Isnin, 10 Mei 2010

Aduhai wanita..



Assalamualaikum..


Sekadar luahan...betapa sedihnya diriku dengan kejadian yang sering menjadi bahan paparan di muka akhbar dan media-media yang lain akhir-akhir ini. Saban hari, kita akan melihat pelbagai kes yang membabitkan pembuangan bayi. Apakah dosa bayi tersebut hingga dia diperlakukan sedemikian rupa?


Apakah punca berlakunya kejadian seperti ini? Adakah kerana hilangnya rasa malu? kurangnya didikan?pengaruh rakan? di mana silapnya....


Wahai para wanita..apakah kamu lupa? bahawa kamu senantiasa menjadi perhatian sang kumbang? Jika Islam telah memelihara wanita secara fitrah dan memelihara darjatmu, mengapa kau rendahkan maruahmu sehingga diinjak oleh kumbang-kumbang liar? Lalu kau hanyut tenggelam dalam lautan madu yang hanya seketika nikmatnya.


Lihatlah..betapa Islam telah mengangkat darjat kaum wanita.

Pertama


Islam telah memelihara kewanitaan sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang, kelembutan dan kecantikan. Oleh itu, Islam menghalalkan baginya sesuatu yang diharamkan oleh lelaki iaitu sesuai dengan tabiat kewanitaannya dan fungsinya sebagai seorang wanita seperti memakai emas dan sutera.


Namun, mereka diharamkan menghilangkan simbol kewanitaannya seperti menyerupai lelaki dalam berpakaian, gerakan, dan perilaku. Maka Islam melarang wanita memakai pakaian lelaki, sebagaimana melarang lelaki memakai pakaian wanita, dan Allah melaknat para wanita yang menyerupai lelaki, sebagaimana melaknat lelaki yang menyerupai wanita.


Kedua


Islam senantiasa memelihara wanita dan wajib bagi suaminya memberi nafkah yang sesuai dengan syariat Islam.


Ketiga


Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk memelihara kemuliaanya dan menjaga maruahnya daripada prasangka-prasangka buruk.


Namun, disebabkan lena dalam buaian mimpi dusta, kau adakalanya terlupa atau memandang ringan akan


Firman Allah s.w.t


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka. (surah al-Nur: 31)


Firman Allah s.w.t


Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. (surah al-ahzab: 32)


Sabda Rasulullah s.a.w


Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina. Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki), dia telah (dianggap) berzina.


(riwayat Tarmizi dalam Sunan al- Tarmizi)


Tidak jelaskah padamu akan peraturan-peraturan ini ? Tidakkah kau sedar bahawa peraturan ini nampak sukar dipatuhi tetapi amat besar impaknya kepada kehidupanmu. Jika kau tidak mampu mematuhinya, maka amat mudah bagi kumbang-kumbang liar itu menghirup madumu dan merosakkan kelopakmu. Jadilah seperti mawar berduri yang sukar disentuh dan hanya yang mampu sahaja layak memetiknya.


Sesungguhnya, Islam telah meletakkan kedudukan wanita di tempat yang sangat mulia iaitu di sisi para lelaki (suami) sebagai penyempurnaan kaum lelaki. Namun, ada kalanya kita khilaf dan sentiasa perlu diingatkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan