Isnin, 14 Jun 2010

Lima Bencana Akibat Lima

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya :

Lima perkara akan terjadi kerana lima sebab:

1. Jika suatu kaum melanggar janji, maka mereka akan dikuasai oleh musuh mereka.
2. Jika mereka memakai hukum selain yang diturunkan oleh Allah, maka meluaslah kemiskinan.
3. Jika kemungkaran dikerjakan secara terang-terangan, maka meluaslah di kalangan mereka kematian.
4. Jika mereka mengurangi timbangan, maka terjadi kemarau dan tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.
5. Jika mereka tidak mengeluarkan zakat, maka ditahn bagi mereka hujan.

KETERANGAN:

Jika dikerjakan lima perkara yang dilarang Allah, maka turunlah lima macam bala atau bencana.

1. Melanggar janji.







Jika suatu kaum melanggar janji, mereka akan dikuasai oleh musuh mereka. Maksudnya jika anggota masyarakat sudah jarang menepati janji, mereka akan menjadi umat yang lemah dan akhirnya dikuasai oleh musuh.

2. Tidak memakai hukum Allah.




Malang sekali kerana negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam pun lebih gemar memakai undang-undang ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah. Akibatnya, orang tidak takut hukum dan kes jenayah semakin banyak terjadi. Lebih malang lagi, banyak negara Islam mundur dan miskin. Maka sesuailah dengan hadis ini iaitu penyebabnya ialah tidak memakai hukum yang diturunkan Allah.

3. Kemungkaran dikerjakan secara terang-terangan.





Jika kemungkaran atau maksiat dikerjakan secara terang-terangan, banyak terjadi kematian. Maksiat paling ketara ialah perbuatan zina yang sudah semakin menjadi-jadi bahkan dikatakan sudah dikerjakan secara terang-terangan. Pelacuran sudah banyak diiklankan secara terbuka dan tempatnya diketahui secara rasmi.

4. Mengurangi timbangan.

Jika para peniaga sudah curang dengan mengurangi timbangan dan sukatan, maka tumbuh-tumbuhan tidak akan menjadi. Timbangan diubahsuai sehingga barang yang belum sampai 1 kg sudah menjadi 1 kg walaupun sebenarnya masih kurang. Pengguna pun tertipu. Jika hal ini terjadi, maka Allah swt akan menurunkan bala dengan cara kemarau panjang sehingga tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.




5. Tidak mengeluarkan zakat.


Jika ramai di antara anggta masyarakat yang tidak mengeluarkan zakat, maka Allah akan menurunkan bala dengan cara menahan hujan sehingga timbul pelbagai macam kesukaran. Selain tumbuh-tumbuhan tidak menjadi, sukar mendapatkan bekalan air untuk makanan dan minuman mahupun untuk keperluan asas yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan