Jumaat, 5 Jun 2015

Aku kembali..




Assalamualaikum...
Buat tatapan diri sendiri,
buat sahabat dekat..
i'm coming back....

Masa terus berjalan
Hidup perlu diteruskan
perjalanan penuh liku
onak ranjau ditempuh
satu persatu perlahan lahan

tika kucuba menggapai awan
terasa kaki terbenam ke dalam tanah
penuh selut
lumpur terpalit kewajah
tika kucuba menarik kembali kakiku
aku mengeluh

kucuba merenung diri
muhasabah
mana silapnya

barangkali kecuaianku
barangkali ketakutanku
barangkali keberanian yang melampau

aku termenung
baru kuingat
ini cuma sementara
dugaan kecil
yang harus kutempuh
jangan mengalah wahai diri
teruskan melangkah
kejayaan sedang menunggu



Jangan lupa pada Allah
Dia-lah yang menentukan segalanya
Maha Kuasa
Hanya padaMu kuberserah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan