Sabtu, 18 Disember 2010

Tanda-tanda HARI KIAMAT..

Salam alaik...
Sayid Sabiq menyatakan terdapat dua alamat yang menunjukkan bahawa saat kejadian itu telah dekat..

Alamat2 KECIL antaranya ialah:
  1. Diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah. Setelah baginda, maka tiada lagi nabi atau rasul yang akan diutus membawa risalah Allah S.W.T.
  2. Lahirnya raja, menteri,amir yang bukan daripada anak-anak keturunan yang mulia, baik pendidikannya, luhur akhlaknya serta sempurna keperwiraanya. Lahirnya golongan hartawan daripada kalangan pengembala kambing, kekayaannya berlimpah ruah sehingga berjaya menjadi pemimpin umat manusia.
      Sesungguhnya alamat yang pertama telah berlaku dan berlalu lebih 1400 tahun yang lalu. Alamat yang kedua pula sedang berlaku. Lihat sahaja..apakah syarat untuk menjadi calon pemimpin masyarakat hari ini? Bukankan mereka perlu membayar sejumlah wang sebelum layak menjadi sebagai calon...dari mana wang tersebut jika bukan dari hasil kekayaan mereka..lihatlah juga..siapa pemimpin kita hari ini? Dari manakah asal usul mereka? Jadi, kedua-duanya telah dan sedang berlaku...

Alamat2 BESAR antaranya ialah:

  1. Terbitnya matahari dari arah barat
  2. Keluarnya suatu macam binatang. Disamping itu, keluar juga semacam binatang dari bumi yang dapat bercakap-cakap dengan manusia. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah An-Naml ayat 23-25 yang menerangkan bahawa ada seekor burung hudhud yang memberitahukan Nabi Sulaiman a.s perihal negeri Saba'. Keadaan yang hampir sama akan berlaku apabila dekatnya hari kiamat.
  3. Turunnya Imam al-Mahdi. Diperihalkan bahawa beliau
  • namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah (menurut riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
  • termasuk dalam kalangan ahli bait (keturunan) Rasulullah s.a.w iaitu anak cucu dari Fatimah puteri baginda s.a.w.
  • menyerupai akhlak Rasulullah s.a.w tetapi tidak menyerupai dari segi wajah dan lain-lain (menurut riwayat Abu Daud)
  • lebar dahinya dan mancung sekali hidungnya. Adapun hidungnya itu panjang, lengkung tengahnya dan kecil hujungnya.
  • akan meratakan keseluruhan permukaan bumi dengan sifat keadilan dan kejujuran dalam memerintah yang sebelumnya dipenuhi dengan pemerintahan yang zalim dan berlaku penganiayaan (oleh pihak lain).
  • akan menegakkan syariat Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w dihidupkan kembali
  • Agama Islam berjaya diperkukuhkan kedudukannya di muka bumi (menurut riwayat Muslim)
  • kedudukannya sebagai pemimpin sangat mantap, dan kukuh. Disebabkan keadilannya dalam pemerintahan, keharmonian melimpahi kehidupan masyarakat pada waktu itu. Beliau juga tidak berkira-kira dalam menyebarkan harta ke seluruh rakyatnya (menurut riwayat Muslim)
  • menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun (menurut riwayat Abu Daud)
  • setelah itu, datanglah dajal, kemudian turunlah Nabi Isa a.s dan bersama-sama dengan Imam Mahdi membunuh dajal tersebut. Kemudian, Imam Mahdi wafat dan disembahyangkan oleh kaum Muslimin.
    4.   Munculnya DAJAL. Ia mendapat gelaran 'Masih'.Ia mengaku dirinya Tuhan. Ia berusaha  menyebarkan fitnah dalam kalangan manusia agar meninggalkan agama yang benar.

      5.   Turunnya Nabi Isa a.s. Baginda akan memerintah dengan adil dan menegakkan syariat Islam, menghidupkan kembali hukum-hukum Islam yang telah lama ditinggalkan, membunuh DAJAL. Rasulullah bersabda dalam hadisnya:

        Maka kedudukan Isa dalam umatku (umat Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah:
  • sebagai pemegang pemerintahan yang adil
  • pemimpin yang jujur
  • menghancurkan palang salib (sebagai tanda punahnya agama Kristian  sepertimana hancur leburnya agama Yahudi)
  • Menyembelih babi (membunuh)
  • Menghapuskan percukaian (Ini bermakna bahawa satu-satunya agama yang diterima oleh umat manusia pada ketika itu hanyalah agama Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa pemerintahan Islam itu tidak akan mengambil cukai daripada pemeluk agama Islam sendiri).
  • Sedekah ditinggalkan (tidak ada yang suka menerima kerana kekayaan umat manusia sudah berlebih-lebihan yakni dalam keadaan yang cukup dan lapang rezekinya)
  • Tidak lagi diurus kekayaan yang berupa kambing dan unta.
  • Dendam dan kebencian lenyap sama sekali (antara sesama manusia. Jadi semua hidup rukun dan bersatu)
  • Dihilangkan racun segala sesuatu yang mengandungi racun (bisa), sehingga seorang anak bayi lelaki memasukkan tangannya dalam mulut ular, tetapi tidak menyebabkan bahaya manakala seorang anak bayi perempuan menghalau harimau, tetapi juga tidak bahaya.
  • Serigala ada dalam kalangan kelompok kambing, tetapi hanyalah sebagai anjingnya (iaitu melindungi keselamatan kambing tersebut)
  • Seluruh permukaan bumi penuh kesejahteraan sebagaimana penuhnya suatu bejana dengan air.
  • Kalimat menjadi satu (seluruh manusia seia sekata dengan tulus ikhlas, bukan kerana tekanan atau sebab takut)
  • Yang disembah hanyalah Allah
  • Peperangan sudah meletakkan bebannya (tidak ada peperangan sama sekali kerana semua sudah damai dan seia sekata)
  • Golongan Quraisy telah dapat memperoleh kerajaannya (kekuatannya kembali)
  • Bumi adalah sebagai bejana perak dan menumbuhkan tanamannya seperti dizaman Adam (iaitu amat elok, bagus dan penuh barakah)
Setelah beberapa lamanya sesuai dengan kehendak Allah, baginda pun wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin serta dimakamkan.  Setelah itu, akan terjadilah suatu angin yang kencang hembusannya dan bertugas untuk mencabut seluruh nyawa kaum mukminin.

Maka yang tinggal hanyalah orang-orang yang buruk-buruk kelakuannya. Lenyaplah kesempurnaan itu dan tidak ada lain yang terjadi melainkan kehancuran dan kerosakan semata-mata.

Terdapat sebuah hadis yang diceriterakan oleh Urwah bin Mas'ud katanya :
Saya mendengar Abdullah Bin Amr berkata :

Rasulullah s.a.w bersabda

Dajal itu akan keluar dikalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh

Yang meriwayatkan hadis ini berkata: " Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun".

Selanjutnya baginda bersabda:

"Selanjutnya Allah mengutus Isa bin Maryam. Ia berwajah seperti Urwah bin Mas'ud. Isa lalu mencari dajal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh tahun. Tidak ada suatu pertengkaran antara dua orang (yakni seluruh umat manusia hidup dalam kerukunan). Sehabis itu Allah mengutus angin yang amat dingin dari arah Syam (Palestin). Maka tidak tertinggallah di permukaan bumi ini seorang juapun yang di dalam hatinya ada kebaikan atau keimanan yang seberat timbangan debupun, melainkan angin itu tentu akan menyambar nyawanya, sehingga sekalipun seseorang dari kamu semua masuk dalam gua, pasti angin tersebut akan memasukinya lalu mengambil nyawa itu.

Selanjutnya yang tertinggal hanyalah orang-orang yang berkelakuan buruk-buruk saja yang gemar melakukan kejahatan seringan terbang burung dan secepat angan-angan binatang buas (maksudnya bahawa mereka itu amat senang berbuat kejahatan dan penganiayaan dan melakukannya dengan cepat sekali seperti cepatnya burung terbang, sedang dalam menganiaya itu secepat perbuatan binatang buas yang hendak menerkam mangsanya).

Yang tertinggal itu adalah orang-orang yang tidak mengenal kebaikan apapun dan tidak pernah mengingkari akan kemungkaran sama sekali. Syaitan lalu menjelma di antara mereka itu dan berkata: " Sukakah kamu menuruti perintahku?". Mereka bertanya: " Apakah yang engkau perintahkan pada kami semua?" Syaitan itu lalu menyuruh mereka supaya menyembah berhala. Tetapi sekalipun demikian keadaan perilaku itu, namun rezeki mereka berlimpah-ruah, kehidupan mereka serba cukup.

Dikala itu, lalu ditiuplah sangkakala yang pertama lalu matilah seluruh makhluk yang ada. Kemudian Allah menurunkan hujan rintik-rintik yang kecil, lalu tumbuhlah dengannya itu tubuh-tubuh manusia yang telah mati semuanya. Seterusnya ditiup pulalah sangkakala untuk kali keduanya, tiba-tiba seluruh makhluk itu sama berdiri memandang sambil menanti-nantikan. Setelah itu, kepada mereka itu dikatakan: " Hai seluruh manusia, marilah semua pergi bertemu Tuhanmu". Kepada malaikat yang mengiring mereka itu dikatakan: " suruhlah mereka berhenti, sebab mereka itu akan disoal dahulu"

Sehabis itu lalu dikatakanlah:" Keluarkanlah untuk dikirimkan ke neraka". Ditanya: "Dari berapa?" Dijawab:" Dari setiap ribu ada sebanyak sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang"

Rasulullah s.a.w melanjutkan sabdanya: " Itulah hari yang dapat membuat anak-anak menjadi tua beruban dan terjadilah bencana yang amat dahsyat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan