Khamis, 20 Mei 2010

'Urwah Bin Az-Zubair





Tokoh kali ini mempunyai perkaitan dengan gambar di atas.. Mari kita berkenalan dengannya.

'Urwah bin Az-Zubair dilahirkan setahun sebelum berakhirnya kekhalifahan Umar al- Faruq, dalam kalangan keluarga yang berkedudukan. Ayahnya ialah az-Zubair Bin 'Awwam, sahabat dekat dan penyokong kuat Rasulullah s.a.w, orang pertama yang menghunus pedang dalam Islam dan salah seorang dari sepuluh orang yang dijanjikan masuk syurga. Ibunya bernama 'Asma binti Abu Bakar yang bergelar 'Dzatun Nithaqain' (pemilik dua ikat pinggang. Hal ini kerana dia merobek ikat pinggangnya menjadi 2 pada waktu hijrah, salah satunya dia gunakan untuk mengikat bekalan Rasulullah s.a.w dan yang 1 lagi dia gunakan untuk mengikat bekalan makanannya). Datuk sebelah ibunya ialah Abu Bakar As-Siddiq dan neneknya sebelah ayah bernama Syafiyyah binti Abd Mutalib, ibu saudara Rasulullah sedangkan ibu saudaranya sendiri ialah Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar.

Beliau merupakan salah seorang daripada 4 saudara iaitu Mus'ab, Urwah, Abdullah (adik beradik) dan Malik bin Marwan. Suatu hari ketika merka berbincang, salah seorang daripada mereka berkata " Hendaklah masing-masing dari kita memohon kepada Allah s.w.t apa yang hendak dia cita-citakan." Kemudian Abdullah berkata " Cita-citaku, aku ingin menguasai Hijaz dan memegang jawatan Khalifah." Mus'ab pula berkata "Kalau aku ingin menguasai 2 Iraq (Kufah dan Basrah) sehingga tidak ada orang yang mampu menyaingiku" Manakala Abdul Malik Marwan pula "Jika kamu puas dengan itu, aku tidak puas kecuali menguasai dunia semuanya dan aku ingin memegang kekhalifahan setelah Muawiyah Bin Abu Sufyan." Mereka kemudiannya menoleh kepada 'Urwah lalu berkata "Apa yang kamu cita-citakan wahai 'Urwah?" Dia menjawab "Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kamu semua terhadap apa yag kamu cita-citakan dalam urusan dunia kamu. Sedangkan aku hanya bercita-cita menjadi seorang alim yang amil (mengamalkan ilmunya), orang ramai belajar kitab Rabb, Sunnah Nabi, dan hukum-hukum agama mereka daripadaku dan aku menndapatkan keberuntungan di akhirat dengan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya."

Ternyata waktu berjalan dengan pantasnya..masing-masing boleh dikatakan berjaya mencapai cita-cita mereka. Abdullah dan Mus'ab terbunuh ketika menjalankan pentadbiran manakala Abdul Malik bin Marwan berjaya mengambilalih pentadbiran setelah pemergian ayahnya ke rahmatullah. 'Urwah? Untuk merealisasikan cita-cita yang diharapkannya, beliau tekun menimba ilmu dari saki-baki para sahabat Rasulullah yang masih hidup. Dia rajin mendatangi rumah-rumah mereka, solat di belakang mereka dan mengikuti pengajian mereka sehingga berjaya memindahkan riwayat dari Ali bin Ali Talib, Abdurrahman Bin Auf, Zaid bin Tsabit, Said bin Zaid, Abu Hurairah, Abu Ayyub Al-Anshari, Usamah bin Abbas dan Nu'man bin Basyir. Dia banyak sekali memindahkan riwayat dari emak saudaranya, 'Aisyah Ummul Mukminin sehingga dia menjadi salah seorang dari 7 ahli fikah Madinah yang menjadi rujukan kaum Muslimin dalam mempelajari agama Islam.

PERIBADI


1. Menyatukan ilmu dengan amal.


'Urwah banyak berpuasa kala di siang hari dan memeperbanyakkan solat sunat kala malam gelita, dan membasahkan lisannya dengan zikir kepada Allah SWT.

Dia selalu menyertai Kitab Allah dan tekun membacanya. Setiap hari dia membaca seperempat al-Quran dengan melihat ke mushafnya. Kemudian dia membacanya di dalam solat malam hari dengan hafalan. Beliau tidak pernah meninnggalkan amalan ini sejak remaja hingga ke akhir hayatnya.

2. Dermawan

Beliau mempunyai sebuah kebun yang paling luas di seluruh madinah. Airnya nikmat, pohon-pohonnya rendang dan kurma-kurmanya subur. Dia akan memagari kebunnya selama setahun untuk menjaga dari binatang buas dan kenakalan kanak-kanak. Jika datang waktu memetik hasil, dia merobohkan kembali pagar kebunnya di semua arah supaya orang ramai mudah untuk memasukinya. Mereka pun memasukinya, datang dan kembali sesuka hati.

3. Sabar dengan ujian dan tidak menganggap ringan perintah Allah.

Ketika beliau menyambut pelawaan Khalifah al-Walid bin Abdul Walid di Damaskus, beliau pergi bersama putera sulungnya. Tatkala putera sulungnya itu memasuki kandang kuda al-Walid dan bermain-main bersama kuda-kuda tersebut, tiba-tiba salah seekor daripada kuda itu menendangnya dengan keras lalu putera itu meninggal di situ.

Belum lama setelah peristiwa itu, salah satu kakinya pula terkena penyakit tumor (semacam kusta) yang boleh menjalar ke seluruh tubuh.Betisnya membengkak dan tumor itu dengan cepat berkembang dan menjalar.

Ketika doktor bedah datang untuk memotong betis 'Urwah dengan membawa bersamanya peralatan membelah daging dan gergaji untuk memotong tulang, dia berkata kepada "Urwah, menurutku, kamu harus meminum sesuatu yang memabukkan supaya kamu tidak merasa sakit katika kaki kamu dipotong."

Dengan tegas 'Urwah berkata, "Oh..tidak, itu tidak mungkin!Aku tidak akan menggunakan sesuatu yang haram terhadap kesembuhan yang aku harapkan." Doktor itu berkata lagi "Kalau begitu aku akan membius kamu." 'Urwah berkata "Aku tidak ingin , kalau ada 1 dari anggota badanku yang diambil sedangkan aku tidak merasakan sakitnya. Aku hanya mengharapkan pahala di sisi Allah atas hal ini."

Ketika doktor bedah itu mulai memotong betis, datanglah beberapa orang tokoh kepada 'Urwah , lalu 'Urwah pun bertanya, "Untuk apa mereka datang?" Ada yang menjawab "Mereka datang untuk memegang kamu, bimbangkan kamu akan mersa sakit yang amat sangat, lalu kamu menarik kaki kamu dan akhirnya membahayakan kamu sendiri." Lalu 'Urwah berkata, "Suruh mereka kembali. Aku tidak memerlukan mereka dan berharap kamu merasa cukup dengan zikir dan tasbih yang aku ucapkan." Kemudiannya doktor mendekatinya dan memotong dagingnya dengan alat bedah, dan ketika sampai kepada tulang, dia meletakkan gergaji dan mulai menggergajinya, sementara 'Urwah membaca "La ila ha illallah, wallahuakbar".

Sehingga akhir hidupnya, beliau menjadi menara hidayah, petunjuk kebahagiaan dan penyeru kebaikan bagi kaum muslimin sepanjang hidupnya di samping menjadi penyuluh dan sentiasa memberi nasihat kepada kanak-kanak di Madinah.

Salah 1 daripada nasihatnya yang paling berharga..

"Wahai anakku, jika kamu melihat seseorang membuat kebaikan, yang amat menaewan, maka harapkanlah kebaikan dengannya meskipun di mata orang lain, dia seorang yang jahat, kerana kebaikan itu memiliki banyak saudara. Dan jika kamu melihat seseorang berbuat keburukan yang nyata, maka menghindarlah darinya, meskipun di mata orang lain, dia adalah orang baik, kerana keburukan itu juga memiliki banyak saudara. Dan ketahuilah bahawa kebaikan akan menunjukkan kepada saudara-saudara (jenis-jenisnya yang lain), demikian juga dengan keburukan.

'Urwah hidup sehingga mencapai usia 71 tahun. Perginya seorang tokoh Islam yang mengisi hidupnya dengan kebaikan, kebajikan dan ketakwaan. Ketika ajalnya menjelang, dia sedang berpuasa, lalu keluarganya tegas memintanya agar berbuka saja namun dia menolak. Dia hanya mengharapkan kalau kelak dia akan berbuka dengan seteguk air dari sungai Kautsar di dalam bejana emas dan di tangan bidadari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan