan meminta tolong kepada rakan-rakannya-Kaki ditarik guru) Aiya !! tolong saya Muthu !! Ali !!
Ali dan Muthu cuba menyambut Ah Chong
(Gaya mereka dalam keadaan ‘slow motion’)
STOP

Pencerita keluar
Inilah yang dikatakan tidak faham konsep 1 Malaysia

BABAK 5 (dalam kelas)
Muzik pink panther…
(para pelakon membuat ‘flash back’ dan duduk di dalam kelas ketika guru sedang mengajar)
selepas pelakon duduk, muzik stop
Runner letak pagar

Semua pelakon dan runner  siap untuk berkumpul depan pencerita untuk mengiakan apa yang dikatakan pencerita

Kalau lah mereka menunggu seketika .. Tentu mereka tak menyusahkan Cikgu betul tak ?? (betul..betul )
Runner  angguk
Tentu babak cabut sekolah tak masuk dalam cerita kita ni kan ? (betul..betul..betul)
Runner  dan pelajar angguk
Dan lagi satu tentu konsep Satu Malaysia benar-benar akan tercapai kan ? (lagi betul-semua sekali sambil berkumpul di dalam kelas)

Para pelakon bangun dan beratur bersama yang lain kecuali pencerita…Tunduk Hormat…Sekian terima kasih

Terima kasih kepada para pelajar yang memeberikan kerjasama sepanjang latihan dan para guru yang menyokong......especially, Cikgu Zahirani, Cikgu Misbah, Cikgu Yunos,Cikgu Izwan.....jasamu akan ku kenang.