Isnin, 18 April 2011

Gerakan Khilafat-Pencapaiannya...


Perang Dunia Pertama menyebabkan berlakunya kejatuhan Khalifah Turki. Kejatuhan empayar Turki menerima pelbagai respon daripada muslim seluruh dunia kerana mereka menganggap Turki Uthmaniyyah merupakan wakil pemerintah Islam. India tidak terkecuali. Khilafat ditubuhkan. Tujuannya memprotes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah. Gerakan ini dipimpin oleh Shaukat Ali, Muhammad Ali dan Maulana Kalam Azad Khan. 

Shaukat Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1873. Mendapat pendidikan di Universiti Aligarh. Aktif dalam sukat kriket. Beliau perbah dipenjarakan bersama adiknya Mohamad Ali pada 1915. Beliau menjadi presiden Khilafat yang pertama .


Mohamad Ali

Beliau dilahirkan di Lucknow pada 1878. Mendapat pendidikan di Madrasah Aligarh dan Oxford University pada 1898 dalam jurusan Sejarah Moden. Apabila pulang semula ke India, beliau menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Rampur. Aktif dalam Kongres Kebangsaan India (KKI) dan Liga Muslim.



Maulana Kalam Azad Khan

Beliau dilahirkan pada 11 November 1888 dan merupakan Hindu Muslim. Beliau menyokong idea Gandhi. Seorang cendiakawan Muslim yang aktif dalam penulisan puisi dan risalah dalam bahasa Urdu (agama dan falsafah). Pada 1912, beliau menerbitkan akhbar Hilal. Beliau menyeru agar pemuda muslim berjuang ke arah kemerdekaan dan menghidupkan Persatuan Hindu Muslim.

Pencapaian Khilafat.

1. Sentimen Anti-British

Peranan Syaukat Ali dan Mohamad Ali dalam menyuburkan sentimen anti-British telah membuka mata masyarakat India. Mereka bertindak menyeru masyarakat supaya memboikot barangan buatab England seperti kain. Tindakan ini adalah inspirasi daripada kejayaan boikot barangan Itali semasa Perang Tripolitan 1911 dan dicadangkan oleh Hasrat Mohani. Antara golongan yang menyokong ialah orang penting India seperti Abdul Ghaffar dan pedagang kaya seperti Omar Sobani. Mahatma Gandhi turut terlibat sama dalam gerakan ini. Bagi mengelakkan masyarakat atau penyokong-penyokong ini menganggur, sebanyak 20 lakh telah diberikan kepada mereka oleh pemimpin gerakan Khilafat sebagai gaji dan bertujuan membeli alat pemintal benang. Kesannya, industri kain yang dijalankan oleh masyarakat tempatan semakin rancak.

2. Penyatuan Hindu Muslim
Tindakan Gandhi memperjuangkan pembebasan adik beradik Ali dari penjara merupakan awal dari penyatuan ini. Gandhi dan adik-beradik Ali berjaya membawa masyarakat India melihat kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi. Segala permusushan Hindu Muslim selama ini berjaya dilupakan buat sementara. Mereka membawa isu swaraj (berkerajaan sendiri) dan anti- British. Para pemimpin Hindu juga diterima memberikan ucapan di masjid Delhi selepas solat jumaat sebagai bukti penerimaan muslim terhadap hindu. Pengiktirafan Gandhi sebagai ahli eksekutif Khilafat juga dilihat merupakan titik awal penyatuan ini. Seterusnya, penglibatan aktif Gandhi dalam gerakan Khilafat dilihat dapat membuka mata orang Islam dan Hindu supaya bekerjasama menentang penjajah.

3. Penyatuan Kaum Muda dan Kaum Tua Muslim
Serangan tentera Berikat terhadap kerajaan Turki berjaya menyatukan dua golongan muslim di India iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merupakan golongan yang berfikiran kenservatif manakala Kaum Muda merupakan golongan yang berpendidikan dan liberal. Kes ini telah membuka mata mereka untuk bersatu dan mengenepikan kepentingan masing-masing demi matlamat menghalang kejatuhan sultan Turki Uthmaniyyah. Mereka bergabung tenaga dan hal ini dapat dibuktikan apabila Mahmud Al Hassan (Kaum Tua) mengumpul orang-orang muda di India supaya mereka boleh dijadikan tentera di Turki.

4. Sambutan Hari Khilafat
Sambutan ini dianggotai oleh KKI dan masyarakat muslim. Sambutan ini diadakan pada bulan Oktober. Pada hari ini, mereka yang mneyambutnya akan menutup kedai mereka dan berpuasa serta mengadakan solat hajat. Selain itu, mereka juga tidak akan menerima sebarang gelaran kerajaan , tidak membayar cukai dan bercuti sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan British. Sokongan ditunjukkan apabila di Madras, seramai 200 orang muslim dan Hindu menyertai hartal . Pada waktu ini juga, mesyuarat mengenai protes tindakan British mengancam Daulah Uthmaniyyah dilakukan di Bihar.

5. Mewujudkan Konfrantasi Khilafat dan Resolusi Nagpur
Konfrantasi Khilafat diadakan pada 23 November 1919. Konfrantasi ini dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Antara seruan yang dilaungkan ialah supaya umat Islam memboikot dan tidak bekerjasama dengan British sekiranya pihak kolonial tidak menyelesaikan isu Turki. Usul-usul lain pula ialah supaya tentera tidak terlibat dalam pergolakan Asia Barat dan memboikot pengundian pilihan raya Jabatan Reformasi . Kesannya, 80 peratus ahli jabatan tersebut memboikot pilihan yang dijalankan. Ribuan mahasiswa turut memboikot sekolah dan kolej misalnya di National Muslim University , Aligarh. 

6. Penghijrahan ke Afganistan

Maulana Abd Bai, Syaukat Ali dan Abdul Kalam Azad Khan telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam tinggal di India (Darul Harb-Zon perang menentang Muslim) dan mereka harus berhijrah ke Afghanistan (Darul Islam). Fatwa ini menyebabkan seramai 18 000 umat Islam telah berhijrah ke sana tetapi tidak diterima oleh kerajaan Afghanistan. Tindakan ini merupakan reaksi terbesar masyarakat muslim sebagai protes terhadap ancaman British di Turki.

Secara keseluruhannya, tidak semua tindakan yang dijalankan oleh gerakan Khilafat mencapai kejayaan. Namun, usaha dan kesungguhan para pemimpinnya berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk bersatu menentang kolonialisme. Gerakan ini berakhir apabila Turki diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk  yang memperkenalkan sekularisme pada 1924. Namun, perjuangan gerakan ini telah disambung oleh Liga Muslim yang lebih mementingkan penubuhan negara Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan