Isnin, 26 September 2011

Hikayat Prang Sabi (Perang Sabil): Kisah Ainul Mardliyah (Mardhiah)


Menurut kata Pesuruh Allah,
Tubuhmu yang tertembak berlumuran darah,
Tidak akan terkapar rebah,
Kecuali dalam pangkuan Ainulmardliyah.

Sebelum datang dara rupawan,
Tubuh pahlawan roboh tiada,
Dara senyum menghulur tangan,
Barulah jasad terhantar bahagia.

Dara berlumba menadah tangan,
Jemput junjungan kekasih hati,
Dalam pangkuan gadis rupawan,
Nyawa di badan keluar sendiri.

Melayanglah nyawa alhamdulillah,
Lafaz bahagia tidak terkata,
Yang mengetahui hanya Allah,
Betapa mujahid mendapat pahala.

Saudaraku teungku hulubalang,
Janganlah ragu diam membisu,
Sayang adik mati diladang,
Rindukan abang di medan kuru.

Entah tidak kembali pulang,
Rindu memendam di dalam hati,
Entah tewas di medan perang,
Jemput pulang bawa kembali.

Rangkap-rangkap tulisan di atas dikarang oleh Teungku Syeikh Muhammad/ Teungku Chik Pante Kulu yang merupakan antara ulama sasterawan yang berjaya menaikkan semangat rakyat Acheh yang beragama Islam tunduk kepada orang kafir terutamanya kaum penjajah selama 80 tahun lamanya.

Beliau berjaya meyakinkan pembaca betapa bahagianya orang yang mati melawan Belanda, perang suci membela agama. Beliau turut menekankan bahawa orang yang syahid bukanlah mati tetapi hidup abadi. Hal ini digambarkan:

Janganlah katakan mati,
Mujahid yang tewas di medan perang,
Mereka hidup bahagia,
Bermandikan rahmat Tuhan,
Jangan dianggap mati,
Meski nyata demikian,
Jangan ragukan kekasih hati,
Ada firman Tuhan.

Jangan sebutkan mati,
Meski nyawa sudah tiada,
Di sisi Ilahi ia abadi,
Senantiasa bersuka ria.

Demikian mulianya di sisi Tuhan,
Tiada di sini umpama yang sama,
Mana di mana cuba bandingkan,
Wahai budiman resapkan di jiwa.

Kalau begitu saudaraku sayang,
Di medan perang hidup dan mati,
Cinta kampung, sayang halaman,
Kikis habis di dalam hati.

Anak dan isteri tercinta,
Tiada mengapa tinggal di dunia,
Di sana menanti bidadari syurga,
Dara-dara usia sebaya.

Orang dahulu waktu berperang,
Cinta harta tiada lagi,
Nyawa dan badan segala barang,
Nyerah semua rela di hati.

Mengapa kita, saudaraku sayang,
Ragu hati pergi berperang,
Begitu kasihnya Tuhan penyayang,
Patutkah kita berhati bimbang?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan